Sya’ban merupakan bulan agung dalam taqwim Islam selain Rejab dan Ramadhan. Kehadiran Sya’ban sekali dalam setahun umpama kehadiran sebutir mutiara bersinar dalam gelita kegelapan menuju ke destinasi impian.
Sya’ban dijanjikan Allah pelbagai kelebihan dan kenikmatan kepada hambanya yang bijak mengambil kesempatan. Sya’ban sebagai bulan persediaan menyambut dan mengagungkan Ramadhan. Individu yang merebut peluang ini akan merasai kehadiran Ramadhan sebagai suatu yang amat dinanti dan dirindui. Malam agung Lailatul Qadar dirasakan melambai-lambai menggamit kehadiran mereka ke gedung rahmatNya. Namun individu yang membiarkan Sya’ban berlalu tanpa memanfaatkannya akan tidak merasai kesemua ini.
Bagi mereka Ramadhan adalah suatu bulan yang penuh kesusahan yang perlu dilalui dengan lapar dan dahaga.
- Nisfu Syaaban disambut dengan pelbagai ragam umat manusia, ada yang terus melupakannya tanpa sebarang rasa..tanpa sedar kehadirannya.
- Ada yang dikatakan terlalu taksub dengan amalan mengharap ganjaran-ganjaran yang dijanjikan walaupun sumbernya masih diragukan atau dipertikaikan.
- Ada juga sekelompok manusia yang menyambutnya dengan menyalahkan orang lain, membidaahkan orang lain bahkan sampai ke peringkat mensyirikkan manusia lain... waliyaazubillah!
- Ada juga menjadikan malam ini sebagai lonjakan terakhir sebelum tibanya RAMADHAN AL-MUBARAK YANG SEKIAN LAMA DINANTI. Kelompok inilah yang patut kita tempati, kita hayati.. jadikan NISFU SYAABAN sebagai batu loncatan terakhir sebelum tibanya Ramadhan Kariim.
Mutiara-mutiara Sya’ban kita gilapkan dan sinarkan buat menerangi laluan Ramadhan menuju ke destinai MARDHATILLAH. Justeru itu, marilah kita sama-sama menyedari bahawa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berdepan NIKMAT TERAGUNG RAMADHAN AL-MUBARAK.
- Kemulian rejab pada Isra’nya, Kemulian Sya’ban pada Nisfunya dan kemulian Ramadhan pada Lailatul Qadarnya.
- Rejab bulan menabur benih.. Sya’ban bulan menyiram tanaman, Ramadhan bulan menuai.
- Rejab menyucikan badannya, Sya’ban menyucikan hatinya, Ramadhan menyucikan ruhnya.
- Rejab bulan taubah dan maghfirah, Sya’ban bulan mahabbah dan syafa’ah, Ramadhan bulan RAHMAH dan MARDHATILLAH.
SEMOGA NISFU AKHIR SYAABAN INI.. MELONJAKKAN KITA KEARAH.. REDHONYA DAN ANUGERAHNYA DALAM RAMADHAN
No comments:
Post a Comment
Komen