Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Jika Guna FB tolong 'Like" yer.. tenkiu

Terbaik

Friday, October 31, 2008

Tip Tahfiz 4 (Tip Menghafaz al-Quran) Kenali ‘Lay Out’ Al-Quraan ( Bahagian 2 )

#15 : Tajuk : Kenali ‘Lay Out’ Al-Quraan ( Bahagian 2 )

Al-Quraan yang diturunkan melalui wahyu Jibril dibacakan secara lisan kepada RasulAllah. Mashaf yang ada pada kita hari ini adalah catatan yang diambil daripada RasulAllah sebaik sahaja diterima dariapa Jibril. Jumhur ulama’ bersetuju bahawa susunan ayat-ayat dan surah-surah telah ditentukan ketika ayat-ayat al-Quraan diturunkan. Kepada penghafaz al-Quraan, susunan surah-surah memberi kesan dalam menyusun strategi penghafazan.

Kita sedia maklum bahawa mashaf al-Quraan mengandungi 114 surah yang dibahagikan kepada 30 juzu’. Apabila dianalisis secara ringkas, pembahagian surah mengikut juzu’-juzu’ boleh disenaraikan seperti berikut:

Juzu’ 1 – 5 : surah al-Fatihah hingga sebahagian surah an-Nisaa’ (jumlah : 2 + [tanpa mengambi kira al-Fatihah]);

Juzu’ 6 – 10 : sebahagian surah an-Nisaa’ hingga sebahagian surah at-Taubah (jumlah : 4 +);

Juzu’ 11 – 15 : sebahagian surah at-Taubah hingga sebahagian surah al-Kahfi (jumlah : 8 +);

Juzu’ 16 – 20 : sebahagian surah al-Kahfi hingga sebahagian surah al-Ankabuut (jumlah : 10 +);

Juzu’ 21 – 25 : sebahagian surah al-Ankabuut hingga surah al-Jaathiyah (jumlah : 16 +); dan

Juzu’ 26 – 30 : surah al-Ahqaaf hingga sebahagian surah al-Naas (jumlah : 69).

Daripada pembahagian di atas, jelas kepada kita bahawa susunan surah-surah al-Quran bermula dengan surah-surah yang panjang-panjang dan berakhir dengan yang pendek-pendek. Sebab itulah tujuh surah petama selepas surah al-Fatihah dipanggil oleh sesetengah orang sebagai sab’un mutawwilaat (tujuh yang panjang).

Sungguhpun tiada kajian saintifik pernah dibuat, pengalaman ramai pelajar tahfiz menyatakan bahawa menghafaz ketujuh-tujuh surah-surah sab’un mutawwilaat (terutamanya an-Nisaa’ dan al-Baqarah) merupakan ujian yang paling getir, mungkin berasas. Antara faktor kesukaran menghafaz surah-surah awal ialah:

(a) saiznya yang besar yang susah di‘digest’ oleh ingatan kita;

(b) kebanyakannya mengandungi ayat-ayat hukum. Antara ciri-ciri ayat-ayat hukum ialah:

(i) setiap satu ayatnya panjang dan di dalamnya mengandungi beberapa sub-ayat. Contohnya ayat no.6 surah al-Maaidah. Secara kasarnya ayat tersebut mengandungi sekurang-kurangnya enam sub-ayat. Cuba lihat pula ayat 106 al-Baqarah yang mengandungi 9 sub-ayat. Manakala ayat yang terpanjang dalam al-Quraan, ayat 282 al-Baqarah secara kasarnya mengandungi 20 sub-ayat. Bandingkan pula dengan surah al-A’la yang merupakan antara surah yang panjang dalam juzuk ke-30. Walaupun merupakan satu surah yang lengkap, surah ini mengandungi 19 ayat. Oleh itu, jika tidak berhati-hati, kerap berlaku ‘errors and omissions’ pada sub-ayat; dan

