Tuesday, August 28, 2007

Hadis berkait gerhana

Hadis berkait gerhana
 
Hadis Muslim 322 Hari gerhana Nabi melihat Neraka:
"Satu penduduk ada laki-laki
dengan ususnya terseret didalam api.
"Dia merampok hajji." Sebagian terbesar penduduk
Neraka ada perempuan.
Mereka disitu karena rasa
tidak berterima kasih terhadap suami mereka."

Ketika gerhana matahari/bulan.
Apabila kamu melihat gerhana segeralah kamu menyebut nama Allah,

mendoakan kepadanya dan memohon keampunan" H.R Bukhari.

Sumbangan Al Battani:

Beliau Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani.

Lahir di Harun (Turki) dan mati di Samarak, Iraq.


Diriwayatkan bahawa beliau memulakan kajiannya di Bitan, Iraq,

kemudian di Antokiah, Syria.

Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun

dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan miring buruj

di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang

teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya.

Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis

endeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan

trigonometri ke barat.

Sedikit Tafsir berkait gerhana

Sedikit Tafsir berkait gerhana
 
Ayat 38-40 dalam Surah Yaasiin bermaksud,
“Dan matahari itu, beredar ia mengikut
undang-undang peraturan.”
 
…Maksud ayat ini, sewaktu penciptaan matahari,
ALLAH telah pun menetapkan undang-undang untuk matahari;
seperti kat mana dia nak lalu, kat mana dia
nak terbit/terbenam dan waktu mana
bila dia hilang kemudian naik pulak bulan.
Semua peraturan ini sudah di ‘setting’ siap oleh ALLAH SWT.
 
Sambung ayat tadi “Dan bulan itu, Kami menentukan pula
tempat turun/naiknya.Sehinggakan kamu melihat
bulan itu menjadi seperti bulan sabit.
Kesemua makhluk ini; samada bintang,
bulan atau matahari, mereka beredar di atas
satu jangkamasa yang boleh kamu hitung (ilmu falaq).”
 
…Sebab itu, bila kita melihat bagaimana akibat daripada
ketundukkan matahari,bulan dan bintang ini kepada
kehebatan ALLAH SWT, maka barulah ahli-ahli sains boleh
meletakkan jangkaan mereka.Seperti bilakah akan
berlakunya gerhana matahari, bilakah akan berlakunya
gerhana bulan;sehinggakan dapat disiarkan melalui
media-media bahwa pada sekian-sekian tarikh;

maka matahari, bulan dan bumi,
akan berada di atas satu garisan,
maka inilah yang dinamakan
‘gerhana matahari atau bulan’.

Oleh itu, apabila ahli-ahli sains menjangkakan pada
tarikh sekian-sekian, gerhana akan berlaku,
maka kita pun tunggu dan bila tiba pada tarikh yang
dijangkakan, ia jadi sungguh!…
Mengapakah jangkaan ahli-ahli sains itu boleh berlaku
tepat pada masa yang dijangkakan?…
Sebab, bulan & matahari ni, satu inci pun mereka tak
langgar perintah ALLAH SWT.
Cubalah misal kata, kalau bulan/matahari tu lari satu
inci sahaja daripada ‘falaq’nya,
nescaya kita tidak akan dapat menyaksikan kejadian gerhana
seperti yang dijangkakan oleh ahli sains.
Tetapi yang kita dok saksikan selalu, ialah gerhana ni jadi
sungguh seperti
apa yang diramalkan oleh ahli sains. Jadi, inilah yang
menunjukkan kepatuhan/ketundukkan/penghambaan
makhluk kepada ALLAH, maka inilah makna pertama ‘addin’.
 
Manakala dalam hal berlawanan pula, kita akan lihat bagi
orang-orang yang tidak patuh atau
tidak menjadikan dirinya suatu bentuk penghambaan kepada
ALLAH, maka nescaya kita akan dapati
bahwa antara mereka, ada yang akan menjadikan nafsu pula
sebagai tempat untuk mereka menghambakan diri.
Perkara ini telah pun dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu
dalam Surah al-Qamar ayat 3 yang bermaksud,
“Dan mereka itu mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka
mengikut akan hawa nafsu mereka.”
 
…Kata ALLAH bahwa sudahlah mereka mendustakan ayat-ayatNya,
kemudian diikut pula hawa
nafsu mereka sendiri.
Tetapi yang paling bahayanya
ialah apabila mereka tunduk
kepada nafsu dalam perkara yang
bercanggah dengan al-Quran
dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sirah Rasul ketika GERHANA

Gerhana istisqa' 
 
Sirah Rasul ketika GERHANA
 
Bersamaan dengan kematian Ibrahim itu kebetulan terjadi pula
matahari gerhana.Kaum Muslimin menganggap peristiwa itu
suatu mujizat. Kata mereka matahari gerhana karena
Ibrahim meninggal. Hal ini terdengar oleh Nabi.
 
Karena  cintanya  yang begitu besar kepada Ibrahim,
dan rasa duka yang begitu dalam karena kematiannya,
adakah ia lalu merasa terhibur mendengar kata-kata
itu, atau setidak-tidaknya akan didiamkan saja,
menutup mata melihat orang sudah begitu terpesona
karena telah menganggap itu suatu mujizat? Tidak.
Dalam keadaan serupa itu, kalau pun ini layak
dilakukan oleh mereka yang suka mengambil kesempatan
karena kebodohan orang,atau layak dilakukan oleh mereka
yang sudah tak sadar karena terlampau sedih, buat
orang yang berpikir sehat tentu hal ini tidak layak,
apalagi buat Nabi Besar!Muhammad melihat mereka
yang mengatakan bahwa matahari telah jadi gerhana karena
kematian Ibrahim,dalam khotbahnya kepada mereka ia berkata:
 
"Matahari  dan bulan ialah tanda kebesaran Tuhan,
yang tidak akan jadi gerhana
karena kematian atau
hidupnya seseorang. Kalau kamu melihat hal itu,
berlindunglah dalam zikir kepada Tuhan dengan berdoa."











