Wednesday, October 29, 2008

Tokoh- tokoh tajwid yang banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan pendidikan

Tokoh- tokoh tajwid yang banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan pendidikan

Bahagian ke empat sambungan daripada Perkembangan Ilmu Tajwid Di Tanah Melayu

Dalam penulisan ilmu tajwid terdapat beberapa tokoh yang telah banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan pendidikan. Tokoh-tokoh ini telah bertungkus lumus mengembeling tenaga dan buah fikiran untuk memajukan perkembangan ilmu tajwid yang begitu malap perkembangannya terutama di Malaysia. Mereka telah menulis buku-buku yang berkaitan dengan tajwid sebagai panduan dan pembelajaran kepada umat islam dan pembaca-pembaca al-Quran. Antara tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada bidang ini ialah :
1. Tuan Syaikh Musa

Di Kelantan terdapat seorang anak tempatan yang mahir di bidang tajwid dan ilmu tarranum, beliau ialah Tuan Syaikh Musa, yang dilahirkan di Kampung Apa-Apa , daerah Pasir Mas Kelantan. Beliau dilahirkan sekitar Tahun 1840 dan telah melanjutkan pelajaran di Mekah. Semasa beliau berada di Mekah, beliau telah mempelajari ilmu al-Quran dan akhirnya menjadi guru di Masjidil Haram. Setelah itu beliau juga menguruskan kebajikan orang-orang yang menunaikan haji sehingga beliau digelar “Syaikh”. Beliaulah juga yang dikatakan menjadi pelopor tarannum Hijazi yang pertama di Kelantan.

Setelah begitu lama di Mekah, beliau pulang ke Kelantan dan membuka pondok di Kampung Apa-Apa, iaitu di tapak masjid kampung Apa-Apa sekarang. Beliau telah berkahwin dengan Mek Kecik bt Ibrahim dan memperolehi tiga orang anak iaitu Muhammad , Zainab dan Haji Awang. Belaiu telah meninggal dunia pada tahun 1891 dan meninggal ramai anak murid dalam bidang al-Quran, antaranya anaknya sendiri yang mewarisi kemahiran yang ada pada tuan syaikh. Dari segi penulisan pula, beliau bukanlah seorang penulis, ini kerana tidak dinyatakan tajuk-tajuk buku tajwid yang ditulis oleh beliau seperti tokoh-tokoh yang lain.

2. Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz

Beliau anak kelahiran Sanglang, Perlis, dilahirkan pada 11 september 1948. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab di Arau, Perlis, kemudian melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara, Kuala Lumpur (1970 -1973), Pengajaran ilmu Qiraat secara mushafahah dan talaqqi di Maahad Qiraat Shubra, Qahirah, Mesir dalam ilmu Qiraat dan Tajwid, Universiti al-Azhar, Jabatan Usuluddin, dengan pengkhususan dalam ilmu tafsir sehingga mendapat Sarjana Muda (B.A) dalam bidang tersebut.

Kini beliau bertugas di Pusat Islam Malaysia, aktif berceramah di jabatan-jabatan Kerajaan, pernah diundang sebagai hakim musabaqah Tilawah al-Quran dan tahfiz sekaligus sebagai Qari jemputan peringkat antarabangsa.


2. Datuk Hassan Azhari

Seorang lagi ilmuan tajwid yang tersohor di Malaysia ialah Datuk Hassan Azhari, 80, atau dikenali juga sebagai Ustaz Hassan. Beliau dilahirkan di Mekah oleh ibunya Fatmah binti Abdul Hakim dan ayahnya Azhari bin Abdul Khaliq seorang tokoh Agama yang terkenal di Selangor. Beliau telah berhijrah bersama keluarga ke Selangor ketika berusia lapan tahun.Ustaz Hassan dibesarkan dalam suasana dan persekitaran keluarga dan masyarakat Arab yang berilmu dan beragama, ini memudahkan lagi beliau menguasai ilmu agama dan juga kemahiran membaca al-Quran. Beliau mempelajari al-Quran secara formal sejak kecil di Mekah iaitu di peringkat rendah di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah. Antara guru al-Quran beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah). Selain itu, beliau juga mempelajari al-Quran secara tidak formal melalui guru-guru agama dari Indonesia dan Patani.

Datuk Hassan dapat menghafaz 10 juzuk al-Quran semasa beliau berusia 10 tahun di bawah bimbingan Sheikh Ismail. Beliau mula mempelajari tarannum dan qiraat di Mesir pada tahun 1948. Gurunya dalam tarannum antaranya ialah Sheikh Saiyid Mahmud Lutfi Amir dan Sheikh Mahmud Amin Tantawi. Berkat usaha beliau yang gigih beliau telah menguasai pengajian tajwidnya dengan cemerlang sehingga beliau telah dilantik sebagai hakim tilawah al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Atas keikhlasan menabur bakti itulah, Ustaz Hassan diberi anugerah pada tilawah antarabangsa ke- 50 yang lalu kerana telah 50 kali bertugas sebagai hakim tilawah. Ia boleh disamakan dengan sambutan Jubli Emas sebagai hakim tilawah antarabangsa. Di peringkat kebangsaan pula, Hassan telah menjadi hakim selama 51 tahun iaitu sejak ia mula diperkenalkan. Atas sumbangan dan khidmat dalam bidang pembacaan al-Quran, Hassan dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1423H bersamaan tahun 2002 selain beberapa anugerah seperti Tokoh Guru Agama Negeri Selangor tahun 1989 dan Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 1990.