(ii) menjadi kelaziman bahawa ayat-ayat hukum diakhiri dengan pujian kepada Allah SWT. Cuba lihat ayat-ayat 11, 12, 16, 17, 23, 24, 26, (32 dan 33), 39, (34 dan 35), (75 dan 76), 56, 96, 104, 111, 127, 130 dan 170 surah an-Nisaa’. Cuba telitikan persamaan dan perbezaan sub-ayat yang menjadi penutup setiap ayat tersebut. Oleh yang demikian, ramai yang berpendapat bahawa memulakan hafazan dengan surah al-Baqarah bukanlah strategi yang baik. Sebab itulah banyak institusi tahfiz tidak memulakannya dengan surah tersebut, sebaliknya banyak institusi tahfiz tradisional Arab memulakannya sama ada daripada surah Kahfi (Juzu’ ke-15), an-Naml (Juzu’ ke-19/20) atau Juzu’ ke-25. Atau, ada yang menghendaki para pelajar menguasai sepenuhnya juzu’ Amma (juzu’ ke-30) terlebih dahulu. Selepas surah-surah pendek (tidak semestinya mudah) itu dikuasai, barulah para pelajar dibenarkan untuk mula menghafaz surah al-Baqarah. Antara faktornya ialah:

(a) saiz surah-surah di dalam juzu’ selepas surah al-Kahfi adalah kecil dan mudah diurus. Oleh itu juga, hasilnya mudah kelihatan dan cepat diperoleh. Hal ini boleh memberi motivasi untuk meneruskan penghafazan surah-surah seterusnya;

(b) surah-surah pendek selalu didengari kerana biasa dibaca oleh imam-imam ketika solat fardhu, jadi boleh mengukuhkan ingatan;

(c) persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam ayat-ayat hukum seperti yang dibincangkan di atas biasanya hanya boleh dikenal pasti oleh penghafaz-penghafaz yang berpengalaman. Kadang-kadang perbezaannya amat kecil, contohnya hanya pertukaran antara ‘wa’ dan ‘kana’. Cuba bandingkan ayat terakhir surah an-Nur dan ayat terakhir surah al-Anfaal. Bandingkan juga persamaan dan perbezaan ayat 48 dengan ayat 123 surah al-Baqarah. Jadi, memulakan hafazan dengan surah-surah pendek merupakan proses pembentukan memori bagi menguasai cabaran-cabaran yang lebih besar, terutamanya untuk menghafaz surah-surah sab’un mutawwilaat; dan(d) selain daripada itu juga, jika seseorang telah melalui pengalaman menghafaz surah-surah dalam juzu’ ke-30, surah al-A’la – katakan dia mengambil masa sebulan, dia boleh mengagak (estimate) berapa panjang tempoh yang diperlukan bagi menghafaz hanya satu ayat panjang, contohnya ayat 282 al-Baqarah.



#16 : Masalah Di Permulaan Surah

Kepada yang pernah cuba menghafaz al-Quraan, mungkin pernah menemui ayat-ayat di permulaan surah yang kelihatan mudah untuk diingat tetapi sukar dihafaz. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa banyak surah yang dimulakan dengan cara yang seragam. Jika dipandang daripada sudut yang positif, keadaan ini boleh memudahkan penghafazan kerana kita telah biasa mendengar atau membaca ayat-ayat berkenaan. Jika dipandang dari sudut lain pula, keadaan ini boleh mengelirukan kerana terdapat persamaan yang ketara antara ayat-ayat berkenaan. Sebagai contoh, cuba bandingkan ayat-ayat di bawah:

(a) ayat 1 hingga 4 surah al-Baqarah dengan ayat 2 hingga 6 surah Luqman;

(b) ayat 1 hingga 3 surah as-Syu’araa’ dengan ayat 1 surah an-Naml dan ayat 1 dan surah al-Qasas; dan

(c) ayat 1 surah Yusuf dengan ayat 1 dan 2 surah Luqman.