Sungguh suatu kebesaran  yang  tiada  taranya.
Rasul tidak melupakan risalahnya itu dalam
suatu situasi yang begitu gawat,situasi jiwa
yang sedang dalam keharuan dan kesedihan yang
amat dalam! Kalangan Orientalis dalam
menanggapi peristiwa yang terjadi terhadap

diri Muhammad ini, tidak bisa lain mereka
bersikap hormat dan kagum sekali!
Mereka tidak dapat menyembunyikan rasa kekaguman
dan rasa hormatnya itu kepadanya.
Mereka menyatakan pengakuan mereka tentang
kejujuran orang itu,

yang dalam situasi yang sangat gawat ia tetap
mempertahankan hak dan
kejujurannya yang sungguh-sungguh !


Nisfu Syaaban Gerbang Ramadhan


Sya’ban merupakan bulan agung dalam taqwim Islam selain Rejab dan Ramadhan. Kehadiran Sya’ban sekali dalam setahun umpama kehadiran sebutir mutiara bersinar dalam gelita kegelapan menuju ke destinasi impian.

Sya’ban dijanjikan Allah pelbagai kelebihan dan kenikmatan kepada hambanya yang bijak mengambil kesempatan. Sya’ban sebagai bulan persediaan menyambut dan mengagungkan Ramadhan.
Individu yang merebut peluang ini akan merasai kehadiran Ramadhan sebagai suatu yang amat dinanti dan dirindui. Malam agung Lailatul Qadar dirasakan melambai-lambai menggamit kehadiran mereka ke gedung rahmatNya. Namun individu yang membiarkan Sya’ban berlalu tanpa memanfaatkannya akan tidak merasai kesemua ini.

Bagi mereka Ramadhan adalah suatu bulan yang penuh kesusahan yang perlu dilalui dengan lapar dan dahaga.


  • Nisfu Syaaban disambut dengan pelbagai ragam umat manusia, ada yang terus melupakannya tanpa sebarang rasa..tanpa sedar kehadirannya.
  • Ada yang dikatakan terlalu taksub dengan amalan mengharap ganjaran-ganjaran yang dijanjikan walaupun sumbernya masih diragukan atau dipertikaikan.
  • Ada juga sekelompok manusia yang menyambutnya dengan menyalahkan orang lain, membidaahkan orang lain bahkan sampai ke peringkat mensyirikkan manusia lain... waliyaazubillah!
  • Ada juga menjadikan malam ini sebagai lonjakan terakhir sebelum tibanya RAMADHAN AL-MUBARAK YANG SEKIAN LAMA DINANTI. Kelompok inilah yang patut kita tempati, kita hayati.. jadikan NISFU SYAABAN sebagai batu loncatan terakhir sebelum tibanya Ramadhan Kariim.
Biarlah kelalaian kita sebelum ini diganti dengan ibadat maksimum di baki 15 hari sebelum tibanya malam satu ramadhan. Biarkan kelalaian lalu dilupakan penuhilah sisa syaaban dengan ibadah. Jadikan ia praktis serta ujian percubaan terakhir sebelum jiwa kita berdepan dengan Keagungan Ramadhan agar kita tidak lagi rugi serta kecewa melintasi Anugerah Agung kurniaan Ilahi di Syahrul Mubarak Ramadhan.

Mutiara-mutiara Sya’ban kita gilapkan dan sinarkan buat menerangi laluan Ramadhan menuju ke destinai MARDHATILLAH. Justeru itu, marilah kita sama-sama menyedari bahawa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berdepan NIKMAT TERAGUNG RAMADHAN AL-MUBARAK.


  • Kemulian rejab pada Isra’nya, Kemulian Sya’ban pada Nisfunya dan kemulian Ramadhan pada Lailatul Qadarnya.
  • Rejab bulan menabur benih.. Sya’ban bulan menyiram tanaman, Ramadhan bulan menuai.
  • Rejab menyucikan badannya, Sya’ban menyucikan hatinya, Ramadhan menyucikan ruhnya.
  • Rejab bulan taubah dan maghfirah, Sya’ban bulan mahabbah dan syafa’ah, Ramadhan bulan RAHMAH dan MARDHATILLAH.

SEMOGA NISFU AKHIR SYAABAN INI.. MELONJAKKAN KITA KEARAH.. REDHONYA DAN ANUGERAHNYA DALAM RAMADHAN

Wednesday, August 1, 2007

Adab berguru

Antara adabnya adalah seseorang pelajar mesti bersedia untuk mendengar penjelasan daripada guru dari awal hingga akhir, sebelum bertindak dengan mengabaikan perintah guru.

Selain memuliakan guru, kita bertanggungjawab untuk menunaikan hak mereka.

Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:-

  • Merendah diri terhadap guru.

  • Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.

  • Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.

  • Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.

  • Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.

  • Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.

  • Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.

  • Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.

  • Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

    Imam Al-Syafie pernah mengungkap:
  • “Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya.”

  • Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

    Subscibe Here