Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)

Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-


Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

maraji :
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.

Wednesday, April 13, 2011

Dinar Islam sebagai mata wang alternatif.


wang dirham dinasti abbasiyah Dinar Islam sebagai mata wang alternatif.
Oleh:KHALID NOORSHAH (Wartawan Utusan) http://utusanharian.com/

 
PERDANA Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (mantan dah lani) telah melakukan satu perkara demi menobatkan Islam serta menjaga kebajikan dan kepentingan umat.
Semasa merasmikan Simposium Al-Baraka Ke-20 Mengenai Ekonomi Islam baru-baru ini, beliau mencadangkan supaya dinar Islam yang diperbuat daripada emas dan bukannya kertas, digunakan sebagai mata wang umat Islam di seluruh dunia.
Apabila cadangan ini menjadi kenyataan kelak, ia akan menjadi satu tindakan bijak daripada Dr. Mahathir dalam menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dan menangani krisis kewangan yang dicetuskan oleh para penyangak mata wang.
Di samping itu ia juga membuka pintu penyelesaian kepada kemelut umat Islam yang sudah terlalu lama bergumpal dan bergelumang dengan riba, terutamanya dalam hal-hal berkaitan kewangan dan perniagaan.
Beliau juga melihat, untuk melindungi diri daripada menjadi ratahan globalisasi, umat Islam memerlukan pasaran yang menggunakan satu mata wang untuk memanfaatkan kekayaan yang dianugerahi kepada wilayah-wilayah Islam.
Lebih penting lagi, pelaksanaan penggunaan dinar Islam itu dengan sendirinya akan mewujudkan blok perdagangan Islam yang pastinya mencetuskan kerangka baru pasaran Islam dan kewangan Islam di peringkat dunia.
Cadangan beliau itu tentunya merupakan cabaran kepada Pertubuhan Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSO) yang bakal beribu pejabat di sini.
Walaupun secara keseluruhannya, pernyataan Perdana Menteri terhadap dinar Islam itu ialah untuk mengukuhkan bank Islam dan lain-lain institusi kewangan Islam sedia ada, tetapi tidak dapat tidak, beliau membuka ruang baru untuk umat Islam bertindak.
Ketika ramai ahli ekonomi termasuk yang beragama Islam sudah tidak yakin dan beranggapan bahawa emas tidak lagi sesuai sebagai mata wang di zaman moden ini, Perdana Menteri sebaliknya tampak yakin bahawa mata wang emas dinar Islam adalah pengganti sistem wang kertas sekarang.
Sistem kapitalis Barat yang berteraskan riba telah terbukti lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat kepada negara dan umat Islam seluruh dunia.
Siapakah di antara pemimpin Islam semasa yang lebih layak daripada Dr. Mahathir menilai kemungkinan itu? Selama menjadi Perdana Menteri, beliau terpaksa menangani dua kemerosotan ekonomi dan krisis mata wang yang melanda negara.
Setelah sekian lama menggunakan sistem kewangan kapitalis Barat untuk memajukan negara dan bangsa, beliau cukup masak akan buruk baik sistem kewangan kertas yang diamalkan sekarang.
Kefahaman beliau mengenai kepentingan mata wang dan sistem ekonomi dunia sudah pun mekar dalam minda dan hatinya sejak awal tahun 1980-an lagi dan tentunya krisis mata wang Asia 1997 menjadi pemangkin kepada kebenaran kefahaman beliau.
Semasa merasmikan kursus agama anjuran Biro Agama UMNO Malaysia pada 27 November 1981 Dr. Mahathir berkata:
“Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung bukan sahaja kepada penggunaan emas dan perak, tetapi wang kertas dan cek bukanlah daripada sistem Islam.
Dari sistem ini telah wujud sistem bank, penukaran wang, surat-janji, pengadilan janji-janji perdagangan, pelaburan, eksport import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti menggunakannya.”
Ketika mengulas mengenai mata wang kertas selepas negara-negara Asia dilanda krisis kewangan, Dr. Mahathir berkata bahawa mata wang tidak boleh dijual beli kerana ia tiada nilai intrinsik (Stable ringgit seen as key to recovery. The New Straits Times 2 September 1998, salinan wawancara televisyen di alamat Internet http:// straitstimes.asia1.com.sg/klc/klc7_0902.html.
