Friday, March 12, 2010

3. Bincangkan peranan ilmu Qiraat dalam pemahaman Al-Quran. (10 markah)


Sesetengah ulama qiraat memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan kalam Allah s.w.t yang dimulai dari sudut sanad atau sandaran lafaz dan pengertian makna yang berhubung dengan sesuatu hukum. Ini termasuk sebab-sebab diturunkan sesuatu  ayat dan masa sesuatu kejadian itu berlaku. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh ahli-ahli tafsir mestilah mengandungi sususan ilmu bacaan (al-Qiraat), yang lengkap, ilmu  usul dan ilmu bahasa yang melingkupi  nahu, saraf, balaghah, bayan, badi' dan sebagainya.[1]

“Jibril membacakan kepada aku dengan satu huruf lalu aku ulang-ulangi. Senantiasalah aku meminta kepadanyaakan penambahan lalu dia (jibril) menambah sehingga sampai tujuh huruf.” (Riwayat Al Bukhari).

Al-Quran yang diturunkan dengan tujuh huruf  memberi kemudahan kepada umat Islam untuk membaca dan mengamalkan hukum-hakam yang terkandung di dalamnya. Penurunan al-Quran dengan tujuh huruf ini bermula pada zaman dakwah baginda di Madinah setelah dakwah Nabi SAW semakin meluas ke seluruh tanah Arab. Marhalah ini juga dikenali sebagai “Marhalah At-Tashil” yang membantu umat Arab mengenali al-Quran dan menghayatinya mengikut lahjah kabilah masing-masing. Hasil galakan dan panduan daripada Nabi SAW, generasi sahabat sangat tekun mendalami al-Quran dengan seluruh wajah qiraat yang diturunkan. Setelah kewafatan baginda, para sahabat telah bertebaran di seluruh Semenanjung Tanah Arab sehingga melahirkan beberapa madrasah qiraat seperti Madani, Makki, Syami, Kufi dan Basri.

Kemudian datang generasi selepasnya sehingga melahirkan tokoh-tokoh yang masyhur dalam bidang ini antaranya ialah sepuluh imam qurra’. Setelah zaman berzaman ilmu qiraat semakin berkembang dengan kelahiran tokoh-tokoh dalam bidang ini seperti Imam as-Syatibi (wafat 590H), Imam Ibnu al-Jazari (wafat 833H) dan lain-lain. Para ulama juga telah membahaskan ilmu qiraat dalam pelbagai sudut untuk menambahkan kefahaman terhadap al-Quran seperti sejarah ilmu qiraat, taujih al-Qiraat al-Mutawatirah, taujih al-Qiraat as-Syazzah.

Terdapat juga ulama berselisih pendapat dalam persoalan adakah kedua-duanya merupakan perkara yang sama atau sebaliknya.

Imam Badruddin Azzarkashi menyatakan bahawa Al-Quran dan Al-Qiraat adalah 2 hakikat yang berlainan. Ini kerana Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai mukjizat dan keterangan. Sebaliknya Al-Qiraat pula adalah kepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedah pembacaan seperti takhfif dan tashdid. Al-Qiraat juga tidak dapat tidak diambil melalui proses talaqqi dan mushafahah.[2]

Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa Al-Quran dan Al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. Berdasarkan Al-Quran adalah masdar yang seerti dengan Al-Qiraah. Al-Qiraat pula jamak kepada Al-Qiraah. Maka bagi beliau kedua-duanya adalah mempunyai satu makna.[3]

Mutawatir adalah prasyarat utama dalam penerimaan sesuatu wajah sebagai Al Qiraat Al Maqbulah (qiraat yang diterima) di samping bertepatan dengan rasm uthmani dan satu wajah daripada wajah-wajah tatabahasa arab. Apabila sudah di wartakan sebagai mutawatir, maka beramal dengannya adalah dibenarkan malah dituntut dan diberi dengan sebaik-baik ganjaran. Selanjutnya mengaplikasikan seluruh wajah bagi qiraat mutawatir adalah suatu kewajipan.

