a)  Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz  atau sebutan untuk memelihara penyebutan huruf-hurufnya dari segi lafaz,  huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang,  menyambung, memisah dan menggantikan huruf
b)  Penulisan (Rasm) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang  diikuti secra ijma' (sepakat) oleh seluruh ulam mujtahidin kerana  tulisan ini adalah berbentuk tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah  pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.
PEMBAHAGIAN RASM
Rasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-
i. Rasm Qiasi / Imla'i iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/pertuturan
ii.  Rasm Istikahi.Uthman iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana  ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia  menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti,  menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah
Kebanyakan  mashaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan  bermashaf Uthmani ini diakui penulisan yang bersifat tauqifi (penetapan,  penentuan Rasulullah s.a.w.), maka penggunaan tulisan Imlai atau Qiasi  tidaklah diharuskan.
TAHAP PENULISAN AL-QURAN
Penulisan Al-Quran resam uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut:-
i. Tahap pertama - belum diletakkan sebarang tanda
ii.  Tahap kedua - ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu al-Aswad  al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah  Muawiyah bin Abi Sufian)
iii. Tahap ketiga -  mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan  Nasir bin Asim al-Lisi dengan perintah gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin  Yusuf al-Thaqafi
iv. Tahap keempat - mula  diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh  al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu  Khalifah Abdul Malik bin Marwan
v. Tahap kelima - ditambah dengan tanda-tanda wakaf dan lain-lain lagi
Tulisan  Al-Quran dengan menggunakan khat nasakh mula dicetak buat pertama  kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan  seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari  ini.
PENULISAN AL-QURAN (ILMU RASM)
a)  Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz  atau sebutan untuk memelihara penyebutan huruf-hurufnya dari segi lafaz,  huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang,  menyambung, memisah dan menggantikan huruf
b)  Penulisan (Rasm) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang  diikuti secra ijma' (sepakat) oleh seluruh ulam mujtahidin kerana  tulisan ini adalah berbentuk tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah  pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.
PEMBAHAGIAN RASM
Rasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-
i. Rasm Qiasi / Imla'i iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/pertuturan
ii.  Rasm Istikahi.Uthman iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana  ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia  menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti,  menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah
Kebanyakan  mashaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan  bermashaf Uthmani ini diakui penulisan yang bersifat tauqifi (penetapan,  penentuan Rasulullah s.a.w.), maka penggunaan tulisan Imlai atau Qiasi  tidaklah diharuskan.
*http://cputsungai.blogspot.com 
 
 

Assalamu'alaikum wa rahmatullahiwa barakatuh.
ReplyDeleteMy is grateful and very thank you get this article consignment. For me very useful as knowledge adder and . Thank you .Sincerely,
(Halis Muliamar Azhari, Bima West Nusa Tenggara)