Showing posts with label Emas. Show all posts
Showing posts with label Emas. Show all posts

Wednesday, July 5, 2023

Testimoni buat GCA (Pajakan Online E-Rahnu) di Quantum Metal


PERLU KE BUAT GCA?

Jawapannya adalah :

- Perlu untuk orang yang penat bekerja tetapi takda simpana.. saban bulan gaji masuk tapi tak sempat melihat hasil macam kami.. semua habis bayar komitmen bulanan 👀

Berbaloikah buat GCA (Pajakan ERahnu Online ni) ??

- Hari ni, asbab GCA.. keluarga kecil saya di KL sudah mampu mencapai setengah kilo emas (504g ++) dalam bayar komitmen & belanja harian bulanan keluarga kami macam biasa.. Kami buat GCA dulu baru belanja.. Jadi Kami ada bekap emas di belakang. Alhamdulillah.

Betul ke boleh untung buat GCA?

- Sudah 2 transaksi yang saya test jual ketika harga LME 66 dan sudah dapat profit melebihi force saving. Maka, bersemangatlah lagi menggunakan fasiliti GCA ini.

Kesimpulan?

- GCA adalah long term, hasil GCA sis plan guna lagi 5 tahun sejajar dengan kenaikan nilai emas ketika itu. GCA ni dia buat sis rasa jd manusia yang x mengecewakan bila penat kerja & bila dapat duit gaji kita, ada emas sudah di belakang nya.

Tips dan Teknik?

- Bayangkan berapa banyak kita rugi emas kalau x buat GCA saban masa. Ikot budget saja. Tak mampu semua gaji, gcakan separuh. X mampu separuh, min RM150 kan ada. Dari xde langsung.

Apa beza dengan beli EMAS FIZIKAL- Pajak Vs GCA?

- Sama je kalau sishan dapat gaji, sishan beli emas kat kedai emas fizikal. Kemudian, berjalan masuk cari ArRahnu & pajak terus emas. Duit dapat, emas tersimpan rapi. Tapi upah simpan 11% GCA 3.5% je setahun. 

Emas pula mungkin akan dilelong kalau 6 bulan tak pergi bayar bunga² cinta..renew surat.. nak pula time tu harga emas menjunam :(( Semua ini diatasi dengan kemudahan GCA, tiada emas dilelong.. tiada WAJIB RENEW yuran pengurusan yang rendah & PEMILIKAN EMAS INI ADALAH 100% MILIK KITA.

Tak boleh guna semua 

Jangan tinggal semua.

Ubahsuai dari perkongsian- Sis Han Qamar

#Emasbiz #emasmaster #JutawanSAE 

#Lovva #Majraha #Herys #Luver9 

#Quantummetal #QMGold #Consultant 

#DaftarQM #GSA #GCA #GAE

🪄🔑🪄

DAFTAR PERCUMA QM GOLD ACC (GSA)

Klik di sini bit.ly/freeregisterqm

Whatapps Admin: https://wa.link/x4q5ja

Info lengkap Quntum Metal sila ke Group Telegram : 

https://t.me/QMSharing


Info Lengkap dan tersusun Quantum Metal di Telegram


❤️ Assalamualaikum, selamat datang ke group QMSharing EmasMaster ❤️ Berikut Info Lengkap Quantum Metal (All in One Klik Sini)

.

➡️ Register :

👉 Register free account QM  - klik sini : bit.ly/freeregisterqm

👉 Cara register account - klik sini (https://t.me/QMSharing/30)

👉 Cara verify account (video)  klik sini (https://t.me/QMSharing/32)

 

➡️ INFO :

👉Info Syarikat Quantum Metal - klik sini (https://t.me/QMSharing/16) (More Info Web Rasmi)

👉Peneraju QM - klik sini (https://t.me/QMSharing/21) (SSM QM (https://t.me/QMSharing/93)

👉Rakan Niaga - klik sini (https://t.me/QMSharing/26)

 - Pengakuan bank - klik sini (https://t.me/QMSharing/38) dan Sini (https://t.me/QMSharing/95)

👉Patuh Syariah - klik sini (https://t.me/QMSharing/33)

- Ketua Penasihat Shariah Dalaman Klik Sini (https://t.me/QMSharing/24

- Cert Patuh Shariah Tawafuq Klik Sini (https://t.me/QMSharing/90)

👉Produk QM - klik sini (https://t.me/QMSharing/34)

👉Video Produk QM - klik sini (https://t.me/QMSharing/36)

👉TV Al Hijrah - klik sini (https://t.me/QMSharing/37) (Penasihat ISRA Consulting)

👉Perbezaan kedai Emas dan QM - klik sini (https://t.me/QMSharing/40)

👉Risiko di QM - klik sini (https://t.me/QMSharing/41)

👉Caj caj di QM - klik sini (https://t.me/QMSharing/42) (Gae5x GAE10x)

👉Tips Penting QM - klik sini (https://t.me/QMSharing/43)

👉Cara nak Jana income cepat- klik sini (https://t.me/QMSharing/45)

👉Video TV3 perasmian ATM GOLD - klik sini (https://t.me/QMSharing/46)

.