Ulama bersepakat bahawa kepentingan yang dimainkan oleh Qiraat Mutawatirah dalam ilmu tafsir. Kepelbagaian bentuk bacaan yang sah sanadnya adalah merupakan satu rahmat  kepada umat Islam khususnya dalam bidang pensyariatan hukum-hakam. Ini kerana kepelbagaian tersebut bukanlah bermaksud wujud pertentangan makna mahupun pada aspek pentafsiran secara keseluruhan, bahkan ianya merupakan pelengkap di antara satu sama lain yang mempunyai hubung kait.

Doktor Syaaban Muhammad Ismail dalam karangannya (Al Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha)[4] menyatakan adalah mustahil terdapat pertentangan dalam nas Al Quran. Sama ada kerana terdapat perbezaan pada makna , pertentangan pada maksud atau berlawanan pada matlamat. Ini kerana semuanya akhirnya akan terdapat titik pertemuan yang menghasilkan percambahan buah fikiran. Hakikat ini sebenarnya telah memberi sumbangan yang besar kepada para cerdik pandai Islam dalam menangani thaqafah Islamiyyah. Diantara disiplin ilmu yang terkesan daripada kepelbagaian wajah Qiraat ialah hukum hakam syariah Islam.

Secara umumnya hukum syariah yang bercambah hasil kepelbagaian wajah ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Ahkam I’tiqadiyyah (Aqidah) dan Ahkam A’maliyyah (Feqah).

Al Ahkam I’tiqadiyyah
Ayat-ayat di bawah tajuk ini mempunyai perbezaan wajah yang mempunyai hubungkait dengan persoalan aqidah Islamiyyah. Secara umumnya ia merupakan tuntutan bagi mukallaf untuk berpegang dengan asas aqidah Islam yang sahih dengan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu ;
1. Ketuhanan ; 13 tempat
2. Kenabian ; 17 tempat
3. Perkara-perkara ghaib ; 13 tempat
4. Amal dan balasan ; 10 tempat

Contoh ayat yang berkaitan ialah firman Allah:
Å7Î=»tB ÏQöqtƒ ÉúïÏe$!$# ÇÍÈ
Lafaz “malik” dalam ayat 4 surah Al-Fatihah boleh dibaca dengan dua wajah sama ada dengan “maaliki” atau pun “maliki”. Hasil daripada perbezaan ini ramai ulamak memberi pandangan. Abu Amr Al Basri menyatakan bahawa raja adalah lebih umum berbanding pemilik. Abu Ubaid Al Qasim ibn Salam pula menyatakan seluruh raja memiliki tetapi tidak sebaliknya. Hasilnya kita dapati bahawa Allah bersifat dengan kedua-dua sifat ini. Dia adalah Raja yang Maha Memiliki.


Perlu diberi perhatian bahawa dalam ruang disiplin ilmu aqidah tidak dibenarkan mengambil wajah yang tidak mutawatir sebagai sandaran hukum. Oleh itu wajah-wajah yang menjadi rujukan dalam aqidah disyaratkan mutawatir. Tidak boleh daripada wajah yang shaz atau yang lebih rendah daripadanya. Walaupun dalam contoh kita tadi terdapat wajah-wajah yang lain tetapi tidak boleh dijadikan sandaran dalam memberi dilalah dalam erti kata yang lain beristinbat daripadanya kerana tidak mutawatir.

Ini membuktikan perbezaan wajah Qiraat menjadi salah satu penyumbang percambahan aliran pemikiran dalam aqidah Islam.