Apabila mempunyai mata wangnya sendiri, umat Islam dan negara-negara Islam akan lebih berdikari malah dapat pula mengurangkan pergantungan mereka kepada kapitalis Amerika, Inggeris dan Eropah.
Cadangan itu juga dibuat setelah masyarakat antarabangsa tidak mempedulikan gesaan Dr. Mahathir supaya dikenakan kawalan kepada pasaran pertukaran wang antarabangsa bagi melindunginya daripada penyangak mata wang.
Di samping itu, beliau juga amat sedar bahawa kekayaan yang disimpan di tangan orang lain tidak memanfaatkan orang Islam sebaliknya kekayaan orang Islam semakin hari semakin terhakis maka masanya sudah sampai untuk orang Islam melindungi kekayaannya sendiri.
Apabila dinar Islam diterima sebagai mata wang berpandukan kepada piawaian berat yang telah pun ditetapkan pada zaman Kalifah Umar al-Khattab r.a maka umat Islam seluruh dunia akan dapat menggunakannya di mana sahaja di wilayah Islam.
Umat Islam tidak perlu lagi menukar dari mata wang kertas negara yang mereka diami kepada mata wang kertas negara lain, di mana sekarang dolar Amerika Syarikat (AS) lazimnya dijadikan mata wang perantara dan menyebabkan nilai mata wang negara lain hilang di atas angin.
Menurut piawaian Umar al-Khattab r.a. berat satu dinar emas ialah 4.25 gram dan berat satu dirham perak pula ialah 3 gram manakala nisbah berat antara dinar dan dirham ialah 7 dinar hendaklah sama beratnya dengan 10 dirham.
Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Masanya akan tiba apabila tidak ada apa pun yang berguna kecuali satu dinar dan satu dirham. (Daripada Msnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).
Pentafsir al-Quran terkemuka, Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat: Wahai orang mukmin, patuhi perintah Allah dan patuhi perintah Rasullullah s.a.w dan mereka yang memerintah ke atas kamu. (Quran 4:,59) berkata, ayat itu merupakan perintah supaya mematuhi sultan berhubung dengan tujuh perkara iaitu penempaan dinar dan dirham, menetapkan timbangan dan ukuran, penghakiman, haji, solat Jumaat dan penetapan Aidilfitri dan Aidiladha serta jihad.
Penempaan dinar dan dirham merupakan tanggungjawab pertama sultan yang memerintah dan mesti pula dipatuhi. Pada muka surat 66 buku Ekonomi Mamluk: Satu Kajian dan terjemahan Al-Maqrizis Ighthah, Muslim dan Abu Dawud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Semoga Allah melindungi dirham dan qafiz Iraq, mudd dan dinar Syria dan irdabb dan dinar Mesir.
Dalam Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun mengaitkan kepentingan dinar emas dan dirham perak kepada perkara-perkara berikut iaitu zakat, perkahwinan dan penghakiman berkaitan hudud.
Cadangan Dr. Mahathir mengenai dinar emas semestinya diberi perhatian berat oleh para ulama. Sebagai pemimpin, Perdana Menteri telah memberi hala tuju untuk menyelamatkan umat Islam dan rakyat dunia ketiga daripada ditipu terus-menerus oleh sistem wang kertas.
Para ulama hendaklah menyokong beliau dan mengetengahkan semua ilmu dan tindakan yang berkaitan untuk memerangi riba. Sekiranya para ulama mengikut hala tuju yang telah ditetapkan maka Islam mengikut al-Quran dan sunah boleh dilaksanakan.
Justeru, amat penting dinar Islam diperkenalkan sebagai mata wang yang menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dan menjadi tanggungjawab semua pemimpin Islam dan umat Islam untuk menyokong Dr. Mahathir.
Langkah ini pastinya tidak akan disokong oleh IMF dan Bank Dunia kerana ia akan menggantikan keistimewaan wang kertas terutamanya dolar Amerika Syarikat serta membebaskan umat Islam dan lain-lain rakyat Dunia Ketiga daripada belenggu dan penindasan oleh negara-negara maju.
Pelaksanaan dinar Islam akan menobatkan Dr. Mahathir sebagai seorang tokoh yang tulen memperjuangkan Islam dan umatnya dan bukannya tergolong di kalangan mereka yang memperjuangkan Islam kerana parti ataupun memperjuangkan Islam kerana taksub kepada personaliti.

 Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement

Kisah Dinar dan Dirham serta Kaitannya Dengan ISLAM

Dinar dan dirham memang sudah lama di perkatakan, Emas Master yakin semua pernah mendengarnya. Emas Memang terkenal sebagai aset berharga tetapi tak ramai yang mehami konsep penyimpan nilai oleh emas dan masih juga yang takut menyimpan aset dalam bentuk emas.

 Kesimpulan mudah yang dapat saya sampaikan... menyimpan dalam bentuk emas memang menguntungkan.. sama ada dalam bentuk dinar, bar, jongkong atau apa sahaja.. yang penting Emas disimpan itu mestilah emas tulen 916 (22k) atau 999 (24 k).

Berikut adalah sebahagian artikel berguna untuk semua tentang sejarah dan kebaikan dinar emas. Walaupun artikel ini merujuk kepada dinar kelantan, namun harus difahami bahawa mana-mana dinar juga mempunyai peranan yang sama kerana semuanya emas.

" SEKALUNG TAHNAIAH KEPADA KERAJAAN KELANTAN KERANA KESUNGGUHAN MEMARTABATKAN KEMBALI MATAWANG ISLAM "

Tajuk asal Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah oleh Hajjah Nik Mahani Binti Mohamad –Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.


 
Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan
Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari
datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik ‘daulah’
Islamiyah.

Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi.

Kini, telah ada keyakinan bahawa seperkara yang boleh menyatupadukan umat Islam dan untuk
menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat ialah dengan mengembalikan semula satu matawang Syariah yang boleh digunakan oleh orang Islam di mana sahaja mereka berada.
Kenyataan dan fahaman ini adalah berdasarkan satu ayat Al Quran Nul Karim :

یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ أَطِیعُواْ اللّھَ وَأَطِیعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي
شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّھِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّھِ وَالْیَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَیْرٌ وَأَحْسَنُ
4:59 )تَأْوِیلاً )

4:59 (Malay) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur, Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273); ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya “mentaati Sultan dalam tujuh perkara iaitu: penempaan duit dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman, pengisyitiharan bagi ibadat haji, solat Jumaat, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, dan jihad.”

Justeru, itu pengeluaran matawang ‘dinar dan dirham’ merupakan kewajipan pertama Sultan untuk diperintahkan dan dipatuhi. Berdasarkan ayat inilah, matawang Syariah dikembalikan semula.

Perbahasan bahawa umat Islam harus menunggu kebangkitan sebuah ‘ Kerajaan Islam’ dahulu baru mahu menegakkan yang ‘haq’ adalah suatu pendapat yang kurang tepat pada pendapat penulis. Apakah kita harus tunggu sesiapa untuk kita menegakkan yang ‘haq’? atau yang ‘wajib’?
Sebagai contoh apakah jika sebuah negara itu kuffar maka kita tak perlu sembahyang kerana takut dimarahi? Atau
apakah kita harus menunggu persetujuan daripada kerajaan kuffar untuk kita menunaikan sembahyang maghrib?
Tentunya perkara yang wajib tetap kita lakukan walaupun ia tidak dibenarkan kerana kita
umat Islam wajib menunaikan sembahyang; kerana ibadah sembahyang itu adalah ‘haq’! Hukuman ‘tidak sembahyang’ tetap kena kepada kita walaupun `Kerajaan Kuffar’ mithalnya, tidak memberikan tempat yang khusus untuk kita menunaikan sembahyang.
Perbahasan apakah kita harus menunggu sahaja tanpa membuat sesuatu usaha atau apakah kita wajib melangkah terus cuba menegakkan apa yang haq adalah suatu perbahasan yang tiada penghujungnya.
Yang jelas; apakah kita di abad ini bertindak dengan hanya kaku menunggu ‘bulan jatuh ke riba’ atau pun mula bangkit melakukan sesuatu agar apa yang kita impikan boleh tercapai?. Maka inilah keputusan yang diambil oleh pemimpin sebuah negeri kecil yang ramai memberikan takrif sebagai negeri ‘serambi Mekah’ –
 iaitu bertindak mengembalikan semula matawang Syariah – emas dinar dan perak dirham Kelantan yang akan dilancarkan pada 12hb Ogos 2010 nanti Insya Allah. Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dengan beraninya mengorak langkah membawa balik matawang Syariah ini di tengah-tengah masyarakat mereka kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ia adalah suatu perkara yang terlalu penting dan menjadi perkara pokok dalam deenul Islam di abad ini.
Apakah penghujjahan mengenai matawang Syariah ini? :
Umat Islam pada umumnya tahu bahawa perkataan ‘dinar’ dan ‘dirham’ wujud dalam Kitabullah Al Quran Nul Karim. Salah satunya ialah Surah Ali Imran ayat 75 yang bermaksud:
Surah Ali Imran ayat 75 :