➡️ PRODUK QUANTUM METAL

🎁 Gold Storage Account (GSA)

👉Cara beli - klik sini (https://t.me/QMSharing/48)

👉Perbezaan GSA dan GAE - klik sini (https://t.me/QMSharing/49)

👉Cara tengok keuntungan GSA - klik sini (https://t.me/QMSharing/50)

 

🎁 Gold Asset Enhance (GAE)

👉Cara beli GAE - klik sini (https://t.me/QMSharing/53)

👉Apa itu GAE (Video) - Klik sini (https://t.me/QMSharing/54)

👉Bagaimana Konsep Tawarruq berfungsi di GAE - klik sini (https://t.me/QMSharing/55)

👉Bagaimana dapat keuntungan GAE - klik sini (https://t.me/QMSharing/56)

👉Perbezaan GAE5X dan GAE10X - klik sini (https://t.me/QMSharing/57) dan Sini (https://t.me/QMSharing/58)

👉Cara kira keuntungan - klik sini (https://t.me/QMSharing/59) dan Sini (https://t.me/QMSharing/60)

 

🎁 Gold Convert Account (GCA)

👉Info Explain GCA - klik sini (https://t.me/QMSharing/61)

👉Cara request GCA (direct GSA) - klik sini (https://t.me/QMSharing/62)

👉Cara buat GCA (direct bank) - klik sini (https://t.me/QMSharing/63)

👉Contoh/Rupa Account GCA  - klik sini (https://t.me/QMSharing/64)

👉Senarai Holding Inventory di Website - klik sini (https://t.me/QMEMPIRE/84)

👉Video, konsep elakkan perbelanjaan hangus - klik sini (https://t.me/QMSharing/65)

👉Perkongsian Testimoni GCA - klik sini  (https://t.me/QMSharing/70)

 

➡️ TESTIMONI GAE10X

Video Klik Sini  (https://t.me/QMSharing/66)

Bergambar Sini (https://t.me/QMSharing/74)

More info Whatsapp Admin https://wa.link/8b9wy1

6 Punca ang pilih nak jadi Consultant di Quantum Metal

 


Kenapa ramai yang pilih nak jadi Consultant di Quantum Metal?

Di QM sebagai Consultant best sangat sebab:
✅ Tidak ada Minimum of Cases (MOC) yang kena achieve secara bulanan atau tahunan
✅ Tiada demotion (turun rank/pangkat)
✅ Tak perlu maintain sales
✅ Potential income harian in USD
✅ Tak perlu simpan stok
✅ Setiap belian sendiri dapat komisen
Lepas nampak je peluang ni ramai yg terus grab tak toleh belakang dah. Nak duduk kat level tu seberapa lama kita nak pun boleh takda masalah. Ikot kita nak target naik pangkat atau tidak. Ramai je yang naik pangkat Dealer Consultant sebab nak komisen 7% atas belian sendiri je..
Mari mendaftar menggunakan link pendaftaran referral seperti di bawah:

DAFTAR PERCUMA QM GOLD ACC (GSA) Klik di sini bit.ly/freeregisterqm Whatapps Admin: https://wa.link/x4q5ja Info lengkap dan mudah di Group Telegram :  https://t.me/QMSharing




Saturday, June 3, 2023

Harga Emas Jatuh ? Ingin Jadi Tauke Emas ? Pelabur Emas atau Emas Trader

 

Andaian dan anggaran harga emas jun 2023 dan julai 2013 - Ingin Jadi Tauke Emas ? Pelabur Emas atau Emas Trader

 Seperti biasa harga emas akan naik turun naik turun.. turun nai nai naik naik lagi.. ehehe

jom kita lihat graf harga emas semasa 
(4.6.2023) kalau tengok graf terjunan tiruk tu.. 