3- Ustaz Surur Shihabuddin An-Nadawi

Seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa. Berumur 39 tahun.Pengarang Buku Ilmu Tajwid Jilid I & II. Beliau yang turut dijemput oleh syarikat rakaman EMI untuk merakamkan suara untuk bacaan Yasin dan Tahlil bacaannya sendiri. Rakaman itu kini berada di pasaran dalam bentuk kaset dan cakera padat. Surur juga berpengalaman menghafaz al-Quran di Darul Ulum, Deoband dan mendalami ilmu hadis di Nahdatul Ulama, Lucknow, India.
Dari segi khidmat masyarakat pula, Surur pernah menjadi Pengerusi Surau Al-Firdaus, Kota Damansara selama dua tahun yang berakhir tahun lalu (2005). Kini beliau adalah pengerusi Kelas Bimbingan Rehal, Kota Damansara, sebuah pusat pengajian al-Quran dan fardu Ain yang dibuka untuk semua lapisan muslim dewasa dan kanak-kanak.

4. Ustaz Haji Muhammad Hassan bin Ahmad

Beliau dillahirkan pada 4 Januari 1940 di Kampung Bayam, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Pak Amat, kemudian menyambung plajaran ke Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu, kemudian ke Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Beliau pernah berkhidmat sebagai Mudir di Sekolah Menegah Agama Khairiah, Padang Pak Amat juga sebagai tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Pak Amat. Ustaz juga pernah memegang jawatan pegawai di beberapa daerah sekitar negeri kelantan.

Beliau mula mendapat pendedahan awal mengenai ilmu al-Quran pada sekitar tahun 90 an daripada beberapa orang guru al-Quran termasuklah Datuk Ishak bin Lembik, Tuan Guru Haji Yaakub, Tuan Haji Ahmad bin Haji Salleh al-Hafiz dan beberapa orang guru dari Mekah, Mesir dan Pakistan. Kini Beliau melanjutkan pengajian di Kolej Antarabangsa Ismail Petra ( KIAS) dalam pengajian ilmu Qiraat. Ustaz Haji Muhammad Hassan juga aktif memberi khidmat mengajar, memberi ceramah dan mengadakan kursus al-Quran kepada pelbagai peringkat lapisan masyarakat.

Buku-buku tajwid yang berada di pasaraan dan menjadi rujukan masyarakat
Senarai Buku-buku Tajwid adalah seperti berikut :

Ilmu Tajwid Al-Quran- ditulis oleh Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz diterbitkan oleh Pustaka Al-Mizan, Kuala Lumpur.

Kitab Pelajaran Tajwid, Melengkapi sukatan pelajaran Tajwid tingkatan 1-5 KBSM – ditulis oleh Azahari b Ibrahim, diterbitkan oleh Darul Nu’man, Kuala Lumpur

Kursus Qari dan Qariah – ditulis oleh Abdullah Al-Qari b Haji Salleh (A.Q.H.A.S) – diterbitkan oleh Pustaka Aman Press- Cetakan ke limabelas -2006

Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiah – dikarang oleh Surur Shiha buddin An-Nadawi ( Edisi 2007 –Jilid 1 & 2), Penerbit: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak , Selangor.

Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid dan disertai Makna- ditulis oleh Ustaz Mahadi bin Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil. Penerbit: Pustaka Haji Abdul Majid.
Belajar tajwid Al-Quranul Karim Cara Mudah dan Tepat ( Edisi Lengkap Rasm Uthmani – ditulis oleh Ustaz Mahadi b Haji Dahlan Al-Hafiz. Penerbit : Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur.

Panduan tertil Al-Quran ditulis oleh Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail. Penerbit : Darul Fikir, Kuala Lumpur.

Memahami dan Mempelajari Tajwid Al-Quran cara Muda dan Berkesan,( Edisi Baru dan Lengkap Resam Usmani, ditulis oleh Ustaz Zamri b Mat Isa. Penerbit : O.M.I. Nasuha Enterprise , Kota Bharu Kelantan.

Cara Mudah Belajar Tajwid, ditulis oleh Ustaz Haji Muhammad Hassan bin Ahmad.

Tajwid Al-Quran Rasn Uthmani, Edisi Januari 2002, Karangan Haji Abdul Kadir Leong, Penerbit : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ilmu Tajwid – Cara Mudah dan Berkesan, ditulis oleh Ustaz H. As’ad
Human . Penerbit : Pustaka Dini, Petaling Jaya, Selangor.

Tajwid Al-Quran ( Cetakan Ke tiga) ; Februari 2005, Ditulis oleh Abu
Mardhiyah ( Mohamad b Abd Manaf), Penerbit : Al- Jenderaki Enterprise, Gombak, Kuala Lumpur
From : http://tksabriina.blogspot.com/(copy for dakwah)

3 comments:

  1. Banyk info yg sy dapat tntg tokoh tajwid untuk dimuatkan di dalam edaran ringkas buat kawan2 saya.Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Antara orang lama yg juga merupakan guru besar al quran yg masih ada di kelantan ialah Tuan Guru Dato Hj Nik Jaafar Pasir Mas, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hussain Kg Pintu Geng, Tuan Guru Hj Abdullah Rantau Panjang. Kemahiran mereka ini meliputi semua segi dalam pembacaan Al Quran.

    ReplyDelete
  3. Assalam akhi, mohon copy untuk kajian saya. Sebenarnya untuk bacaan umum sy dalam kajian tersebut

    ReplyDelete

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here