وَمِنْ أَھْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْھُ بِقِنطَارٍ یُؤَدِّهِ إِلَیْكَ وَمِنْھُم مَّنْ إِن تَأْمَنْھُ بِدِینَارٍ لاَّ
یُؤَدِّهِ
إِلَیْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَیْھِ قَآئِمًا ذَلِكَ بِأَنَّھُمْ قَالُواْ لَیْسَ
( عَلَیْنَا فِي الأُمِّیِّینَ سَبِیلٌ وَیَقُولُونَ عَلَى اللّھِ الْكَذِبَ وَھُمْ یَعْلَمُونَ( 3:75

3:75 (Malay) "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamumempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antaramereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: ""Tidak ada dosa bagi kami
terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal merekamengetahui."

Tokoh berwibawa dan terkenal dalam hukum al-Quran, Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi, dalam kitabnya yang terkemuka “Ahkamul Quran” berkata:
“Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah larangan mengamanahkan barangan kepada Ahli Kitab.”dan beliau berkata lagi “Perkara berhubung dengan tindakan mengamanahkan harta benda telah tergubal dalam al-Quran.
 Ini bermakna,
ayat tersebut merupakan hukum yang telah ditetapkan dan penting sekali kepada agama. “
Ini bermakna umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya kerana kita telah memberikan suatu ‘amanah besar’ kepada kaum ahlul kitab iaitu, menyerahkan ‘harta benda’ umat Islam untuk mereka tadbirkan! Berdasarkan ayat ini sahaja pun jelas kita umat Islam di abad ini telah melanggar hukum yang telah ditetapkan. Apakah hukumnya?
 Ya, kita telah memberikan ‘amanah’ kepada Ahli Kitab dengan cara kita membiarkan urusan harta benda kita ke tangan mereka di abad ini atau sejak kejatuhan Kerajaan berkhalifah Uthmaniyyah bermula pada tahun 1924!
Bukankah ‘matawang’ adalah ‘harta benda’ dan ‘memberikan amanah’ bererti menyerahkan ke tangan mereka suatu kepercayaan?

Hari ini dan di abad ini kedua-dua perkara yang ditafsirkan dalam ayat ini telah kita cabuli! Allah s.w.t secara khususnya telah melarang umat Islam menyerahkan kepercayaan atas perkara hal ehwal harta kepada ‘Ahlul Kitab’ tetapi bukankah kita sudahmelanggar hukumAllah s.w.t.? Siapa ‘ahlul kitab’ ini?
Ya mereka ialah bangsa ‘Yahudi’ dan `Nasrani’ serta kaum bukan Islam! Bukankah mereka dan suku sakat mereka yang mengepalai amalan riba di abad ini?. Amalan riba yang besar di abad ini ialah pada matawang kertas dan semua sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam kerana pada asasnya ia sama sahaja.
 Penyerahan ‘amanah’ ini amat besar ertinya dan sangat tepat sekali larangan Allah
s.w.t. Kita telah memberikan persetujuan atau membuat ‘baiah’ dengan memasuki perjanjian
Brettonwoods pada tahun 1945 . Itulah ‘amanah’ yang umat Islam bersama-sama umat-umat lain telah berikan kepada ‘ahlul kitab’ ini! Dan sejarah membuktikan betapa mereka telah merosakkan ‘amanah’ tersebut!
Pada masa itu bila dunia (44 buah negara) bersetuju menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang resab’ kerana janji mereka bahawa setiap Dollar Amerika telah bersandarkan emas iaitu sebanyak USD35 bagi setiap auns emas, maka maksud perjanjian yang dimeterai itu ialah bersetuju menggantikan sandaran emas pada matawang kertas negara masing-masing dengan Dollar Amerika.

