Sunday, May 2, 2010

Album nasyid Klasik - Al-Mizan

1. Tanganku Kuhulur Maaf Kupohon (3:19 minit)

Lirik
Kumengambil kesempatan
Untuk menghulur tangan ini
Dengan hati suci bersih
Kupohonkan kemaafan
Bagi setiap kesalahanku
Yang telah berlalu itu
Memang resam manusia
Makhluk Allah
Tak lepas dari bersalah
Selagi  kau bernyawa
Tutur kata dan perbuatan


Yang terkasar
Di dalam pergaulan
Haruslah kau maafkan
Kuharapkan kepadamu
Lupakanlah sengketa lalu
Berdamailah dalam iman

 2. Panduan Hidup (3:42 minit)
Lirik
Hidup di dunia
Harus waspada
Ingat sentiasa
Kepada Allah
Hidup di dunia
Mesti bertaqwa
Kerjakan amalan
Sucikanlah dirimu
Tunaikan segala suruhan
Jauhi larangan
Sucikanlah hatimu
Bersihkan dirimu
Hiduplah dengan berpandukan
Hadith dan Al-Quran
Hidup di dunia
Mesti beramal
Zakat dan fitrah
Jangan dilupa
Hidup di dunia
Mesti bersabar
Itu sebahagian iman.
3. Sollatullah (3:16 minit)

4. Junjungan Mulia (3:55 minit)
Lirik
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh sa’adah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul awal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yag sa’adah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirlah putera yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Ilahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirlah bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan yang mulia.

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here