Thursday, October 28, 2010

Sada Air, Tong Drum, Us Azizan, Lu fikirla sendiri..

Lu fikirlah sendiri .....

SADA menjelaskan bahawa, kenaikan untuk untuk 1 barel (tong drum) air hanya 2 sen. Harga air sebelum kenaikan hanya 8 sen satu barel menjadi 10 sen untuk satu barel (200 liter).

tapi ada sekumpulan manusia ni boleh pi demo pasai kenaikan 2 sen utk 1 tong drum ni

lu pikirlah sendiri...

FAKTA PENTING YANG MESTI DIKETAHUI OLEH RAKYAT

KENAIKAN TARIF ADALAH ARAHAN KERAJAAN PUSAT
(KERAJAAN NEGERI TERIKAT DENGAN AKTA PARLIMEN)

 Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif berhubung dengan sistem bekalan air dan perkhidmatan air di seluruh Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 665) yang diluluskan pada tahun 2006 oleh BN yang menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

 Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 4 Disember 2009 meminta isu penyemakan dan pelarasan tarif air dibentangkan dalam mesuarat kabinet untuk kemudiannya dikuatkuasakan di seluruh negeri.

 Berdasarkan Akta 655 Pusat telah membuat penstrukturan semula melibatkan juga pengambilalihan aset air Kedah oleh Pengurusan Aset Air Sdn Bhd (PAAB) dan PAAB akan mengambil liabaliti air kerajaan negeri Kedah. PAAB kemudian menyewa pajak aset tersebut kepada SADA.

 Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) telah mengadakan mesyuarat dengan semua operator air negeri berhubung dengan pelarasan tarif pada 7 Januari 2010. Semua negeri diminta mengemukakan cadangan untuk pelarasan tarif kepada SPAN selewat-lewatnya pada 7 Februari 2010.

 Jemaah Menteri kemudian meluluskan cadangan semakan dan pelarasan itu berdasarkan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air) Negeri Kedah 2010 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Okober 2010.

 SPAN telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa negeri Melaka, Johor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang adalah kumpulan negeri pertama yang akan mengumumkan pelarasan tarif mulai 1 Oktober 2010.

HUTANG AIR KEDAH PADA PUSAT RM1.7 BILLION

 SADA yang dikorporatkan pada 1 Januari 2010 lalu membuat pelarasan tarif yang diarahkan oleh SPAN ini; antara sebab utamanya ialah bagi membolehkannya membayar hutang Pusat sebanyak RM50-RM54 juta setahun dari jumlah RM1.7 billion (hutang berkaitan air) yang diwarisi sejak kerajaan lalu.

 Hutang Kedah terhadap Pusat ialah RM2.3 billion kesemuanya. Hutang berkaitan air sahaja RM1.7 billion. Semua hutang ini dibuat di zaman BN dan sejak dahulu kala mereka tidak pernah membayar balik hutang kepada Pusat.

PUNCA HUTANG TERLALU BESAR

 Sepatutnya hutang air tidak sampai RM1.7 billion kerana Pusat telah menawarkan kepada Geran Perkhidmatan Sosial bagi urusan air. Melalui geran, Negeri tidak dikira berhutang. Misalnya Pusat buat logi pembersihan sampai siap dan serah pada Negeri. Pemilihan kontraktor dan spesifikasi semuanya ditentukan Pusat.

 Kerajaan Negeri di bawah BN menolak geran sebaliknya mahukan pinjaman (yang mesti dibayar balik). Tindakan ini ‘mudah untuk difahami’ kerana melalui pinjaman, pihak Negeri yang menentukan pemilihan kontraktor dan harga projek.

HARGA PROJEK YANG TIDAK MUNASABAH

 Pembinaan logi pembersihan air di Padang Sanai bernilai RM155 juta. Dengan kapasiti air 50 juta liter air, harga yang munasabah mengikut spesifikasi Kementerian hanya antara RM50-RM60 juta.

 Pembinaan logi pembersihan air di Lubuk Buntar bernilai RM65 juta. Dengan kapasiti air 25 juta liter air, harga yang munasabah mengikut spesifikasi Kementerian adalah antara RM25-RM30 juta.

 Semua projek yang diluluskan di zaman BN itu menjadi tanda tanya. Walaupun peruntukan Pusat terlalu besar (RM1.7 bilion) tapi masalah air tak selesai akibat kos pengurusan air yang terlalu tinggi.

PERJANJIAN TERDAHULU YANG MERUGIKAN KERAJAAN

 Satu lagi faktor khusus yang mengakibatkan peningkatan kos ialah perjanjian pengurusan bekalan air dengan pihak swasta yang dibuat yang dibuat oleh kerajaan terdahulu merugikan pihak kerajaan dan menguntungkan (secara berlebihan) pihak swasta.

 Jabatan Bekalan Air Kedah (sekarang SADA) terpaksa membayar kepada syarikat Utara Indah Sdn. Bhd. Lebih RM327 juta bagi tempoh 2003 hingga 2009 dan Taliworks (Langkawi) Sdn. Bhd sebanyak RM206 juta sepanjang tempoh yang sama.

 Pada tahun 2009 sahaja kerajaan terpaksa membayar kepada syarikat Taliworks RM39 juta sedangkan kutipan hasil air di Langkawi hanya sebanyak RM14 juta.

TIDAK PERNAH NAIK SEJAK 17 TAHUN LALU

 Kali terakhir tarif air di Kedah di semak ialah pada 1 Mac 1993. Mulai tarikh itu sehingga 30 September 2010, harga satu meter padu air ialah RM0.40 (kegunaan domestik terbanyak). Ia adalah harga air yang ke 3 terendah di Malaysia selepas P.Pinang dan Terengganu.

 Sepanjang 17 tahun tarif air tidak pernah naik di Kedah, harga petrol naik berpuluh-puluh kali. Tarif elektrik juga naik berkali-kali. Kos elektrik menyumbang lebih separuh kos pengurusan air. Kos bahan mentah juga naik.

TARIF AIR MASIH TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT

 Kenaikan cuma 10 sen (dari RM0.40 jadi RM0.50) untuk satu meter padu air. Secara perbandingan mudah; sebelum naik 1 tong drum air berharga 8 sen, selepas naik 1 tong drum air berharga 10 sen.

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here