Graf terjunan tiruk ni membawa pelbagai reaksi sebenarnya, bagi yang ingin membeli emas ini adalah masa terbaik sebab harganya rendah so beli je tumpang duit masih ada ehehe.. kalau simpan nk tunggu harga lagi rendah ada 2 kemungkinan.. 1 duit habis 2 harga akan mula naik :)

bagi yang baru lepas beli emas rileks jangan gabra sebab emas anda tak susut pun :) tapi kalau jual sekarang rugi lah.. so kenapa nk jual

yang baru lock graf emas untuk trade pastu menjunam.. ehehe melengung je lah sekejap.. nt bila naik baru sell ahahah

so kita kembali kepada andaian harga.. andin tak pro bab bujum menujum pak belalang so kita tengok apa pro komen :

Gold Performance Analysis

  • Last 5 Days: +0.9%
  • Last 1 Month: -1.1%
  • Last 6 Months: +9.2%
  • Last 12 Months: +5.1%

Gold Price Forecast for Next Week

Gold Price Forecast for Next Week: Gold (XAU/USD) will likely trade in the range of $1971 and $2068.

The net Gold price has fallen below $1950 and the overall trend has turned negative.

The net Gold price has fallen below both the 50-day as well as the 200-day Moving Averages. The 50-day MA for Gold is $1958 and the 200-day MA is $1980. At the time of writing the net Gold price is $1947.

When the net price falls below both the 50-day and 200-day MAs, it is generally considered a bearish signal. It suggests that the recent price levels have dipped below the average prices observed over the specified time periods. This may indicate a potential shift in the overall trend to the downside.

=====

Gold Price Forecast for the Next 12 Months

Gold Price Forecast (Next 12 months)$2183
Credit Suisse$2300
Commerzbank$1950
MKS$2300

Gold Price Predictions for the Next 5 Years

  • Gold Price Prediction 2023 is $2207
  • Gold Price Prediction 2024 is $2332
  • Gold Prediction 2025 is $2465
  • XAUUSD Prediction 2030 is $4600

https://crowdwisdom.live/us-stocks/gold-price-forecast-today/

Manakala mengikut https://30rates.com/  emas akan naik sedikit selepas ini dan kemudian mungkin turun atau naik mengikut situasi dan isu mendatang 

Gold Price Forecast By Day

DateWeekdayMinMaxPrice
06/05Monday185320481950
06/06Tuesday185120451948
06/07Wednesday186620621964
06/08Thursday186620621964
06/09Friday188420821983
06/12Monday188820861987

So kesimpulanya apa? Masa terbaik untuk beli emas adalah sekarang jika anda ada modal atau duit.. sbb emas tengah murah lagipula kalau simpan lama duit habis ehehe.

Apajadi jika emas jatuh agi.. beli lagi jika da modal.. kalau takde tengok jela sbb dah beli ahahha.. kalu tunggu pun belum tentu anda sempat beli (pikir je la camtu ahahah)

Cuma satu je nak bagitau.. sebenarnya nak untung emas adalah simpanan jangka pangjang.. sbb graf emas sentiasa naik utk jangka masa pangjang.

nak untung cepat ada 2 cara 1 jadi Tauke Emas atau Peniaga Emas.. so beli untung dapat harga murah.. org kita kita untung sbb kita jual ikut harga pasaran.. kita beli ikut harga kilang.. mari2 siapa mau jadi TAUKE EMAS.. modal hanya RM399 untuk jadi dapat beli emas harga murah atau harga kilang.

Promosi Daftar Dealer View MORE HERE 

Promosi Daftar Dealer















atau anda nak beli je boleh view katalog sini 
View Katalog ORODESIGN dan WhatsApp 






Kalau anda nak melabur dengan mudah sebulan 1g di Syarikat yang sangat STABIL boleh cuba di Akaun GAP PUBLIC GOLD :

Daftar Akaun Emas Public Gold


ATAU SIAPA YANG NAK INCOME ACTIVE TUNTAS DAN PADU Networking Terbaik, Pembekal Emas kepada Bank dan Koperasi Besar 
 Boleh Join Kami di QM apa yang best ?
1- Beli Emas Online dan mula menyimpan dengan hanya RM10 (blh tukar kpd emas fizikal)
2- Boleh Pajak Online - Guna wang belanja hangus convert jd emas dan pajak online.. so bila emas naik anda untung.
3- Boleh melabur Emas dengan cara INVEST ACTIVE boleh buat 5x untung atau 10x kali untung dengan nilai emas anda.
*Semua Produk dan Perkhidmatan Quantum Metal Patuh Syhariah. View More Sini dan Sini 

Daftar Ahli QM Percuma

Quantum Metal


- DAFTAR PERCUMA
-Tak Perlu Belian Maintain
-RM10 dah boleh beli Emas
-Boleh Pajak Emas Online
-Boleh Invest / Trade
(10x ganda / 5x ganda)
-Boleh Bina Networking