Mereka mengatakan ‘Dollar Amerika as good as gold’! (Dollar Amerika sebaik emas). Apabila semua negara dalam pakatan perjanjian tersebut akur; mereka mendapati Amerika Syarikat yang memegang amanah tersebut mula menodainya sehingga pada tahun 1971 mereka telah ‘pecah amanah’ dengan mengisytiharkan matawang Dollar Amerika tiada lagi bersandarkan emas!
Bukankah sangat tepat tafsiran ayat ini dalam kitabullah?
Kita telah menyerahkan bukan sahaja ‘amanah’ kepada mereka bila kita melangkah kepada penggunaan ‘matawang kertas’ tetapi juga istilah ’harta benda’ melibatkan semua aspek harta benda termasuklah sistem perbankan yang kononnya merupakan institusi penjanaan ‘harta benda’!
Hari ini semua Negara di dunia berada dalam suatu pembohongan yang amat nyata sekali kerana kita bersekongkol dalam suatu sistem Kapitalisme yang amat mengelirukan rakyat jelata.
Dakyah ‘kekayaan’ yang diasaskan atas amalan riba memberikan kesenangan yang sebegitu menakjubkan, maka benarlah sepertimana gambaran sebuah hadith Rasullullah s.a.w. bahawa dakyah yang mereka bawa ialah seumpama ‘sungai’ dan ‘api’.
Wang kertas serta sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam menjana wang-wang
‘kredit’ yang terhasil daripada sistem perbankan yang mengamalkan apa yang dikenali sebagai
‘fractional reserve banking’ di mana setiap wang yang didepositkan ke dalam sistem perbankan boleh dikembangkan sehingga 20 kali ganda, menjadikan ekonomi semasa berasaskan sistem Kapitalisme dapat memberikan pinjaman hutang yang sebegitu besar yang dengannya menjana ekonomi memberikan kemakmuran kesenangan hidup sepertimana sebuah ‘sungai’ yang mengalir, menyuburkan semua tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Tetapi hadith Rasullullah s.a.w. telah memberitahu kita umatnya, bahawa janganlah sangkakan ‘sungai’ tersebut sebagai benar kerana kenyataan sebenar ‘sungai’ tersebut ialah ‘api’! Sebabnya?
Ya, sebabnya ialah kesenangan dan kemakmuran yang dibawa adalah atas asas amalan riba yang akan dituntut oleh ‘api’ kerana ia menzalimi umat manusia seluruh alam.



Kezaliman yang diasaskan atas amalan riba ini menyebabkan harta tiada lagi beredar sebagaimana sepatutnya tetapi hanya tertumpu kepada orang-orang kaya semata!
 Betapa tidaknya; system Kapitalisme dalam sistem perbankan hanya memihak kepada orang berada di mana mereka yang berharta dan menyimpan wang di bank-bank akan menimba ‘bunga’ atau diistilahkan juga sebagai ‘faedah’ atau ‘interest’ atas simpanan mereka tanpa bekerja walhal satu pihak lagi yang mengambil pinjaman bukan sahaja akan dikenakan cagaran malah pihak bank menghasilkan `wang atas angin’ dengan mengenakan bunga atau ‘interest’ atas pinjaman yang mereka berikan itu.
 Apabila berlaku sesuatu keadaan di mana orang yang berhutang tadi tidak berjaya dalam urusan perniagaan mereka dan menyebabkan mereka tidak berupaya membayar semula pinjaman; maka semua cagaran yang mereka sandarkan tadi akan dileburkan menjadikan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada sebelum membuat pinjaman! Berapa ramai umat Islam tergulung dalam dakyah sebegini!

