Wednesday, April 13, 2011

Kisah Dinar dan Dirham serta Kaitannya Dengan ISLAM

Dinar dan dirham memang sudah lama di perkatakan, Emas Master yakin semua pernah mendengarnya. Emas Memang terkenal sebagai aset berharga tetapi tak ramai yang mehami konsep penyimpan nilai oleh emas dan masih juga yang takut menyimpan aset dalam bentuk emas.

 Kesimpulan mudah yang dapat saya sampaikan... menyimpan dalam bentuk emas memang menguntungkan.. sama ada dalam bentuk dinar, bar, jongkong atau apa sahaja.. yang penting Emas disimpan itu mestilah emas tulen 916 (22k) atau 999 (24 k).

Berikut adalah sebahagian artikel berguna untuk semua tentang sejarah dan kebaikan dinar emas. Walaupun artikel ini merujuk kepada dinar kelantan, namun harus difahami bahawa mana-mana dinar juga mempunyai peranan yang sama kerana semuanya emas.

" SEKALUNG TAHNAIAH KEPADA KERAJAAN KELANTAN KERANA KESUNGGUHAN MEMARTABATKAN KEMBALI MATAWANG ISLAM "

Tajuk asal Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah oleh Hajjah Nik Mahani Binti Mohamad –Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.


 
Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan
Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari
datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik ‘daulah’
Islamiyah.

Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi.

Kini, telah ada keyakinan bahawa seperkara yang boleh menyatupadukan umat Islam dan untuk
menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat ialah dengan mengembalikan semula satu matawang Syariah yang boleh digunakan oleh orang Islam di mana sahaja mereka berada.
Kenyataan dan fahaman ini adalah berdasarkan satu ayat Al Quran Nul Karim :

یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ أَطِیعُواْ اللّھَ وَأَطِیعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي
شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّھِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّھِ وَالْیَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَیْرٌ وَأَحْسَنُ
4:59 )تَأْوِیلاً )

4:59 (Malay) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur, Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273); ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya “mentaati Sultan dalam tujuh perkara iaitu: penempaan duit dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman, pengisyitiharan bagi ibadat haji, solat Jumaat, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, dan jihad.”

Justeru, itu pengeluaran matawang ‘dinar dan dirham’ merupakan kewajipan pertama Sultan untuk diperintahkan dan dipatuhi. Berdasarkan ayat inilah, matawang Syariah dikembalikan semula.

Perbahasan bahawa umat Islam harus menunggu kebangkitan sebuah ‘ Kerajaan Islam’ dahulu baru mahu menegakkan yang ‘haq’ adalah suatu pendapat yang kurang tepat pada pendapat penulis. Apakah kita harus tunggu sesiapa untuk kita menegakkan yang ‘haq’? atau yang ‘wajib’?
Sebagai contoh apakah jika sebuah negara itu kuffar maka kita tak perlu sembahyang kerana takut dimarahi? Atau
apakah kita harus menunggu persetujuan daripada kerajaan kuffar untuk kita menunaikan sembahyang maghrib?
Tentunya perkara yang wajib tetap kita lakukan walaupun ia tidak dibenarkan kerana kita
umat Islam wajib menunaikan sembahyang; kerana ibadah sembahyang itu adalah ‘haq’! Hukuman ‘tidak sembahyang’ tetap kena kepada kita walaupun `Kerajaan Kuffar’ mithalnya, tidak memberikan tempat yang khusus untuk kita menunaikan sembahyang.
Perbahasan apakah kita harus menunggu sahaja tanpa membuat sesuatu usaha atau apakah kita wajib melangkah terus cuba menegakkan apa yang haq adalah suatu perbahasan yang tiada penghujungnya.
Yang jelas; apakah kita di abad ini bertindak dengan hanya kaku menunggu ‘bulan jatuh ke riba’ atau pun mula bangkit melakukan sesuatu agar apa yang kita impikan boleh tercapai?. Maka inilah keputusan yang diambil oleh pemimpin sebuah negeri kecil yang ramai memberikan takrif sebagai negeri ‘serambi Mekah’ –
 iaitu bertindak mengembalikan semula matawang Syariah – emas dinar dan perak dirham Kelantan yang akan dilancarkan pada 12hb Ogos 2010 nanti Insya Allah. Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dengan beraninya mengorak langkah membawa balik matawang Syariah ini di tengah-tengah masyarakat mereka kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ia adalah suatu perkara yang terlalu penting dan menjadi perkara pokok dalam deenul Islam di abad ini.
Apakah penghujjahan mengenai matawang Syariah ini? :
Umat Islam pada umumnya tahu bahawa perkataan ‘dinar’ dan ‘dirham’ wujud dalam Kitabullah Al Quran Nul Karim. Salah satunya ialah Surah Ali Imran ayat 75 yang bermaksud:
Surah Ali Imran ayat 75 :

