Monday, October 20, 2008

DOA SELAMAT

DOA SELAMAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَ إِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ وَنَسْتَوْدِعُكَ دِيْنَنَا وَإِيْمَانَنَا وَأَنْفُسَنَا وَأَمْوَالَنَا وَأَوْلاَدَنَا وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَيْتَنَا

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِى كَنَفِكَ وَأَمَانِكَ وَجِوَارِكَ وَعِيَاذِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ وَذِى عَيْنٍ وَذِى بَغْيٍ

وَشَرِّ كُلِّ ذِى شَرٍّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Ya Allah.. Ya Rahmaan Ya Rahiim.. Engkaulah pemilik seluruh Alam ini..engkaulah pemilik seluruh diri kami ini. PadaMu kami merayu dan bermohon agar segala kesilapan dan kesalahan kami diampuni.. agar kelalaian kami dan kekhilafan serta keterlanjuran kami dapat kami atasi dan hindari dari diulangi lagi.

Ya Allah, kami pohon perlindungan dari-Mu dari segala hasutan syaitan mahu pun kejahatan insan, kami pohon keselamatan dan kesejahteraan agar kami hidup dalam aman dan tenteram, selamatkan kami dari segala keburukan, jauhkan kami dari segala bala, wabak mahu pun penyakit yang menyusahkan.

اَللَّهُمَّ يَا مُتَوَلِّيَ السَّرَائِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِرِ

Ya Allah, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan sanubari kami, Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada saat ini dan masa yang akan kami lalui, Engkaulah yang maha Arif apa yang terbaik untuk kami, Ya Allah ya Rahmaan.. kami merayu dan bermohon kepadaMu agar segala hajat kami dan kehendak kami yang membawa kebahagiaan kepada kami dunia dan akhirat nanti dapat kami capai dengan Rahmat, Hidayah dan NusrahMu ya Allah.

اَللَّهُمَّ يَا ذالجلال والإكرام

Kami mengakui dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang kebesaran dan kekuasaan-Mu ya Allah. Lantaran itu kami menadah tangan merayu & memohon keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan di dunia dan akhirat, kami juga merasa kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat Iman dan Islam yang telah engkau kurniakan kepada kami, yang engkau masih kekalkan ia di jiwa kami.

Kami amat sedar dan insaf Ya Allah.. Kami terlalu lemah untuk menunaikan segala perintahmu dengan sempurna dan kami terlalu lemah untuk mengikuti Sunnah RasulMu dengan sempurna. Ampunilah kami Ya Allah.. janganlah disebabkan kelemahan kami ini engkau cabut nikmat Iman dan Islam dari jiwa kami ya Allah. Janganlah engkau siksa kami kerana kesilapan dan kelalaian kami ya Allah..kami terlalu lemah dan takut menerima azabMu..dari itu ampunilah kami dan jadikanlah diri kami, hati kami dan dorongkanlah tenaga dan kemahuan kami untuk melaksanakan segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu..dan jadikanlah kami Insan yang sentiasa bersyukur di atas segala RahmatMu.

اَللَّهُمَّ يَا دَائِمَ اْلإِحْسَانِ

Ya Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mu kami harapkan, Rahman dan Rahim-Mu kami pinta, semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi dengan sepenuh riayah dan pemeliharaan-Mu, kami akui bahawa kami sentiasa terdedah kepada bahaya dan keburukan. Dengan Belas IhsanMu Ya Allah Engkau peliharalah serta hindarkanlah kami daripada segala bahaya dan keburukan itu.

اَللَّهُمَّ يَااَللهُ

Sekiranya keburukan telah Engkau qadha atau tentukan ke atas kami, sekiranya kecelakaan telah Engkau tetapkan akan menimpa kami, maka dengan Rahman dan Rahim-Mu ya Allah kami pohonkan, hindarkanlah kami dari segala keburukan dan kecelakaan itu, agar dapat kami hidup dengan lebih aman, sihat sejahtera dan bersyukur dengan limpah RahmatMu ini.

Ya Allah engkau jadikanlah Majlis ini penuh Rahmat dan berkat.. jadikanlah Majlis ini sebagai salah satu sebab Hati-hati kami ditautkan, hilangkanlah rasa dengki dan iri hati dari hati kami, jadikan hati kami bersih ikhlas, kesalahan sesama kami dapat sama-sama kami maafkan, kemesraan sesama kami dapat kami tingkatkan seterusnya kami menjadi sehati sejiwa, seia sekata, ceria gembira bersama bersatu di atas landasanmu menjayakan matlamat organisasi kami dan meneruskan kehidupan dengan aman bahagia di dunia dan akhirat.

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلأخِرَةِ اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْغَلاَءَ لاَ كَاشِفَ وَلاَ دَافِعَ لَهُ غَيْرُكَ.

اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِى اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَاجْعَلْ حَيَاتَنَا حَيَاةً طَيِّبَةً ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً

{رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here