Friday, October 31, 2008

Tip Tahfiz 5 (Tip Menghafaz al-Quran) Tajuk : Fakta Angka

#17 : Tajuk : Fakta Angka

Pernahke kita membuat estimation berapa lama tempoh yang diperlukan bagi menghafaz seluruh al-Quraan?

Cuba lihat kiraan yang berikut:

Jika kita menghafaz 1 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 17 tahun 9 bulan dan 0 hari.

Jika kita menghafaz 2 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 8 tahun 9 bulan dan 18 hari.

Jika kita menghafaz 3 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 5 tahun 10 bulan dan 13 hari.

Jika kita menghafaz 4 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 4 tahun 4 bulan dan 24 hari.

Jika kita menghafaz 5 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 3 tahun 6 bulan dan 7 hari.

Jika kita menghafaz 6 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 2 tahun 11 bulan dan 4 hari.

Jika kita menghafaz 7 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 2 tahun 2 bulan dan 3 hari.

Jika kita menghafaz 8 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 2 tahun 2 bulan dan 12 hari.

Jika kita menghafaz 9 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 11 bulan dan 12 hari.

Jika kita menghafaz 10 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 9 bulan dan 3 hari.

Jika kita menghafaz 11 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 7 bulan dan 6 hari.

Jika kita menghafaz 12 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 5 bulan dan 15 hari.

Jika kita menghafaz 13 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 4 bulan dan 6 hari.

Jika kita menghafaz 14 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 3 bulan dan 0 hari.

Jika kita menghafaz 15 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 2 bulan dan 1 hari.

Jika kita menghafaz 16 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 1 bulan dan 6 hari.

Jika kita menghafaz 17 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 10 bulan dan 0 hari.

Jika kita menghafaz 18 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 11 bulan dan 19 hari.

Jika kita menghafaz 19 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 11 bulan dan 0 hari.

Jika kita menghafaz 20 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 10 bulan dan 16 hari.

Jika kita menghafaz 1 mukasurat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 8 bulan dan 12 hari.

Jika kita menghafaz 2 mukasurat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 10 bulan dan 6 hari.

Jika kita menghafaz 3 mukasurat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 8 bulan dan 12 hari.

Kiraan ini sumbangan Sdra Fahd Al-Kandari dari Kuwait.

#18 : Doa Untuk Saiyidina Ali

At-Tirmizi dan Al-Hakeem meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas (R.A.) menceritakan, pada suatu hari ketika itu beliau berada bersama-sama RasulAllah (SAW), kemudian datang Sayidina Ali bin Abi Talib (K.W) dan mengadu, “Ya RasulAllah (SAW) engkau adalah aku cintai lebih daripada ibu dan bapaku sendiri. Ya RasulAllah (SAW), aku telah cuba menghafaz Al-Quran, tetapi setiap kali aku melakukannya hafazanku hilang dari ingatan”. RasulAllah (SAW) bersabda, maksudnya, “bolehkah aku ajarkan satu cara yang berkesan untukmu dan setiap orang yang engkau sampaikan kepadanya?. Dengan cara itu kamu boleh (insya Allah) mengingati apa saja yang engkau pelajari”.

Kemudian Rasullah mengajarkan kepada Ali (KW), apabila malam Jumaat mendatang, bangunlah pada sepertiga akhirnya, itulah yang sebaik-baiknya. Itulah juga sebaik-baik bahagian daripada waktu malam, pada ketika itu jugalah malaikat turun dari langit dan pada ketika itu jugalah doa dimakbulkan. Pada ketika itu jugalah Nabi Allah Ya’qub bangun berdoa semoga Allah mengapunkan dosa anak-anaknya. Jika kamu tidak boleh bangun pada waktu itu, bagunlah di tengah-tengah malam. Jika tidak boleh juga, boleh juga dilakukan pada bahagian awal daripada malam. Dirikan solat empat raka’at (dengan dua salam). Pada raka’at pertama selepas membaca Al-Fatihah, bacalah surah Yaasin. Kemudian di raka’at kedua, selepas membaca sura Al-Fatihah, bacalah surah Ad-Dukhan. Pada raka’at ketiga, selepas membaca Al-Fatihah, bacalah surah As-Sajadah dan pada raka’at keempat, selepas membaca Al-Fatihah, bacalah surah Al-Mulk. Setelah selesai membaca At-tahhiyat (iaitu sebelum salam pada rakaat keempat), persembahkanlah puji-pujian kepada Allah, kemudian berilah selawat dan salam ke atasku. Selepas itu, pohonlah keampunan (istighfar) untuk mu’minin dan mu’minat, serta untuk arwah muslimin dan muslimat. Kemudian, bacalah doa berikut:

Maksud doa (lebih-kurang):

Ya Allah, kasihilah daku dengan dikurniakan dengan dapat meninggalkan maksiat buat selama-lamanya, kasihilah daku dengan tidak dibebani dengan sesuatu yang tidak termampu aku melaksanakannya dan kurniakanlah aku dengan rupa yang elok seperti yang Engkau meredhainya.Ya Allah yang mencipta langit dan bumi dan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, aku memohon daripadaMu ya Allah yang Maha Penyayang, dengan kemuliaan dan Nur WajahMu, supaya diperkasakan hatiku untuk mengingati KitabMu. Dan, sebagaimana Engkau mengajarkanku al-Kitab itu, kurniakanlah juga aku (kekuatan dan hidayah) supaya dapat membacanya sebagaimana yang Engkau menyukainya. Ya Allah yang mencipta langit dan bumi serta yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, aku memohon daripadaMu ya Allah yang Maha Penyayang, dengan kemuliaan dan Nur WajahMu, supaya disinari wajahku dengan Nur KitabMu, sentiasa dibasahi lidahku dengan membaca KitabMu, dibukakan hatiku, dilapangi dadaku dan dimandikan (disucikan) diriku dengan KitabMu. Sesungguhnya, tiadalah keupayaan aku melakukan yang haq melainkan dengan kekuatan dariMu jua dan tiadalah sebarang kekuatan pada apa-apapun melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agong jua.


No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here