Monday, March 29, 2010

Tips Peperiksaan : Langkah-langkah Dan Motivasi Menghadapi Peperiksaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semasa saya sedang menulis post ini saya hanya tinggal dalam 2 hingga 3 minggu sahaja lagi saya akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Alamak dah tak lama tu.hehe. Diharapkan semua sahabat dapat mendoakan kejayaan saya ya. Pada post kali ini saya ingin memberikan langkah-langkah dan motivasi menghadapi peperiksaan kepada diri saya sendiri, sahabat-sahabat semua dan juga sesiapa sahaja yang akan menghadapi peperiksaan. Saya harap semua dapat melakukan yang terbaik demi kejayaan diri kita sendiri,ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Tapi kalau nak diikutkan saya memang stress sejak dulu lagi bila nak menghadapi peperiksaan ni. Saya tak dapat menafikan yang itu dan anda juga memang akan merasainya setiap kali akan menghadapi peperiksaan ini. Sejak dari zaman sekolah lagi ada peperiksaan ni hinggalah ke zaman universiti sekarang. Bila dah kerja nanti kot baru dah tak jumpa lagi dengan peperiksaan ni agaknya.
1) Sebagai langkah-langkah untuk memotivasikan diri anda ada banyak yang boleh dilakukan. Untuk langkah pertama ini anda perlu mengenal pasti apakah tujuan anda pergi belajar ke sekolah, kolej, universiti dan sebagainya. Apakan tujuan anda pergi belajar tidak kiralah kemana pun anda pergi belajar. Dan anda juga perlu tahu apakah tujuan anda mengambil peperiksaan yang anda akan duduki di tempat anda belajar tersebut. Kalau semasa di sekolah dulu anda ambil peperiksaan kerana anda mahu dapatkan keputusan yang cemerlang dan anda mahu sambung belajar ke peringkat  yang lebih tinggi. Bila kat universiti pun sama juga mahu dapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan bila dah grad nanti mahu dapatkan kerja yang hebat-hebat. Apabila anda tahu tujuan anda belajar dan mengambil peperiksaan itu anda akan dapat memotivasikan diri anda untuk lebih yakin menghadapi peperiksaan itu.
2) Biasanya bagi setiap peperiksaan yang anda duduki pasti ada mempunyai beberapa subjek tertentu. Untuk itu bagi setiap subjek yang anda akan ambil itu anda perlu meletakkan target pencapaian bagi setiap subjek dan juga keputusan pencapaian keseluruhan peperiksaan yang anda ambil itu. Dengan meletakkan target seperti itu ia akan memberi sedikit semangat dan motivasi untuk menghadapi peperiksaan itu. Anda juga akan dapat fokus mana-mana subjek yang anda rasa boleh target dengan baik dan tahu akan kelemahan anda pada mana-mana subjek tertentu. Dengan ini anda akan dapat membuat persediaan bagi mencapai target anda itu. Dan anda akan merasa lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan.
3) Cuba kenal pastikan kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri anda. Firman Allah dalam Al Quran:
“Sesungguhnya Kami jadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan yang sesuai dengan keadaannya”.
Komputer canggih???
Otak saya lagi canggih!!!
Kelebihan dan kekuatan seseorang itu terletak pada otaknya. Kalau anda hendak melihat kekuatan dan kelemahan diri anda tengoklah kepada sejauh mana kehebatan otak anda berfikir. Memang sudah jelas terbukti kehebatan otak manusia itu. Kehebatan ini ada dijelaskan didalam sebuah Hadis Nabi S.A.W:
“Andai kata Bani Adam itu tidak dikelilingi oleh syaitan, nescaya pasti mereka akan mampu melihat rahsia kerajaan langit”.
Begitulah hebatnya kehebatan otak manusia yang anda pun memilikinya. Anda perlu menjadikan kehebatan otak anda dengan sebaiknya supaya terus cemerlang didalam hidup dunia dan akhirat.
4) Sebelum menghadapi peperiksaan anda perlu wujudkan didalam diri anda yang anda sentiasa belum.
Belum cukup ulangkaji!!!
Belum ingat formula!!!
Belum mahir konsep!!!
Ini bertujuan untuk memberi dorongan dan menggalakkan diri anda supaya anda sentiasa terus mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan. Jangan salah faham kerana jangan jadikan rasa belum itu menyebabkan anda stress hendak menghadapi peperiksaan tersebut. Jadikan rasa belum itu sebagai dorongan dan semangat untuk anda merasa seronok untuk terus belajar lagi dan lagi. Ianya adalah sebagai persediaan yang secukupnya sebelum menghadapi peperiksaan.
Sekadar sampai disini sahaja dulu post saya pada kali ini. Saya mungkin akan menyambung artikel ini pada siri-siri yang seterusnya. Ini kerana banyak lagi langkah-langkah dan motivasi yang ingin saya kongsikan dan boleh anda lakukan sebelum menghadapi peperiksaan ini. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dan insyaallah jumpa lagi… 
*http://www.layarsukses.com/

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here