Tuesday, August 28, 2007

Sedikit Tafsir berkait gerhana

Sedikit Tafsir berkait gerhana
 
Ayat 38-40 dalam Surah Yaasiin bermaksud,
“Dan matahari itu, beredar ia mengikut
undang-undang peraturan.”
 
…Maksud ayat ini, sewaktu penciptaan matahari,
ALLAH telah pun menetapkan undang-undang untuk matahari;
seperti kat mana dia nak lalu, kat mana dia
nak terbit/terbenam dan waktu mana
bila dia hilang kemudian naik pulak bulan.
Semua peraturan ini sudah di ‘setting’ siap oleh ALLAH SWT.
 
Sambung ayat tadi “Dan bulan itu, Kami menentukan pula
tempat turun/naiknya.Sehinggakan kamu melihat
bulan itu menjadi seperti bulan sabit.
Kesemua makhluk ini; samada bintang,
bulan atau matahari, mereka beredar di atas
satu jangkamasa yang boleh kamu hitung (ilmu falaq).”
 
…Sebab itu, bila kita melihat bagaimana akibat daripada
ketundukkan matahari,bulan dan bintang ini kepada
kehebatan ALLAH SWT, maka barulah ahli-ahli sains boleh
meletakkan jangkaan mereka.Seperti bilakah akan
berlakunya gerhana matahari, bilakah akan berlakunya
gerhana bulan;sehinggakan dapat disiarkan melalui
media-media bahwa pada sekian-sekian tarikh;

maka matahari, bulan dan bumi,
akan berada di atas satu garisan,
maka inilah yang dinamakan
‘gerhana matahari atau bulan’.

Oleh itu, apabila ahli-ahli sains menjangkakan pada
tarikh sekian-sekian, gerhana akan berlaku,
maka kita pun tunggu dan bila tiba pada tarikh yang
dijangkakan, ia jadi sungguh!…
Mengapakah jangkaan ahli-ahli sains itu boleh berlaku
tepat pada masa yang dijangkakan?…
Sebab, bulan & matahari ni, satu inci pun mereka tak
langgar perintah ALLAH SWT.
Cubalah misal kata, kalau bulan/matahari tu lari satu
inci sahaja daripada ‘falaq’nya,
nescaya kita tidak akan dapat menyaksikan kejadian gerhana
seperti yang dijangkakan oleh ahli sains.
Tetapi yang kita dok saksikan selalu, ialah gerhana ni jadi
sungguh seperti
apa yang diramalkan oleh ahli sains. Jadi, inilah yang
menunjukkan kepatuhan/ketundukkan/penghambaan
makhluk kepada ALLAH, maka inilah makna pertama ‘addin’.
 
Manakala dalam hal berlawanan pula, kita akan lihat bagi
orang-orang yang tidak patuh atau
tidak menjadikan dirinya suatu bentuk penghambaan kepada
ALLAH, maka nescaya kita akan dapati
bahwa antara mereka, ada yang akan menjadikan nafsu pula
sebagai tempat untuk mereka menghambakan diri.
Perkara ini telah pun dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu
dalam Surah al-Qamar ayat 3 yang bermaksud,
“Dan mereka itu mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka
mengikut akan hawa nafsu mereka.”
 
…Kata ALLAH bahwa sudahlah mereka mendustakan ayat-ayatNya,
kemudian diikut pula hawa
nafsu mereka sendiri.
Tetapi yang paling bahayanya
ialah apabila mereka tunduk
kepada nafsu dalam perkara yang
bercanggah dengan al-Quran
dan sunnah Rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here