Harga 

Friday, September 9, 2011

Tips Jimat + Untung Haji Guna Dinar




GRAF HARGA EMAS DUNIA
au00 pres Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas

1)Kenaikan Harga Emas Tempoh 10 Tahun ( 2000 – 2010 )
> Pada  tahun 2000 harga emas USD 255.30 / oz
>Pada tahun 2010 harga emas USD 1300.00 / oz
2)Harga Emas di Malaysia
>Harga emas pada tahun 2001 ialah RM 46 segram
>Harga emas 916 sekarang ialah RM157.00/gm *boleh dirujuk di http://www.fgjam.org.my/
Jom lihat harga UMRAH Vs Dinar

umrah Guna Dinar1 1024x676 Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas
Simpan Dinar untuk pergi Umrah, Ayuh mula sekarang..

*untuk BESARkan pic sila klik
* Jom bertekad sebulan 1 dinar enam bulan InsyaAllah dah boleh pergi Umrah.. setahun dua lagi mungkin 5@4 danar sahaja diperlukan untuk pergi UMRAH..


Kat Sini mari kita lihat perbezaan menyimpan wang untuk pergi Haji dan menyimpan Dinar untuk pergi Haji pula
haji dengan Dinar Jimat2 1024x702 Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas
himpun dinar untuk tunai haji memang untung
Menyimpan wang dalam betuk DINAR @ Emas InsyaAllah untung beganda.


Dijangkakan pada tahun 2015, berdasarkan kepada statistik kita cuma memerlukan 10 dinar sahaja untuk menyahut seruan rukun islam ke 5 itu…
simpanan untuk masa depan… SIMPAN EMAS NILAI TERJAMIN…
Semarakkan simpanan dinar InsyaAllah Ekonomi kita bertambah kukuh.. bertambah ramai dapat pergi UMRAH dan Haji.
Takbiir !!
.
P/s : Nak melancong pun boleh guna teknik sama.. heheh
Jom Jd dealer GCP tawarkan pakej UMRAH.. Public Gold tawarkan pergi Australia..
yang pasti kita mesti melabur simpan emas icon razz Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas

Nak Dinar Emas ataupun jongkong emas, Bar Emas GCP @ Public Gold bolehlah berhubung dengan saya SMS 017-5750810.



Wednesday, April 27, 2011

Simpan Emas : KOS PERGI HAJI ANDA MAMPU BAYAR dan Bonus PERCUMA DUIT POKET RM 8826

haji1 Simpan Emas : KOS PERGI HAJI ANDA MAMPU BAYAR dan Bonus PERCUMA DUIT POKET RM 8826
haji jimat, Emas Haji, Teknik jimat Haji