Penggunaan wang kertas pula menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah ‘inflasi’. Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali Kerajaan Pusat mengeluarkan wang Ringgit Malaysia yang baru; ‘kuasa pembelian’ pada setiap keping kertas Ringgit Malaysia akan berkurangan seolah-olah ada satu tangan yang mencurinya daripada poket rakyat!
Keadaan ini berterusan berlaku sehinggalah hasilnya –
rakyat miskin akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya tanpa mereka membuat apa-apa kerja!
Kepincangan masyarakat yang sebegini mengakibatkan kerosakan dalam masyarakat pada segi sosial dan akhlak sehinggakan masyarakat umat Islam hari ini sebegitu rendah
moralnya dan anak-anak muda serta semua lapisan masyarakat Islam hari ini tercemar!
Semua jenis penyakit dalam masyarakat ada pada umat Islam hari ini!
Pada sudut yang lain pula, rukun iman kita telah tercemar apabila kita menggunakan wang kertas untuk menggantikan wang dinar dan dirham! Bukankah salah satu ‘rukun iman’ ialah percaya bahawa kitabullah Al Quran nul karim tiada cacat cela walaupun satu huruf perkataan? Inikan pula kita telah menggantikan perkataan ‘dinar dan dirham’ dengan Ringgit Malaysia! Rupiah! Dollar Amerika!

Mari pula kita lihat apa
kata lain-lain ulama’ terdahulu mengenai perkara dinar dan dirham :

Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telahmenulis :
“Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan sebagainya.
Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain).”
Dan “Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabah serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan dengan jelas
semua ukuran ini
.”

Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. dan telah ada ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam; zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1 mithqal yang hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah 4.25gram.
Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a. Timbangan inilah juga yang digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan.

Kembalinya dinar dan dirham Kelantan dalam edaran bermula pada 12hb Ogos 2010 nanti adalah suatu usaha yang sangat besar implikasinya kepada umat Islam bukan sahaja kepada rakyat negeri Kelantan tetapi juga kepada umat Islam di abad ini. Dengan mennggunakan dinar dan dirham, kita boleh menegakkan kembali hukum-hukum yang berkaitan dengannya sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun; iaitu zakat; nikah dan hudud.
 Impak yang paling bererti bagi umat Islam di abad ini ialah pembayaran zakat dengan matawang dinar dan dirham nanti.
Bermula pada tarikh ini ; rakyat negeri Kelantan khususnya akan dapat melangkah keluar daripada amalan riba dengan keberupayaan berjual beli dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham Kelantan.
Pada masa ini lebih daripada 600 buah kedai di Kota Bharu sudah sedia menerima pembayaran dengan menggunakan matawang Syariah dinar dirham Kelantan.
Selain itu, 25% gaji akan mula dibayar dengannya; bil-bil air Kelantan
akan mula dapat dibayar dengan dinar dirham Kelantan; zakat pada tahun 1431 H akan mula dibayar dengan dinar dan dirham Kelantan, Insya Allah!

*Tahniah atas kesungguhan kerajaan Negeri Kelantan berusaha, walaupun tak Berjaya sepenuhnya tetapi telah mula berusaha.. Syabas!

*bila pula ya.. negeri-negeri lain nak ikut.. dok tunggu Us. Azizan pulak ni..

*Kita Rakyat biasa.. berusahalah menyimpan asset atau duit atau wang atau apa-apa kekayaan kita dalam bentuk emas dan perak. InsyaAllah kita akan terlepas dari jerat INFLASI dan jerat RIBA

 Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement

Lagi cerita Kisah Dinar :

Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak Mata Wang Umat Islam.jpg
Dinar Emas Dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam
Siri
Pengarang Asal Zuhaimy Ismail
Penterjemah
ISBN ISBN 983–52–0321–0
Kod Buku
Saiz
Terbitan Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 2003
Bilangan Muka Surat 108 muka surat
Harga RM 16.00 (2003)
Buku Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam ditulis oleh Zuhaimy Ismail dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM 16.00. Ia diterbitkan oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press dengan nombor ISBN 983–52–0321–0, cetakan setebal 108 muka surat halaman. Buku ini dicetak dalam Bahasa Melayu

Monday, November 15, 2010

Muslim pilgrims pour into Mina as the hajj begins

AFP – Monday, November 15
 Muslim pilgrims pour into Mina as the hajj begins
Graphic illustrating the annual hajj pilgrimage as some 2.5 million people prepare to head to Mecca. The passage to Mina marks the official launch of the hajj on the eighth day of the Muslim calendar month of Dhul Hijja.

