Tuesday, October 14, 2008

QIRAAT MUTAWATIR, APAKAH HUBUNGANNYA DENGAN BAHASA ARAB

QIRAAT MUTAWATIR, APAKAH HUBUNGANNYA DENGAN BAHASA ARAB

Bahasa arab adalah bahasa perantaraan yang dipilih oleh Allah s.w.t. bagi menterjemahkan kalam azaliNya yang Maha Agung. Ini sudah pasti menimbulkan tanda tanya di kalangan para pengkaji sejarah mengapakah tidak dipilih bahasa rom atau parsi yang merupakan kuasa besar pada ketika itu. Justeru lebih mencepatkan lagi proses penyampaian risalah Ilahi kepada sekalian umat manusia kerana penggunaannya di samping pengaruhnya lebih meluas berbanding bahasa arab. Namun, hakikat sebenar di sebalik persoalan tersebut hanyalah Allah yang bersifat al-Hakim sahaja yang mengetahuinya.

Sungguhpun begitu kita mungkin dapat menyingkap hikmat di sebalik pemilihan tersebut jika dikaji dengan lebih mendalam akan bahasa arab itu. Atas prasangka inilah saya ingin mendedahkan kepada sidang pembaca beberapa kajian ilmiah yang ringkas berkaitan ilmu qiraat yang merupakan satu-satunya ilmu yang berupaya mengorek rahsia keistimewaan bahasa arab. Ini kerana setiap perbezaan yang timbul pada setiap bacaan mempunyai hubungkait yang amat rapat dengan bahasa arab. Hubungan qiraatul Quran dengan tatabahasa arab adalah terbahagi kepada beberapa sudut sama ada dari aspek nahu ataupun sorof. Antaranya:

1- Binaan Kalimah
Iaitu perbezaan bacaan dari sudut berbezanya binaan kalimah.
Contohnya ( )
Fokusnya pada perkataan ( )
- Bacaan Nafi', Ibnu Kathir dan Abu Amru ialah ( ) iaitu di atas wazan ( ) daripada ( ) yang membawa makna musyarakah iaitu perkongsian.
- Manakala bacaan selain daripada mereka ialah ( ) atas wazan ( ) iaitu fiil thulasi yang tidak memberi makna musyarakah.

2- Muannas Muzakkar
Iaitu perbezaan pada bacaan berdasarkan perbezaan pada menetapkan sesuatu kalimah itu muzakkar atau muannas, atau diisnadkan pada muzakkar atau muannas.
Contohnya ( )
- Bacaan Ibnu Kathir, Abu Amru dan Ya'kub ialah dengan menta'niskan perkataan ( ) kerana ia disandarkan kepada ( ) yang merupakan muannas pada lafaz tidak pada makna.
- Manakala bacaan selain mereka adalah dengan memuzakkarkan perkataan ( ) kerana perkataan ( ) bukan muannas hakiki serta ada pemisah antara keduanya iaitu ( ), maka dalam bahasa arab keadaan begini dibolehkan muzakkar ( ).

3- Tasrif Fiil
Iaitu perbezaan bacaan yang berkaitan dengan tasrif fiil 14, kerana berbezanya keadaan.
Contohnya ( )
- Bacaan Ibnu Kathir, Hamzah dan Kisaie ialah ( ) iaitu dengan ya' ghaibah kerana keadaan orang yang dihadap cakapkan itu ghaib (tiada).
- Manakala bacaan selain mereka ialah ( ) iaitu dengan ta', menunjukkan bahawa orang yang dihadap cakapkan ( ) itu ada.

4- Mufrad dan Jama'
Iaitu perbezaan bacaan dari sudut mufrad atau jama' sesuatu perkataan.
Contohnya ( )
- Bacaan Nafi' dan Abu Ja'far ialah dengan menjama'kan perkataan ( ) menjadi ( ).
- Manakala bacaan jumhur iaitu selain mereka ialah dengan mengifradkan ( ).

5- Perbezaan Harf ( )
Iaitu berbezanya harf ( ) yang masuk ke atas sesuatu isim dari sudut beramal atau tidak.
Contohnya ( )
- Bacaan Ya'kub ialah dengan nasab ( ) kerana diiktibarkan ( ) ialah nafiyah lil jinsi ( ) yang beramal dengan amal ( ) iaitu menasabkan isim dan merafa'kan khobar ( ).
- Manakala bacaan jumhur ialah dengan merafa'kan ( ) kerana mengiktibarkan ( ) itu ialah ( ) (yang tidak beramal dengannya) maka kekallah ( ) di atas rafa'nya dengan sebab ibtida' (permulaan ayat) sepertimana kata Ibnu Malik di dalam alfiahnya: ( )

6- Kepelbagaian Wajah I'rab
Perbezaan bacaan di dalam al-Quran juga datang dari sudut bentuk i'rab dalam bahasa arab yang pelbagai selagimana ia menepati i'rab yang sahih. Kerana dalam bahasa arab i'rab tidak datang dengan satu wajah sahaja bahkan kadang-kadang ia datang dengan pelbagai wajah selagi betul dari sudut makna dan kena dengan syarat-syaratnya.
Contohnya ( )
- Bacaan Abu Amru dan Ya'kub ialah dengan rafa' ( ) kerana mengiktibarkannya sebagai mubtada' dan khabarnya ialah shibih jumlah ( ) ( ). Maka jumlah ( ) ( ) berada di tempat rafa' khabar ( ).
- Manakala bacaan jumhur ialah dengan menasabkan ( ) kerana mengiktibarkannya sebagai muakkid ( ) bagi isim ( ) ( ). Manakala khabar ( ) pada keadaan ini ialah shibih jumlah ( ) ( ).

Dengan pendedahan yang serba ringkas ini diharap dapat membuka mata sidang pembaca terhadap kepentingan ilmu qiraat sebagai satu disiplin ilmu yang memainkan peranan penting dalam menjaga kemurnian al-Quran dari diceroboh oleh campur tangan puak-puak Orientalis dan penentang Islam yang ingin merosakkan Islam secara halus.

*artikel SUKMA MAQAZ

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here