Wau bunyi macam best.. boleh ke  dapat macam tu..
Sebenarnya menyimpan aset dalm bentuk emas banyak kelbihannnya.. antaranya kalis Inflasi dan menambah nilai aset kita.
Jom lihat kira-kira emas 20 gram dalam proses simpanan EMAS HAJI untuk mendapatkan duit poket percuma.
*Ide asal adalah dari laman www.syams-gold.blogspot.com
BAGAIMANA CARANYA……..
Anda ingin pergi haji ..??? Tetapi…masalahnya….
  • Kos semakin meningkat..???
  • Belum tiba giliran anda dengan Tabung Haji…. Duit dah penuh di tabung haji
  • Duit makin tak cukup….  atau cukup-cukup tambang ajer
Jika semua itu membelenggu anda…Jangan risau dan gundah gelana…
Pelaburan Emas adalah jalan penyelesaiannya..
Bagaimana..???
Kos mengerjakan haji bagi tahun 2010 = RM 9,500.00
Anda beli 3 ketul Public Gold  atau GCP (20grm)
dengan harga :
3 x RM 3,337.00  seketul 20 gram = RM 10011 Public Gold atau
RM 3270 20 gram GCP = RM 9810 * selepas diskaun
(Klik untuk lihat produk GCP dan PG)
Sekiranya anda membeli emas GCP
Jumlah yang bayar ketika anda beli ialah RM 9810.00
SETERUSNYA Anda simpan 3 ketul emas GCP tersebut selama 2 @ 3 tahun…
Apa anda dapat.??
Dengan kenaikan emas sebanyak 30% -40% setahun
(mengikut sejarah kenaikan tahunan pada tahun 2006-2010)
Jika satu tahun anda simpan :  9810 + 30 % = RM 12753
so anda telah untung RM 2943 (12753 – 9810 )
Wah.. ini adalah Duit Free anda dapat hasil kenaikkan emas 30 %.
——————————————————————–
jika 2 tahun simpan anda dapat = 9810 + 30 % + 30 % = RM 15696 – 9810
WOW anda untung RM 5886 <– ini adalah Duit Free
( RM 15696 tolak duit pokok anda iaitu RM9810.00 )
——————————————————————–
kalau anda simpan 3 tahun…. lagi lumayan betul tak…
simpan anda dapat = 9810 + 30 % + 30 % + 30% = RM 18639
WAWOW anda untung RM 8829 <– ini adalah Duit Free hasil anda simpan emas
( RM 18639 tolak duit pokok anda iaitu RM9810.00 )
Jadi anda dahpun dapat menambah tabungan serta duit belanja anda sebanyak RM 8829 dalam masa 3 tahun..
dengan RM 8826 ni bukan sekadar belanja Free tetapi boleh bawa Isteri sekali pergi haji heheh icon smile Simpan Emas : KOS PERGI HAJI ANDA MAMPU BAYAR dan Bonus PERCUMA DUIT POKET RM 8826 *kena tambah sikit ajer
——————————— Perbezaan Tabungan Biasa
betul tak ? jika anda simpan dalam Tabung Haji.
Tahun 2010 diveden TH ialah 5.5% setahun.
Simpanan RM 9810 selama tiga tahun : 9810 + 5.5 % = RM 539.55 setahun
RM539.55 X 3 tahun ialah RM 1618.65
Jika dengan EMAS anda untung RM 8826
Berapa beza 8826- 1618.65 = RM 7207.35 <- amat besar bezanya
ketuk minda…buat pertimbangan…..mana lebih untung..???
# Ini ialah pandangan penulis semata- mata, berdasarkan sejarah kenaikan harga emas tahun-tahun sebelumnya .Ia boleh berubah dari masa kesemasa mengikut harga emas dunia.
 
Related Article :

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Dinar dan Dirham serta Kaitannya Dengan ISLAM

Dinar dan dirham memang sudah lama di perkatakan, Emas Master yakin semua pernah mendengarnya. Emas Memang terkenal sebagai aset berharga tetapi tak ramai yang mehami konsep penyimpan nilai oleh emas dan masih juga yang takut menyimpan aset dalam bentuk emas.

 Kesimpulan mudah yang dapat saya sampaikan... menyimpan dalam bentuk emas memang menguntungkan.. sama ada dalam bentuk dinar, bar, jongkong atau apa sahaja.. yang penting Emas disimpan itu mestilah emas tulen 916 (22k) atau 999 (24 k).

Berikut adalah sebahagian artikel berguna untuk semua tentang sejarah dan kebaikan dinar emas. Walaupun artikel ini merujuk kepada dinar kelantan, namun harus difahami bahawa mana-mana dinar juga mempunyai peranan yang sama kerana semuanya emas.

" SEKALUNG TAHNAIAH KEPADA KERAJAAN KELANTAN KERANA KESUNGGUHAN MEMARTABATKAN KEMBALI MATAWANG ISLAM "

Tajuk asal Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah oleh Hajjah Nik Mahani Binti Mohamad –Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.


 
Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan
Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari
datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik ‘daulah’
Islamiyah.

Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi.

Kini, telah ada keyakinan bahawa seperkara yang boleh menyatupadukan umat Islam dan untuk
menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat ialah dengan mengembalikan semula satu matawang Syariah yang boleh digunakan oleh orang Islam di mana sahaja mereka berada.
Kenyataan dan fahaman ini adalah berdasarkan satu ayat Al Quran Nul Karim :

یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ أَطِیعُواْ اللّھَ وَأَطِیعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي
شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّھِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّھِ وَالْیَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَیْرٌ وَأَحْسَنُ
4:59 )تَأْوِیلاً )

4:59 (Malay) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur, Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273); ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya “mentaati Sultan dalam tujuh perkara iaitu: penempaan duit dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman, pengisyitiharan bagi ibadat haji, solat Jumaat, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, dan jihad.”

Justeru, itu pengeluaran matawang ‘dinar dan dirham’ merupakan kewajipan pertama Sultan untuk diperintahkan dan dipatuhi. Berdasarkan ayat inilah, matawang Syariah dikembalikan semula.

