Thursday, February 3, 2011

Krisis mesir : 36 Orang Terkandas Mendapat Bekalan Makanan Ringan

36 Orang Terkandas Mendapat Bekalan Makanan Ringan PDF Print E-mail
KAHERAH, 3 Feb - PMRAM hari ini terus menabur bakti kebajikan dalam membantu mahasiswa Mesir. Kemelut yang melanda kestabilan politik Mesir sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa urusan tergendala sementara waktu.

Seramai 36 orang mahasiswa Malaysia hari ini dicatatkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk pulang ke destinasi terntentu.

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) diketuai Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Mohd Farkhan B Md Zain menyampaikan bekalan makanan ringan kepada mahasiswa Malaysia yang  terkandas.

Turut serta dalam misi kebajikan ini Naib Presiden I Saudara Mohd Adlan B Mokhtaruddin dan Naib Presiden II Saudara Mohamad Azlan B Alias di Terminal 3 sebentar tadi. Tinjauan pihak PMRAM mendapati keadaan lapangan terbang sesak dipenuhi dengan penumpang.

Keadaan stabil dan terkawal dengan kawalan pihak keselamatan Mesir dan pengurusan lapangan terbang. Saudara Mohamad Azlan ketika ditemui menyebut bahawa keadaan jalan raya seperti biasa dan kenderaan mula memenuhi jalan untuk meneruskan aktiviti harian.

http://pmram.org/
KAHERAH, 2 Feb – Dalam menghadapi krisis politik  berkaitan demonstrasi dan rusuhan yang berlaku di Mesir, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) tetap menjalankan gerak kerja secara kolektif untuk menghadapi apa jua masalah-masalah yang berlaku sepanjang tempoh rusuhan yang telah bermula sejak 28 Januari lepas.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak PMRAM untuk memastikan keadaan mahasiswa-mahasiswi di Mesir terkawal. Segala maklumat dapat disalurkan kepada mereka secara berkesan melalui pimpinan-pimpinan PMRAM Cawangan.
Secara asasnya, gerak kerja di peringkat PMRAM sendiri telah bermula sejak 28hb lagi dan berterusan sehingga ke hari ini.
Pertamanya, PMRAM telah menjadikan pejabat PMRAM sebagai pusat pengumpulan maklumat untuk berbincang dan mengumpul segala laporan yang diterima daripada pelbagai sumber.

Seterusnya, PMRAM sentiasa menyalurkan maklumat yang terkini dan semasa berkaitan keselamatan ahli di Mesir melalui pimpinan-pimpinan PMRAM cawangan.
PMRAM juga sentiasa bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam usaha memaksimakan pemusatan maklumat dan arahan. Selain itu PMRAM turut mendapatkan maklumat dari Pihak Keselamatan Mesir.
Segala gerak kerja yang dilakukan ini menandakan bahawa PMRAM optimis untuk membantu seluruh ahli dan memastikan setiap maklumat dapat disebarkan dengan tepat.
KAHERAH, 2 Feb – PMRAM mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah darurat yang melanda negara Mesir. PMRAM sepanjang kemelut ini bertindak sebagai pusat maklumat hasil dari kerjasama makluman dari Pihak Keselamatan Mesir, Polis, Tentera dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Maklumat yang diterima akan disaring dan disalurkan melalui seluruh PMRAM Cawangan seterusnya akan disalurkan kepada seluruh ahli.
Melalui saluran dan teknikal ini, maklumat dan makluman dapat disalurkan kepada seluruh ahli yang berada di cawangan masing-masing melalui YDP BKAN dan Pengerusi DPM memandangkan talian telefon secara lansung sahaja yang mampu dilakukan.
Sehingga kini, pemusatan makumat ini masih berjalan dalam menyalurkan maklumat-maklumat terkini kepada seluruh ahli agar penyelarasan maklumat mengenai situasi mahasiswa Malaysia di Mesir ini diselaraskan.
Sebarang maklumat dan informasi, boleh terus kepada Saudara Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010 (+20113771841 – shbanjari_01@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) atau Saudara Mohd Farkhan Md Zain, Naib Presiden III (+20142900215 – ibnqamari@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )




KAHERAH, 2 Feb – Hari ini pelbagai desas-desus berhubung isu penangguhan pengajian selama 1 tahun di Universiti Al-Azhar yang dilaporkan oleh sesetengah media massa Malaysia berikutan ketidakstabilan politik di negara Mesir.

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada hari ini telah mendapatkan kepastian daripada pihak pentadbir Universiti Al-Azhar berhubung perkara tersebut.
Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali sebentar tadi menghubungi pihak Universiti bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung perkara ini.
Makluman yang diterima, penangguhan pengajian selama 1 tahun setakat ini masih belum lagi diputuskan. Untuk makluman, semester kedua pengajian di Al-Azhar akan bermula pada 12 Februari depan sebagaimana yang dijadualkan.
Namun, pihak universiti bersedia untuk menangguhkan pengajian sekiranya keadaan darurat masih lagi berlanjutan.
Segala maklumat berkaitan pengajian akan dimaklumakan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi PMRAM.




namav Krisis Mesir : Krisis Politik Mesir : PMRAM Terus Bergerak, Pejabat PMRAM Pusat Tempat Salur Maklumat KAHERAH 3 Feb - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime mengucapkan jutaan terima kasih terhadap Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) kerana begitu mengambil berat terhadap keadaan dan situasi mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir. Katanya, pertubuhan tersebut akan menganjurkan solat hajat perdana dan dialog “Selamatkan Mahasiswa Mesir” pada hari Jumaat nanti. Program tersebut akan dilaksanakan selepas solat Maghrib di masjid negeri, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Menurutnya, PMRAM juga bersyukur dengan rakyat Malaysia yang berdoa melakukan solat hajat bagi memastikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan jauh daripada bencana yang menimpa.
Sehingga kini katanya lagi, PMRAM sentiasa memantau kedudukan mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir bagi memastikan mereka berada dalam yang selamat.
“Rusuhan besar-besaran yang berlaku di sini menyebabkan penjenayah mengambil kesempatan untuk mencuri dan merompak barangan di kedai-kedai dan supermarket. PMRAM begitu bimbang sekiranya keadaan ini menular dan akan menyebabkan mahasiswa-mahasiswi Malaysia hidup dalam keadaan yang tidak aman.” ujar beliau dalam satu kenyataannya pada hari ini.
Walaubagaimana pun sehingga kini, seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan yang selamat. Ibu bapa di Malaysia disarankan agar bertenang dan sentiasa doakan kesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir.

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here