Tuesday, May 30, 2017

Siapa Sultan Sulaiman yang diaibkan dalam Siri Magnificent Century

Siapa Sultan Sulaiman yang diaibkan dalam Siri Magnificent Century yang Astro sedang tayang tetapi banyak negara Islam haramkan.
.

Siapa Sultan Sulaiman yang sebenar?

Baginda ialah Sulaiman al-Qonuni bin Salim dan dikenali sebagai 'Sulaiman the Magnificient' oleh orang-orang Barat. Baginda merupakan salah seorang sultan yang termasyur dari kerajaan Turki Uthmaniyah. Pemerintahannya juga adalah yang paling lama iaitu selama 48 tahun, bermula pada 926 H sehingga 974 H.

Sepanjang pemerintahan Uthmaniyah, baginda berjaya menjadikan kerajaan ini sangat kuat dan berkuasa. Hal ini dapat dilihat ketika baginda berjaya menakluk banyak kawasan di sekitar wilayah Uthmaniyah dan Eropah. Pada ketika ini, baginda sudah mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi kerajaan Uthmaniyah.

Awal pemerintahan

Baginda dilahirkan di Kota Trabzon, Turki pada tahun 900 H bersamaan 1494 M. Sejak berusia 7 tahun lagi, baginda sudah dididik dengan ilmu kesusasteraan, sains, sejarah, teologi dan teknik ketenteraan di Istana Topkapi, Istanbul. Pada ketika itu juga, baginda bersahabat dengan Ibrahim Pasha iaitu merupakan penasihat dan panglima tentera yang paling dipercayai sewaktu zaman pemerintahannya. Baginda menjadi gabenor Istanbul ketika berusia 17 tahun dan kemudiannya menjadi sultan ketika berusia 25 tahun selepas kemangkatan ayahandanya iaitu Sultan Selim I.

Pada awal pemerintahannya, baginda berjaya memperluaskan pengaruh kerajaan , mengalahkan pihak asing yang ingin campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan dan menakluk wilayah Uthmaniyah. Walaupun usia masih muda, tetapi baginda merupakan seorang pemimpin yang sangat kuat, adil dan matang.

Jihad mengusir penjajah Eropah di Timur Tengah

Banyak peperangan terjadi pada zaman pemerintahan baginda ketika itu dan hal tersebut menjadikan kuasa di wilayah Uthmaniyah semakin meluas sehingga ke Eropah, Asia dan Afrika. Pada tahun 927 H/1521 M, Uthmaniyah berjaya menguasai wilayah Belgrade ( ibu kota Serbia sekarang). Mereka mengepung seluruh kota Vienna (ibu kota Austria sekarang), namun mereka tidak berjaya menguasainya pada tahun 935 H/1529 M.

Antara kejayaan lain Sultan Sulaiman :

Pembangunan Maritim Uthmaniyah - Semasa pemerintahan Sultan Bayazid II, pembangunan maritim sudah mengalami pertumbuhan yang pesat ketika itu. Jadi, pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman, kekuatan maritim pun makin diperkuatkan dengan adanya panglima angkatan laut yang terkenal iaitu Khoiruddin Barbarosa yang dikenali oleh Barat sebagai bajak laut. Barbarosa merupakan seorang panglima angkatan laut Uthmaniyah yang kuat dan berjaya menguasai pantai Sepanyol serta menghancurkan angkatan laut Pasukan Salib di Laut Mediterranean.Perkembangan Peradaban - Sultan Sulaiman juga seorang yang mahir dalam menggubah syair, menulis kaligrafi, dan menguasai beberapa bahasa timur seperti bahasa Arab. Baginda juga suka dengan batu permata dan seni bina bangunan. Oleh itu, banyak arkitek-arkitek yang muncul ketika itu untuk tujuan pembangunan kerajaan Turki Uthmaniyah.Perkembangan Perundangan - Untuk pengetahuan anda, di Timur, baginda dikenali sebagai 'al-Qanuni' (pembuat undang-undang) sebagai jasanya dalam permodenan sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah. Undang-undang tersebut ialah 'Qanun Namahul Sultan Sulaiman' lalu menjadikan baginda sebagai seorang sultan yang adil dalam memerintah.

Wafatnya Sultan Sulaiman

Di penghujung usianya, baginda menderita sakit sendi tulang sehingga membuatkan baginda tidak dapat menunggang kuda lagi. Pada waktu itu, baginda sudah berusia 74 tahun.

Walaupun pada ketika itu baginda tahu tentang orang-orang Kristian Eropah yang ingin menceroboh kawasannya, Sultan Sulaiman tetap berdiri berjihad memimpin pasukannya dalam keadaan sakit yang teruk.

Keadaan baginda semakin parah apabila tiba di Kota Hungary. Baginda sudah dilarang oleh tabib untuk tidak turun ke medan peperangan ketika itu tetapi baginda menjawab bahawa "Aku lebih senang wafat dalam keadaan berjihad di jalan Allah".

Sebelum baginda wafat, baginda bersama pasukan tenteranya telah mengepung Kota Szigetvar selama 2 minggu. Walaupun cuaca sangat dingin, namun dengan semangat yang kental untuk mempertahankan benteng mereka, ia menjadikan perang itu sebagai perang paling dasyat yang dialami oleh umat Islam.

Akhirnya, Allah SWT telah mengabulkan doa Sultan Sulaiman. Salah satu peluru meriam umat Islam ketika itu telah menghentam kawasan orang-orang kafir dan ledakan yang dasyat pun terjadi. Benteng mereka pun runtuh lalu umat Islam mengambil peluang untuk menyerang mereka habis-habisan. Bendera Sulaimaniyah dikibarkan akhirnya menandakan bahawa umat Islam telah memenangi peperangan tersebut.

Baginda sangat gembira dengan kemenangan tersebut lalu baginda terus memuji Allah atas nikmat yang agung ini. Baginda pun berkata "Sekarang, selamat datang wahai kematian. Selamat datang kebahagiaan (kemenangan) dan (semoga) kemenangan yang abadi. Berbahagialah jiwa yang redha dan diredhai. Iaitu mereka yang Allah redhai, dan mereka juga yang redha kepada Allah."

Baginda wafat pada 20 Safar 974 H/5 September 1566 M.

Ini hanyalah sejarah ringkas tentang zaman pemerintahan Turki Uthmaniyah oleh Sultan Sulaiman. Sebenarnya ada banyak lagi sejarah tentang baginda. Kisah hidup baginda bersama Hurrem Roxelana turut menjadi perbualan hangat oleh orang ramai. Siapa sebenarnya Hurrem ini? Akan bersambung.

Sumber :

1. Sulaiman al-Qanuni
2. Kebencian orang-orang Barat terhadap Sultan Sulaiman
.
http://iluminasi.com/bm/sejarah-sultan-sulaiman.html.
.
Sulaiman Al-Qanuni (Suleiman the Law Giver) adalah anak dari Khalifah Pertama Ottoman Sultan Salim I (Yevuz Selim) dan cicit dari Sultan Muhammad Al-Fatih (Mehmet II)


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here