Perbahasan bahawa umat Islam harus menunggu kebangkitan sebuah ‘ Kerajaan Islam’ dahulu baru mahu menegakkan yang ‘haq’ adalah suatu pendapat yang kurang tepat pada pendapat penulis. Apakah kita harus tunggu sesiapa untuk kita menegakkan yang ‘haq’? atau yang ‘wajib’?
Sebagai contoh apakah jika sebuah negara itu kuffar maka kita tak perlu sembahyang kerana takut dimarahi? Atau
apakah kita harus menunggu persetujuan daripada kerajaan kuffar untuk kita menunaikan sembahyang maghrib?
Tentunya perkara yang wajib tetap kita lakukan walaupun ia tidak dibenarkan kerana kita
umat Islam wajib menunaikan sembahyang; kerana ibadah sembahyang itu adalah ‘haq’! Hukuman ‘tidak sembahyang’ tetap kena kepada kita walaupun `Kerajaan Kuffar’ mithalnya, tidak memberikan tempat yang khusus untuk kita menunaikan sembahyang.
Perbahasan apakah kita harus menunggu sahaja tanpa membuat sesuatu usaha atau apakah kita wajib melangkah terus cuba menegakkan apa yang haq adalah suatu perbahasan yang tiada penghujungnya.
Yang jelas; apakah kita di abad ini bertindak dengan hanya kaku menunggu ‘bulan jatuh ke riba’ atau pun mula bangkit melakukan sesuatu agar apa yang kita impikan boleh tercapai?. Maka inilah keputusan yang diambil oleh pemimpin sebuah negeri kecil yang ramai memberikan takrif sebagai negeri ‘serambi Mekah’ –
 iaitu bertindak mengembalikan semula matawang Syariah – emas dinar dan perak dirham Kelantan yang akan dilancarkan pada 12hb Ogos 2010 nanti Insya Allah. Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dengan beraninya mengorak langkah membawa balik matawang Syariah ini di tengah-tengah masyarakat mereka kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ia adalah suatu perkara yang terlalu penting dan menjadi perkara pokok dalam deenul Islam di abad ini.
Apakah penghujjahan mengenai matawang Syariah ini? :
Umat Islam pada umumnya tahu bahawa perkataan ‘dinar’ dan ‘dirham’ wujud dalam Kitabullah Al Quran Nul Karim. Salah satunya ialah Surah Ali Imran ayat 75 yang bermaksud:
Surah Ali Imran ayat 75 :

وَمِنْ أَھْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْھُ بِقِنطَارٍ یُؤَدِّهِ إِلَیْكَ وَمِنْھُم مَّنْ إِن تَأْمَنْھُ بِدِینَارٍ لاَّ
یُؤَدِّهِ
إِلَیْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَیْھِ قَآئِمًا ذَلِكَ بِأَنَّھُمْ قَالُواْ لَیْسَ
( عَلَیْنَا فِي الأُمِّیِّینَ سَبِیلٌ وَیَقُولُونَ عَلَى اللّھِ الْكَذِبَ وَھُمْ یَعْلَمُونَ( 3:75

3:75 (Malay) "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamumempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antaramereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: ""Tidak ada dosa bagi kami
terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal merekamengetahui."

Tokoh berwibawa dan terkenal dalam hukum al-Quran, Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi, dalam kitabnya yang terkemuka “Ahkamul Quran” berkata:
“Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah larangan mengamanahkan barangan kepada Ahli Kitab.”dan beliau berkata lagi “Perkara berhubung dengan tindakan mengamanahkan harta benda telah tergubal dalam al-Quran.
 Ini bermakna,
ayat tersebut merupakan hukum yang telah ditetapkan dan penting sekali kepada agama. “
Ini bermakna umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya kerana kita telah memberikan suatu ‘amanah besar’ kepada kaum ahlul kitab iaitu, menyerahkan ‘harta benda’ umat Islam untuk mereka tadbirkan! Berdasarkan ayat ini sahaja pun jelas kita umat Islam di abad ini telah melanggar hukum yang telah ditetapkan. Apakah hukumnya?
 Ya, kita telah memberikan ‘amanah’ kepada Ahli Kitab dengan cara kita membiarkan urusan harta benda kita ke tangan mereka di abad ini atau sejak kejatuhan Kerajaan berkhalifah Uthmaniyyah bermula pada tahun 1924!
Bukankah ‘matawang’ adalah ‘harta benda’ dan ‘memberikan amanah’ bererti menyerahkan ke tangan mereka suatu kepercayaan?