وَمِنْ أَھْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْھُ بِقِنطَارٍ یُؤَدِّهِ إِلَیْكَ وَمِنْھُم مَّنْ إِن تَأْمَنْھُ بِدِینَارٍ لاَّ
یُؤَدِّهِ
إِلَیْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَیْھِ قَآئِمًا ذَلِكَ بِأَنَّھُمْ قَالُواْ لَیْسَ
( عَلَیْنَا فِي الأُمِّیِّینَ سَبِیلٌ وَیَقُولُونَ عَلَى اللّھِ الْكَذِبَ وَھُمْ یَعْلَمُونَ( 3:75

3:75 (Malay) "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamumempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antaramereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: ""Tidak ada dosa bagi kami
terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal merekamengetahui."

Tokoh berwibawa dan terkenal dalam hukum al-Quran, Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi, dalam kitabnya yang terkemuka “Ahkamul Quran” berkata:
“Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah larangan mengamanahkan barangan kepada Ahli Kitab.”dan beliau berkata lagi “Perkara berhubung dengan tindakan mengamanahkan harta benda telah tergubal dalam al-Quran.
 Ini bermakna,
ayat tersebut merupakan hukum yang telah ditetapkan dan penting sekali kepada agama. “
Ini bermakna umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya kerana kita telah memberikan suatu ‘amanah besar’ kepada kaum ahlul kitab iaitu, menyerahkan ‘harta benda’ umat Islam untuk mereka tadbirkan! Berdasarkan ayat ini sahaja pun jelas kita umat Islam di abad ini telah melanggar hukum yang telah ditetapkan. Apakah hukumnya?
 Ya, kita telah memberikan ‘amanah’ kepada Ahli Kitab dengan cara kita membiarkan urusan harta benda kita ke tangan mereka di abad ini atau sejak kejatuhan Kerajaan berkhalifah Uthmaniyyah bermula pada tahun 1924!
Bukankah ‘matawang’ adalah ‘harta benda’ dan ‘memberikan amanah’ bererti menyerahkan ke tangan mereka suatu kepercayaan?

Hari ini dan di abad ini kedua-dua perkara yang ditafsirkan dalam ayat ini telah kita cabuli! Allah s.w.t secara khususnya telah melarang umat Islam menyerahkan kepercayaan atas perkara hal ehwal harta kepada ‘Ahlul Kitab’ tetapi bukankah kita sudahmelanggar hukumAllah s.w.t.? Siapa ‘ahlul kitab’ ini?
Ya mereka ialah bangsa ‘Yahudi’ dan `Nasrani’ serta kaum bukan Islam! Bukankah mereka dan suku sakat mereka yang mengepalai amalan riba di abad ini?. Amalan riba yang besar di abad ini ialah pada matawang kertas dan semua sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam kerana pada asasnya ia sama sahaja.
 Penyerahan ‘amanah’ ini amat besar ertinya dan sangat tepat sekali larangan Allah
s.w.t. Kita telah memberikan persetujuan atau membuat ‘baiah’ dengan memasuki perjanjian
Brettonwoods pada tahun 1945 . Itulah ‘amanah’ yang umat Islam bersama-sama umat-umat lain telah berikan kepada ‘ahlul kitab’ ini! Dan sejarah membuktikan betapa mereka telah merosakkan ‘amanah’ tersebut!
Pada masa itu bila dunia (44 buah negara) bersetuju menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang resab’ kerana janji mereka bahawa setiap Dollar Amerika telah bersandarkan emas iaitu sebanyak USD35 bagi setiap auns emas, maka maksud perjanjian yang dimeterai itu ialah bersetuju menggantikan sandaran emas pada matawang kertas negara masing-masing dengan Dollar Amerika.

