Kenyataan Media HALUAN Malaysia
 Posted  by lifeline4gaza on 31 May 2010
Posted  by lifeline4gaza on 31 May 2010   
                          PEMBUNUHAN TERBUKA DI  LAUT LEPAS
Dunia Menjadi Saksi Atas  Kekejaman Dan Sikap  Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut  Mediterranean
KUALA  LUMPUR, Mei 31 –  PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan  oleh rejim Israel pada  hari ini dengan mengarahkan komando tentera  lautnya menyerang kapal  misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV  Mavi Marmara” sehingga  mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi  penumpang yang tidak  bersenjata cedera terkena tembakan telah  menzahirkan betapa kejam dan  ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku   ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan   masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan   mencela Israel  atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai   (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada   penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi   dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang   mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami ingin menegaskan   bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan   terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan   peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap   ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi   hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang   menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak   sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah   bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan   konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman,   Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan  bahawa seluruh  penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan  yang  terdiri  daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara  yang  berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang   ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel   telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun   meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah   darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab,   akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan   antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi   luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan   mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam   sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak   samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu.   Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap   Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang   lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang   akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose   to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist  Israel  regime and its allies upon the citizens of Gaza and the  Palestinian  Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi  nyata.
Rejim  Israel  mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada  orang Islam  tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda  zionisnya. Sebab  itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan  masjid, gereja,  hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran,  stesen janakuasa  elektrik, tadahan air minuman dan semua yang  diperlukan untuk  kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU  disekat oleh kita  semua, rakyat Malaysia.
HALUAN  dengan ini menegaskan bahawa  kami melalui gabungan semua NGO dan  badan-badan lain yang menentang  sikap degil dan kejam Zionis Israel  akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami  menyeru semua lapisan rakyat  Malaysia agar menulis surat atau emel  kepada Duta Besar Amerika,  Britain dan Mesir di Malaysia untuk  menyatakan solidariti kita  menentang sikap mereka yang menyokong bangsa  dan negara Israel yang  terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon  dan merayu kepada  seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat  kepada Allah agar  menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G  dan menghancurkan  Israel laknatullah.
Siaran  Media
Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.org
Mei 31, 2010
http://www.lifeline4gaza.org/
Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.org
Mei 31, 2010
http://www.lifeline4gaza.org/
 
 

No comments:
Post a Comment
Komen