Hari ini dan di abad ini kedua-dua perkara yang ditafsirkan dalam ayat ini telah kita cabuli! Allah s.w.t secara khususnya telah melarang umat Islam menyerahkan kepercayaan atas perkara hal ehwal harta kepada ‘Ahlul Kitab’ tetapi bukankah kita sudahmelanggar hukumAllah s.w.t.? Siapa ‘ahlul kitab’ ini?
Ya mereka ialah bangsa ‘Yahudi’ dan `Nasrani’ serta kaum bukan Islam! Bukankah mereka dan suku sakat mereka yang mengepalai amalan riba di abad ini?. Amalan riba yang besar di abad ini ialah pada matawang kertas dan semua sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam kerana pada asasnya ia sama sahaja.
 Penyerahan ‘amanah’ ini amat besar ertinya dan sangat tepat sekali larangan Allah
s.w.t. Kita telah memberikan persetujuan atau membuat ‘baiah’ dengan memasuki perjanjian
Brettonwoods pada tahun 1945 . Itulah ‘amanah’ yang umat Islam bersama-sama umat-umat lain telah berikan kepada ‘ahlul kitab’ ini! Dan sejarah membuktikan betapa mereka telah merosakkan ‘amanah’ tersebut!
Pada masa itu bila dunia (44 buah negara) bersetuju menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang resab’ kerana janji mereka bahawa setiap Dollar Amerika telah bersandarkan emas iaitu sebanyak USD35 bagi setiap auns emas, maka maksud perjanjian yang dimeterai itu ialah bersetuju menggantikan sandaran emas pada matawang kertas negara masing-masing dengan Dollar Amerika.

Mereka mengatakan ‘Dollar Amerika as good as gold’! (Dollar Amerika sebaik emas). Apabila semua negara dalam pakatan perjanjian tersebut akur; mereka mendapati Amerika Syarikat yang memegang amanah tersebut mula menodainya sehingga pada tahun 1971 mereka telah ‘pecah amanah’ dengan mengisytiharkan matawang Dollar Amerika tiada lagi bersandarkan emas!
Bukankah sangat tepat tafsiran ayat ini dalam kitabullah?
Kita telah menyerahkan bukan sahaja ‘amanah’ kepada mereka bila kita melangkah kepada penggunaan ‘matawang kertas’ tetapi juga istilah ’harta benda’ melibatkan semua aspek harta benda termasuklah sistem perbankan yang kononnya merupakan institusi penjanaan ‘harta benda’!
Hari ini semua Negara di dunia berada dalam suatu pembohongan yang amat nyata sekali kerana kita bersekongkol dalam suatu sistem Kapitalisme yang amat mengelirukan rakyat jelata.
Dakyah ‘kekayaan’ yang diasaskan atas amalan riba memberikan kesenangan yang sebegitu menakjubkan, maka benarlah sepertimana gambaran sebuah hadith Rasullullah s.a.w. bahawa dakyah yang mereka bawa ialah seumpama ‘sungai’ dan ‘api’.
Wang kertas serta sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam menjana wang-wang
‘kredit’ yang terhasil daripada sistem perbankan yang mengamalkan apa yang dikenali sebagai
‘fractional reserve banking’ di mana setiap wang yang didepositkan ke dalam sistem perbankan boleh dikembangkan sehingga 20 kali ganda, menjadikan ekonomi semasa berasaskan sistem Kapitalisme dapat memberikan pinjaman hutang yang sebegitu besar yang dengannya menjana ekonomi memberikan kemakmuran kesenangan hidup sepertimana sebuah ‘sungai’ yang mengalir, menyuburkan semua tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Tetapi hadith Rasullullah s.a.w. telah memberitahu kita umatnya, bahawa janganlah sangkakan ‘sungai’ tersebut sebagai benar kerana kenyataan sebenar ‘sungai’ tersebut ialah ‘api’! Sebabnya?
Ya, sebabnya ialah kesenangan dan kemakmuran yang dibawa adalah atas asas amalan riba yang akan dituntut oleh ‘api’ kerana ia menzalimi umat manusia seluruh alam.



Kezaliman yang diasaskan atas amalan riba ini menyebabkan harta tiada lagi beredar sebagaimana sepatutnya tetapi hanya tertumpu kepada orang-orang kaya semata!
 Betapa tidaknya; system Kapitalisme dalam sistem perbankan hanya memihak kepada orang berada di mana mereka yang berharta dan menyimpan wang di bank-bank akan menimba ‘bunga’ atau diistilahkan juga sebagai ‘faedah’ atau ‘interest’ atas simpanan mereka tanpa bekerja walhal satu pihak lagi yang mengambil pinjaman bukan sahaja akan dikenakan cagaran malah pihak bank menghasilkan `wang atas angin’ dengan mengenakan bunga atau ‘interest’ atas pinjaman yang mereka berikan itu.
 Apabila berlaku sesuatu keadaan di mana orang yang berhutang tadi tidak berjaya dalam urusan perniagaan mereka dan menyebabkan mereka tidak berupaya membayar semula pinjaman; maka semua cagaran yang mereka sandarkan tadi akan dileburkan menjadikan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada sebelum membuat pinjaman! Berapa ramai umat Islam tergulung dalam dakyah sebegini!