MINA, Saudi Arabia (AFP) – – The world’s largest annual pilgrimage, the hajj, began with more than two million Muslims pouring into the camp at Mina from Mecca to prepare for the solemn rituals.
Some estimates put the number of pilgrims this year at 2.5 million, posing a major headache for the Saudi authorities as many of them are not hajj permit holders.
Pilgrims were still flooding on Sunday night into the vast plain of Mina outside a small village about five kilometres (three miles) east of Mecca, using all possible means to begin their hajj journey.
Permits were granted to 1.7 million foreign pilgrims, but the head of the Hajj Supreme Committee, Interior Minister Prince Nayef bin Abdul Aziz, on Sunday put the number of foreign pilgrims at a record 1.8 million.
A further 200,000 permits were issued to pilgrims from within Saudi Arabia and from neighbouring Gulf states.
An interior ministry official said definite numbers will not be announced until Tuesday, the first day of Eid Al-Adha or the Feast of the Sacrifice.
This year has seen a crackdown on those without the requisite papers as the authorities try to prevent numbers from getting out of hand.
A driver caught transporting unauthorised pilgrims faces a fine of 10,000 riyals (2,667 dollars) for each one.
But the “No permit, no hajj” rule appeared to be widely flouted on Sunday as unauthorised pilgrims converged on Mina from across Saudi Arabia.
“We came from Riyadh,” said a Palestinian after being dropped off with two companions at a junction leading to Mina and Arafat, as others arrived in pick-ups, taxis and small buses.
“We skirted the checkpoints by getting out of the car and walking across,” he said without revealing his name, pointing out that once past the highway’s main police checkpoints, getting to the sites is easy.
Buses, choked with both people and luggage inside, carried yet more on their roofs. Tens of thousands of illegal pilgrims sat on the pavements, many with tents.
“We don’t have permits,” said Ramadan Ismael, an Egyptian in his mid-50s who also came from Riyadh. He said a policeman let his group of 14 through even though they told him: “We have no permits.”
Meanwhile, pilgrims in licensed groups sat comfortably in their enclosed and well-equipped camps.
The passage to Mina marks the official launch of the hajj on the eighth day of the Muslim calendar month of Dhul Hijja.

The day is known as Tarwiah (Watering) as pilgrims in the past stopped at Mina to water their animals and stock up for the trip to Mount Arafat.
At Mount Arafat, some 10 kilometres (six miles) southeast of Mina, the day is spent in prayer and reflection.
Some pilgrims by Sunday evening had already camped on the plain of Arafat, instead of at Mina, shortening the upcoming trip to the hill.
After sunset, they move to Muzdalifah, half way between Mount Arafat and Mina, to spend the night.
On Tuesday, they return to Mina after dawn prayers for the first stage of the symbolic “stoning of the devil” and to make the ritual sacrifice of an animal, usually a lamb.
On the remaining three days of the hajj, the pilgrims continue the ritual stoning before performing the circumambulation of the Kaaba shrine in Mecca and then heading home.
This year has been incident-free since the pilgrims began gathering in Mecca. The city’s Grand Mosque has been flooded with the faithful, with an estimated 1.7 million taking part in the main weekly Muslim prayers on Friday.
The movement of pilgrims between the holy sites is a major worry for the authorities who have had to deal with deadly stampedes in the past.
Saudi Arabia has used its huge oil revenues for massive spending on new infrastructure to ease the flow of humanity.
This year, the first phase of the new Mashair Railway — or Mecca metro — will transport pilgrims between Mina and Mount Arafat through Muzdalifah.
The Jamarat Bridge, where the ritual of stoning takes place, has also been expanded to five levels with movement channelled in one direction.
Security is also a concern.
On Wednesday, the interior minister said he could not rule out the possibility of an Al-Qaeda attack, but on Sunday Al-Qaeda in the Arabian Peninsula (AQAP) said it is against targeting the hajj.
“We assure our Islamic nation that we are against any criminal action aimed at the pilgrims,” it said in an online statement.