Al Ahkam Al Fiqhiyyah Al Amaliyyah
Ayat-ayat di bawah tajuk ini mempunyai perbezaan wajah yang mempunyai hubungkait dengan persoalan ibadat dalam Islam. Secara umumnya ia merupakan tuntutan bagi mukallaf untuk mengikuti hokum-hakam Feqah Islami dengan dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu ;
1. Ibadat ; 11 tempat
2. Muamalat ; 3 tempat
3. Nikah ; 7 tempat
4. Hudud ; 4 tempat
5. Jihad ; 10 tempat
6. Sumpah ; 2 tempat
7. Kehakiman ; 1 tempat

Contoh yang amat jelas adalah dalam firman Allah[5]:
$pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä #sŒÎ) óOçFôJè% n<Î) Ío4qn=¢Á9$# (#qè=Å¡øî$$sù öNä3ydqã_ãr öNä3tƒÏ÷ƒr&ur n<Î) È,Ïù#tyJø9$# (#qßs|¡øB$#ur öNä3ÅrâäãÎ/ öNà6n=ã_ör&ur n<Î) Èû÷üt6÷ès3ø9$# 4

Lafaz “arjulakum” dalam ayat itu boleh dibaca dengan 2 wajah iaitu “arjulakum” dengan fathah atau “arjulikum” dengan kasrah. Kedua-duanya adalah Qiraat yang mutawatir. Perbezaan yang ringkas ini sebenarnya telah menerbitkan perbahasan yang panjang. Dengan campur tangan pula dari sudut nahu maka telah membawa satu perkataan dengan dua makna iaitu membasuh atau menyapu. Hasilnya kita mengetahui tentang sumber istinbat kewajipan membasuh kaki dalam wuduk dan keharusan menyapu khuf dalam situasi tertentu.

Begitulah dalam contoh-contoh yang lain. Umat Islam akhirnya akan memperolehi faedah yang banyak hasil daripada ijtihad ulamak dengan ruang ibadah yang lebih luas dan memberi peluang kepada seluruh manusia merasai kesesuai Islam walau di mana mereka berada.

Ulama telah bersepakat menyatakan bahawa selain daripada Qiraat Tujuh dan Sepuluh adalah merupakan Qiraat Shazzah. Ini kerana ianya tidak memenuhi salah satu daripada rukun Qiraat yang tiga. Umumnya, Qiraat Shazzah dikatakan berpunca daripada  Mashahif  peribadi para Sahabat r.a yang tidak dihapuskan setelah Saidina `Uthman mengarahkan pembukuan semula al-Quran seperti  mushaf  Ibnu Mas`ud di mana  mushafnya telah diriwayatkan oleh generasi Tabi`in. 

Walaupun Qiraat Shazzah tidak boleh dibaca sebagaimana Qiraat Mutawatirah, tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan terhadap ilmu tafsir al-Quran. 

Di bawah, beberapa contoh Qiraat Shazzah dan peranannya dalam ilmu tafsir;

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah:
$O!9# ÇÊÈ y7Ï9ºsŒ Ü=»tGÅ6ø9$# Ÿw |=÷ƒu ¡ ÏmÏù ¡ Wèd z`ŠÉ)­FßJù=Ïj9 ÇËÈ
Maksudnya: “Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa”.[6]

Qiraat Ibnu Muhaysin membaca dengan bacaan Tanwin pada kalimah “raiba” menjadi “raiban”. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa inilah kitab yang tidak didapati keraguan di dalamnya.

Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan keterlibatan disiplin ilmu yang lain dalam kajian kita ini. Perbezaan wajah ini akan lebih kita fahami dengan bantuan ilmu nahu, sorof, balaghah, usuluddin, usul feqh dan sebagainya. Tugasan ini sebagai pengenalan agar dapat dilakukan kajian demi kajian supaya lebih nampak jelas peranan Qiraat dalam hidup kita.
Sedikit sebanyak disiplin ilmu Qiraat memainkan peranan penting dalam metodologi Islam. Manifestasi daripada itu, ilmu ini tidak boleh sama sekali dipandang ringan. Sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mendalami ilmu ini dan menyebarkannya kepada masyarakat sekeliling.







2 comments:

  1. kt mne nk ambil maklumat berkaitan tarannum dari sudut dakwah pada masa kini

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat.. mohon share untuk rujukan tambahan tugasan kuliah saya ye.

    ReplyDelete

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here