Monday, October 20, 2008

PENGENALAN IMAM ASY-SYATIBI

PENGENALAN IMAM ASY-SYATIBI

Nama beliau ialah Al-Qasim bin Firruh bin Ahmad bin Khalaf bin Ahmad Abu Qasim Muhammad As-Syathibi Ar-Ra’ini Ad-Dhorir , bermazhab Syafie . Beliau merupakan seorang a’jam . Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Andalus ( Sepanyol ) dalam keadaan buta . Beliau mengambil Qiraat dari Imam Abi Abdullah Muhammad bin Abi Al-A`sh . Beliau telah menghafaz Al-Qiraat di dalam kitab At-Taisir dan Ilmu Hadis dari seorang ulama` yang bernama Imam Ibnu Huzail .

Beliau telah menunaikan ibadat haji di Baitullah, kemudian mengambil Ilmu Qiraat dari seorang Syeikh yang bernama Abi ThohirAs-Salafi di Iskandariah Mesir setibanya beliau di negeri tersebut . Setelah beliau memasuki Mesir , beliau telah di beri penghormatan yang tinggi oleh ulama`-ulama` di sana dan di lantik sebagai ketua di dalam Lujnah Ilmu Al-Quran oleh Sultan Mesir . Beliau di beri kebenaran untuk mengajar Al-Quran di semua tempat di tanah Mesir . Beliau mempunyai beberapa kelebihan antaranya zuhud , amanah , thiqoh , tajam fikiran , banyak beribadat , mempunyai ketokohan di dalam berpolitik seorang yang pendiam dan dikatakan sebagai seorang yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Ketokohan beliau di dalam ilmu agama amat dikagumi oleh ulama’-ulama’ di Mesir, sehingga Imam Al-Hafiz Abu Syammah Ad-Dimasyqi bersyair :

“ Aku melihat para Ulama’ Mesir yang terkemuka mengagungkan Syeikh Asy-Syatibi “

Beliau meninggal dunia ketika berusia 52 tahun ,pada hari Ahad selepas sembahyang Asar , 28 Jamadil Akhir , tahun 590 Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin di atas Bukit Muqattam , Mesir .


No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here