Penggunaan wang kertas pula menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah ‘inflasi’. Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali Kerajaan Pusat mengeluarkan wang Ringgit Malaysia yang baru; ‘kuasa pembelian’ pada setiap keping kertas Ringgit Malaysia akan berkurangan seolah-olah ada satu tangan yang mencurinya daripada poket rakyat!
Keadaan ini berterusan berlaku sehinggalah hasilnya –
rakyat miskin akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya tanpa mereka membuat apa-apa kerja!
Kepincangan masyarakat yang sebegini mengakibatkan kerosakan dalam masyarakat pada segi sosial dan akhlak sehinggakan masyarakat umat Islam hari ini sebegitu rendah
moralnya dan anak-anak muda serta semua lapisan masyarakat Islam hari ini tercemar!
Semua jenis penyakit dalam masyarakat ada pada umat Islam hari ini!
Pada sudut yang lain pula, rukun iman kita telah tercemar apabila kita menggunakan wang kertas untuk menggantikan wang dinar dan dirham! Bukankah salah satu ‘rukun iman’ ialah percaya bahawa kitabullah Al Quran nul karim tiada cacat cela walaupun satu huruf perkataan? Inikan pula kita telah menggantikan perkataan ‘dinar dan dirham’ dengan Ringgit Malaysia! Rupiah! Dollar Amerika!

Mari pula kita lihat apa
kata lain-lain ulama’ terdahulu mengenai perkara dinar dan dirham :

Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telahmenulis :
“Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan sebagainya.
Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain).”
Dan “Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabah serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan dengan jelas
semua ukuran ini
.”

Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. dan telah ada ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam; zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1 mithqal yang hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah 4.25gram.
Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a. Timbangan inilah juga yang digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan.

Kembalinya dinar dan dirham Kelantan dalam edaran bermula pada 12hb Ogos 2010 nanti adalah suatu usaha yang sangat besar implikasinya kepada umat Islam bukan sahaja kepada rakyat negeri Kelantan tetapi juga kepada umat Islam di abad ini. Dengan mennggunakan dinar dan dirham, kita boleh menegakkan kembali hukum-hukum yang berkaitan dengannya sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun; iaitu zakat; nikah dan hudud.
 Impak yang paling bererti bagi umat Islam di abad ini ialah pembayaran zakat dengan matawang dinar dan dirham nanti.
Bermula pada tarikh ini ; rakyat negeri Kelantan khususnya akan dapat melangkah keluar daripada amalan riba dengan keberupayaan berjual beli dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham Kelantan.
Pada masa ini lebih daripada 600 buah kedai di Kota Bharu sudah sedia menerima pembayaran dengan menggunakan matawang Syariah dinar dirham Kelantan.
Selain itu, 25% gaji akan mula dibayar dengannya; bil-bil air Kelantan
akan mula dapat dibayar dengan dinar dirham Kelantan; zakat pada tahun 1431 H akan mula dibayar dengan dinar dan dirham Kelantan, Insya Allah!

*Tahniah atas kesungguhan kerajaan Negeri Kelantan berusaha, walaupun tak Berjaya sepenuhnya tetapi telah mula berusaha.. Syabas!

*bila pula ya.. negeri-negeri lain nak ikut.. dok tunggu Us. Azizan pulak ni..

*Kita Rakyat biasa.. berusahalah menyimpan asset atau duit atau wang atau apa-apa kekayaan kita dalam bentuk emas dan perak. InsyaAllah kita akan terlepas dari jerat INFLASI dan jerat RIBA

 Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement

Lagi cerita Kisah Dinar :

Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak Mata Wang Umat Islam.jpg
Dinar Emas Dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam
Siri
Pengarang Asal Zuhaimy Ismail
Penterjemah
ISBN ISBN 983–52–0321–0
Kod Buku
Saiz
Terbitan Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 2003
Bilangan Muka Surat 108 muka surat
Harga RM 16.00 (2003)
Buku Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam ditulis oleh Zuhaimy Ismail dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM 16.00. Ia diterbitkan oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press dengan nombor ISBN 983–52–0321–0, cetakan setebal 108 muka surat halaman. Buku ini dicetak dalam Bahasa Melayu

Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here