Wednesday, October 29, 2008

Langkah-langkah untuk memperkemaskan lagi penyebaran ilmu tajwid kepada umat Islam di Malaysia.


Bahagian ke terakhir sambungan daripada Perkembangan Ilmu Tajwid Di Tanah Melayu

Kita semua sedia maklum bahawa mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah dan mengamalkannya dalam bacaan al-Quran adalah fardu ain kepada seluruh umat islam. Adalah wajar pihak-pihak tertentu mengambil langkah dan usaha ke arah memperluaskan lagi penyebaran ilmu tajwid kepada masyarakat terutama masyarakat Islam di Malaysia. Untuk itu beberapa pandangan dan langkah perlu diambilkira dalam menjayakan usaha tersebut, antaranya:

1. Pihak Kementerian seharusnya memasukkan matapelajaran ilmu tajwid dalam sukatan pelajaran di sekolah rendah dengan lebih terperinci. Ini kerana buat masa sekarang pelajaran ilmu tajwid hanya diajar secara umum di sekolah rendah, tidak terperinci seperti sukatan pelajaran yang dahulu. Itupun diterapkan semasa murid berada di tahap 2 sahaja.

2. Pihak Kementerian juga seharusnya memperkembangkan kelas- kelas/ aliran pengajian tahfiz kepada pelajar-pelajar peringkat menengah. Ini kerana kebanyakan kelas tahfiz diambilalih oleh pihak swasta atau kerajaan negeri sepertimana Maahad Sains Tahfiz yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Walhal kelas seperti ini sepatutnya wujud dalam semua negeri di seluruh Malaysia.

3. Menggalakkan pembacaan al-Quran bertajwid kepada golongan dewasa dengan mengadakan pertandingan bacaan al-Quran secara bertajwid samada di peringkat kampung , Dewan Undangan Negeri (DUN) , peringkat negeri dan lain-lain. Ini akan menggalakkan golongan dewasa berminat untuk mempelajari ilmu tajwid.


4. Pihak tertentu samada swasta atau individu pula mengadakan kelas belajar tajwid. Ini kerana kebanyakan hari ini kelas iqra’ dan qiraat sahaja yang tumbuh seperti cendawan sedangkan kelas tajwid untuk kanak-kanak tidak begitu menggalakkan pertumbuhannya. Oleh itu perlu ada inisiatif pihak tertentu untuk mewujudkan kelas ini.

5. Peranan media cetak juga amat penting di mana media cetak seperti akhbar-akhbar tempatan mewujudkan ruangan untuk pembelajaran tajwid sepetimana “ Ruangan Belajar Jawi bersama Pak Mat Lob” di dalam Utusan Malaysia. Dengan cara ini masyarakat akan lebih mudah terdedah kepada pembelajaran ilmu Tajwid secara langsung berbanding dengan buku Tajwid yang terpaksa mereka cari dan membelinya dikedai-kedai buku.

6. Pihak Media Massa seperti televisyen perlu mengadakan Forum “ Perbincangan Mengenai Hukum-hukum Tajwid terutama untuk golongan dewasa. Tidak dinafikan sudah wujud beberapa program di televisyen mengenai tajwid seperti Mari Mengaji di TV9, Qiraatil Quran di TV1, Mari bertarannum di TV9, Kalam suci di TV Oasis dan Akedemik al-Quran di TV9. Ianya lebih ditujukan kepada golongan kanak-kanak dan remaja, apa salahnya ruangan forum atau perbincangan ini disediakan untuk golongan dewasa.


Penutup

Sesungguhnya al-Quran itu Kalam Suci, kata-kata Allah yang mesti dijaga dan dipelajari cara bacaan yang betul. Pembacaannya juga hendaklah secara tartil, sepertimana firman Allah yang telah dinyatakan di atas. Oleh amat wajarlah setiap umat Islam mempelajari ilmu tajwid dengan bersungguh-sungguh demi menghormati dan menjaga kesucian Kalamullah, mudah-mudahan pembelajaran ilmu tajwid akan dapat memperelokkan lagi pembacaan al-Quran.

Bibliografi

Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz ( cetakan ke tiga 1998). Ilmu Tajwid Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan.

Ahmad Badawi Abdullah, Ashraf Ismail, Penghantar Qiraat dan Hafazan, Selangor: Pusat Perkembangan Pendidikan, UKM Bangi.

Khairul Anuar Mohamad, Zulhilmi Mohamed Nor, HBQE2103, Al-Tajwid, Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc, Sdn. Bhd.

Azahari b Ibrahim, Kitab Pelajaran Tajwid, Melengkapi sukatan pelajaran Tajwid tingkatan 1-5 KBSM ,Kuala Lumpur : Darul Nu’man.

Abdullah Al-Qari b Haji Salleh (A.Q.H.A.S), (Cetakan ke limabelas -2006) Kursus Qari dan Qariah. Pustaka Aman Press.

Surur Shiha buddin An-Nadawi ( Edisi 2007 –Jilid 1 & 2), Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiah. Selangor: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak .

Ustaz Mahadi bin Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil, Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid dan disertai Makna,: Pustaka Haji Abdul Majid.

Ustaz Mahadi b Haji Dahlan Al-Hafiz , Belajar tajwid Al-Quranul Karim Cara Mudah dan Tepat (Edisi Lengkap Rasm Uthmani). Kuala Lumpur :Al-Hidayah Publishers,

Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail. Panduan tertil Al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Ustaz Zamri b Mat Isa, Memahami dan Mempelajari Tajwid Al-Quran cara Mudah dan Berkesan, ( Edisi Baru dan Lengkap Resam Usmani), Kota Bharu Kelantan : O.M.I. Nasuha Enterprise.

Ustaz Haji Muhammad Hassan bin Ahmad.Cara Mudah Belajar Tajwid,

Haji Abdul Kadir Leong, Tajwid Al-Quran Rasn Uthmani,( Edisi Januari 2002), Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ustaz H. As’ad Human, Ilmu Tajwid Cara Mudah dan Berkesan, Petaling Jaya, Selangor : Pustaka Dini,.

Abu Mardhiyah( Mohamad b Abd Manaf), Tajwid Al-Quran ( Cetakan Ke tiga) Februari 2005, Gombak, Kuala Lumpur : Al- Jenderaki Enterprise.

From : http://tksabriina.blogspot.com/(copy for dakwah)

others -->

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here