Jika dibuat analisis ringkas ke atas surah-surah panjang iaitu surah-surah daripada juzu’ pertama hingga juzu’ ke-28, ayat-ayat dipermulaan surah boleh dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut:

Surah-surah yang dimulakan dengan pujian kepada Allah. Contohnya:

1. Al-Fatihah

2. An-Nahl

3. Al-Kahf

4. Al-Furqaan

5. Saba’

6. Al-Faatir

7. As-Saffaat

8. Ar-Rahmaan

9. Al-Hadid

10. Al-Hasyr

11. As-Saff

12. Al-Jumu’ah

13. At-Taghabun

Surah-surah yang dimulakan dengan memperihalkan tentang al-Quraan. Contohnya:

1.

Al-Baqarah

2.

Aali-‘Emraan

3.

Al-‘araaf

4.

Yunus

5.

Hud

6.

Yusuf

7.

Ar-Ra’d

8.

Ibraaheem

9.

Al-Hijr

10.

Taaha

11.

An-Noor

12.

As-Syuaraa’

13.

An-Naml

14.

Al-Qasas

15.

Luqmaan

16.

As-Sajdah

17.

Yaasin

18.

Saad

19.

Az-Zumar

20.

Ghafir

21.

Al-Fussilat

22.

As-Syuura

23.

Al-Zukhruf

24.

Ad-Dukhaan

25.

Al-Jaathiyah

26.

Al-Ahqaaf

27.

Qaf

28.

At-Tuur

Surah-surah yang dimulakan dengan ayat-ayat hukum. Contohnya:

1.

An-Nisaa’

2.

Al-An’aam

3.

Al-Maaidah

4.

Al-Anfaal

5.

At-Taubah

6.

Al-Ahzaab

7.

Muhammad

8.

Al-Hujurat

9.

Al-Mujaadalah

10.

Al-Mumtahanah

11.

At-Talaaq

12.

At-Tahreem

Surah-surah yang dimulakan dengan ayat-ayat mengenai hari Qiamat. Contohnya:

1.

Al-Anbiyaa’

2.

Al-Hajj

3.

Az-Zariyat

4.

Al-Qamar

5.

Al-Waqi’ah

Masalah yang dihadapi oleh ramai penghafaz ialah setelah menamatkan hafazan sesetengah surah berkenaan mereka berasa bahawa mereka telah dapat menguasai keseluruhan surah dengan betul. Namun, apabila dibaca semula surah berkenaan, mereka tidak pasti samaada hafazan mereka, terutamanya pada ayat-ayat pembukaan setiap surah, tepat atau tidak kerana terdapat ayat-ayat pembukaan surah lain yang hampir serupa. Atau, pada permulaannya, sesetengah penghafaz al-Quraan mendapati agak mudah untuk mengingati ayat-ayat pembukaan surah-surah yang dinyatakan di atas. Namun, dalam tempoh yang singkat, ayat-ayat tersebut hilang daripada ingatan.

Jika masalah ini berlaku, janganlah dibimbangkan sangat. Teruskan menghafaz ayat-ayat berikutnya dalam surah berkenaan. Janganlah menjadikan kesukaran menghafaz ayat-ayat awal surah sebagai penghalang kepada penghafazan keseluruhan surah. Janganlah juga ‘memaksa diri’ menghafaz atau terlalu menumpukan perhatian kepada ayat-ayat awal surah yang akibatnya sasaran untuk menghafaz keseluruhan al-Quraan tidak tercapai. Pada hakikatnya untuk ingatan kita memerlukan masa untuk menyelaraskan hafazan kita terhadap ayat-ayat awal surah. Melalui semakan semula (revision) dalam tempoh tertentu penyelarasan akan berlaku secara ‘natural’ tanpa dipaksa.

0 comment:

Post a Comment

Komen

New Latest Youtube free Video Download No Sex Adult

 
Free Host