Peta Perjalanan Haji Makkah dan Madinah


Atas permintaan seorang teman, maka berikut ini saya masukan peta perjalanan haji di Mekkah dan Madina. Semoga bermanfaat.

Daftar Hotel di Makkah


Daftar Hotel in Madinah

Resourse: http://www.southtravels.com
 
Resourse: http://www.southtravels.com
info lainnya, silakan kunjungi:
~ by alfalahku on http://alfalahku.wordpress.com/ October 15, 2008.
 

Friday, November 12, 2010

MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT. Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd

Dengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka. Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.

iklan%20majalah MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT. Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd
 
Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan.  Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi. coversolusi MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT. Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd Seterusnya, para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net/), Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria,  Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan Ahmad Fadzli Yusof adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.
Asas majalah ini iaitu Panduan Hidup Bersyariat menjadikan majalah ini WAJIB dimiliki oleh sesiapa sahaja yang inginkan petunjuk ke jalan kebenaran..
Mengapa perlu SOLUSI?
Perlu apa lagi sebuah majalah Islam diterbitkan? Bukankah sudah banyak majalah seumpamanya dalam pasaran?
Jawabnya ya, jika dilihat dari sudut ‘persaingan’. Mungkin tidak perlu lagi majalah seumpama ini diterbitkan. Apatah lagi majalah sebegini selalunya tidak menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan. Tetapi, apakah semua usaha perlu di lihat dari dimensi ‘persaingan’? Apakah semua keputusan di buat berdasarkan faktor kewangan?
Jawabnya, tidak! Dari dimensi ‘perkongsian’, usahasama untuk melakukan kebaikan sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: “Hendaklah kamu bertolong-bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan.” (Surah al-Maidah: 2) Malah ‘perlumbaan’ untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah: “Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.”
Tambahan pula, senario masyarakat kini yang semakin tercabar dan tercalar oleh unsur-unsur negatif, kehadiran bahan bacaan Islam bukan sahaja belum mencukupi, malah dikira masih jauh ketinggalan berbanding lambakan majalah picisan berunsur hedonisme, tahyul dan seks bebas.
SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah.
Misi ini diketengahkan melalui tulisan, gambar dan rekaletak yang verstail dan dinamik. Semua itu diadun untuk menterjemahkan model ‘Mukmin profesional’, yang punya integriti (al-Amin) dan ke pakaran (al-Qawwi) dalam tugasan, peranan dan tanggung jawabnya. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (pakar) dan amanah (integriti).” (Surah al-Qasas: 26)
Lebih jauh lagi, SOLUSI ingin memantapkan pelaksanaan syariat Islam berasaskan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knowledge) – tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) – sains, matematik, sejarah, geografi .
Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan keskes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyesaikannya! Itulah SOLUSI!

- Mengapa nama SOLUSI?
Dari sudut grafik dan artistik pula, huruf S, U, O dalam perkataan solusi mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Persamaan dari segi bentuk yang hampir bulat memudahkan kami memasukkan lambang bulan sabit (ikon nilai keislaman) di dalam ‘masthead’ tersebut. Jumlah 6 huruf itu juga dikira ringkas untuk dihias dan ditonjolkan.
Solusi lebih cepat dan mudah disebut walaupun agak janggal kedengaran. Inilah dasar pilihan kami berbanding perkataan lain yang mungkin lebih ‘kemelayuan’ atau ‘kearaban’ tetapi agak panjang dan kurang nilai-nilai keunikkannya.

Sumber :  bahagian promosi telaga biru sdn bhd
http://www.zaharuddin.net/
 
——————————————————————

kelebihan 10 hari di bulan zulhijjah, kelebihan bulan zulhijjah

http://mufti.islam.gov.my
zulhijjah KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA.

Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.
Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.


Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

Kesembilan :
Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here