Sunday, October 12, 2008

Cabaran Hamlatul Quran


Seorang penghafal al-Quran (disebut Hamlatul Quran) biasanya akan membuat peta minda terhadap hafalannya. Maka tidak hairan sekiranya kita mendapati seorang penghafal al-Quran dapat menyebut dengan tepat ayat-ayat al-Quran berserta tempatnya di dalam al-Quran.



Namun begitu, ayat-ayat al-Quran yang menjadi kalam suci Allah berkisar tentang perkara yang sama, tetapi disebutkan dalam beberapa ayat yang hampir-hampir sama. Menurut Dr. Shafie, pengasas sistem hafalan al-Huffaz; ‘terdapat lebih kurang 2000 ayat al-Quran yang membuatkan penghafal terkeliru kerana struktur ayatnya. Struktur ini boleh jadi sama (seratus peratus sama), mempunyai permulaan yang sama tetapi pengakhiran yang berbeza atau sebaliknya, dan susun atur ayat berturutan kelihatan sama tetapi berbeza.



Berikut dinyatakan beberapa contoh bagi merungkai permasalahan yang dinyatakan di atas.




  1. Ayat yang sama.

a. ayat 73 surah at-Taubah dan ayat 9 surah at-Tahrim



b. ayat 134 dan 141 al-Baqarah



c. ayat 13 surah ar-Rahmaan (diulang 31 kali dalam surah ar-Rahman)



d. ayat 17 surah al-Qamar (diulang empat kali dalam surah al-Qamar)



e. ayat 1 surah As-Shoff dan ayat 1 surah al-Hasyr.



f. ayat 48 surah al-waaqi’ah dan ayat 17 ash-Shoffaat.




  1. Ayat yang strukturnya seakan-akan sama tetapi berbeza kalimah.

2.1 sama di awal, berbeza hujung.



a. ayat 40 dan 47 al-Baqarah


b. ayat 29 dan 53 surah Yaasin.


c. ayat 170 al-Baqarah dan 21 surah Luqman.


d. ayat 160 surah al-baqarah dan 89 surah aali-‘Imran.


e. ayat 16 surah al-Mujadalah dan ayat 2 surah Munaafiquun.



f. ayat 48 dan 116 surah an-Nisaa.



2.2 sama di hujung, berbeza di awal.




    1. ayat 8 al-Humazah dan ayat 20 al-Balad




b. ayat 16 surah ash-Shoffaat dan ayat 47 al-Waaqi’ah.




c. ayat 95 surah al-Baqarah dan 7 surah Jumu’ah.


2.3 sama awal dan akhir, berbeza di tengah-tengah.



a. ayat 48 dan 123 surah al-Baqarah.




b. ayat 147 al-Baqarah dan 60 surah aali-‘Imraan.



c. ayat 120 dan 145 surah al-Baqarah.



Pernahkah anda mendengar cerita seorang makmum yang menegur imam, kerana imam membaca ayat yang berulang kali dalam surah al-Kaafiruun tanpa menemui ayat terakhirnya? Demikian juga perkara yang dihadapi oleh penghafal al-Quran untuk ayat-ayat lain. Kadang-kadang bacaan tersasar ke tempat yang lebih awal atau memasuki surah lain.




Artikel ringkas ini diharap dapat dimanfaatkan oleh mana-mana pelajar dalam pengkhususan pengajian al-Quran untuk dibuat kajian lanjut. Tulisan kecil ini sebagai sebahagian penelitian saya terhadap ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca.


Sebuah Artikel yang disumbangkan pada 9/26/2006 6:52:42 PM

http://www.esasterawan.net/

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here