Mereka mengatakan ‘Dollar Amerika as good as gold’! (Dollar Amerika sebaik emas). Apabila semua negara dalam pakatan perjanjian tersebut akur; mereka mendapati Amerika Syarikat yang memegang amanah tersebut mula menodainya sehingga pada tahun 1971 mereka telah ‘pecah amanah’ dengan mengisytiharkan matawang Dollar Amerika tiada lagi bersandarkan emas!
Bukankah sangat tepat tafsiran ayat ini dalam kitabullah?
Kita telah menyerahkan bukan sahaja ‘amanah’ kepada mereka bila kita melangkah kepada penggunaan ‘matawang kertas’ tetapi juga istilah ’harta benda’ melibatkan semua aspek harta benda termasuklah sistem perbankan yang kononnya merupakan institusi penjanaan ‘harta benda’!
Hari ini semua Negara di dunia berada dalam suatu pembohongan yang amat nyata sekali kerana kita bersekongkol dalam suatu sistem Kapitalisme yang amat mengelirukan rakyat jelata.
Dakyah ‘kekayaan’ yang diasaskan atas amalan riba memberikan kesenangan yang sebegitu menakjubkan, maka benarlah sepertimana gambaran sebuah hadith Rasullullah s.a.w. bahawa dakyah yang mereka bawa ialah seumpama ‘sungai’ dan ‘api’.
Wang kertas serta sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam menjana wang-wang
‘kredit’ yang terhasil daripada sistem perbankan yang mengamalkan apa yang dikenali sebagai
‘fractional reserve banking’ di mana setiap wang yang didepositkan ke dalam sistem perbankan boleh dikembangkan sehingga 20 kali ganda, menjadikan ekonomi semasa berasaskan sistem Kapitalisme dapat memberikan pinjaman hutang yang sebegitu besar yang dengannya menjana ekonomi memberikan kemakmuran kesenangan hidup sepertimana sebuah ‘sungai’ yang mengalir, menyuburkan semua tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Tetapi hadith Rasullullah s.a.w. telah memberitahu kita umatnya, bahawa janganlah sangkakan ‘sungai’ tersebut sebagai benar kerana kenyataan sebenar ‘sungai’ tersebut ialah ‘api’! Sebabnya?
Ya, sebabnya ialah kesenangan dan kemakmuran yang dibawa adalah atas asas amalan riba yang akan dituntut oleh ‘api’ kerana ia menzalimi umat manusia seluruh alam.



Kezaliman yang diasaskan atas amalan riba ini menyebabkan harta tiada lagi beredar sebagaimana sepatutnya tetapi hanya tertumpu kepada orang-orang kaya semata!
 Betapa tidaknya; system Kapitalisme dalam sistem perbankan hanya memihak kepada orang berada di mana mereka yang berharta dan menyimpan wang di bank-bank akan menimba ‘bunga’ atau diistilahkan juga sebagai ‘faedah’ atau ‘interest’ atas simpanan mereka tanpa bekerja walhal satu pihak lagi yang mengambil pinjaman bukan sahaja akan dikenakan cagaran malah pihak bank menghasilkan `wang atas angin’ dengan mengenakan bunga atau ‘interest’ atas pinjaman yang mereka berikan itu.
 Apabila berlaku sesuatu keadaan di mana orang yang berhutang tadi tidak berjaya dalam urusan perniagaan mereka dan menyebabkan mereka tidak berupaya membayar semula pinjaman; maka semua cagaran yang mereka sandarkan tadi akan dileburkan menjadikan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada sebelum membuat pinjaman! Berapa ramai umat Islam tergulung dalam dakyah sebegini!

Penggunaan wang kertas pula menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah ‘inflasi’. Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali Kerajaan Pusat mengeluarkan wang Ringgit Malaysia yang baru; ‘kuasa pembelian’ pada setiap keping kertas Ringgit Malaysia akan berkurangan seolah-olah ada satu tangan yang mencurinya daripada poket rakyat!
Keadaan ini berterusan berlaku sehinggalah hasilnya –
rakyat miskin akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya tanpa mereka membuat apa-apa kerja!
Kepincangan masyarakat yang sebegini mengakibatkan kerosakan dalam masyarakat pada segi sosial dan akhlak sehinggakan masyarakat umat Islam hari ini sebegitu rendah
moralnya dan anak-anak muda serta semua lapisan masyarakat Islam hari ini tercemar!
Semua jenis penyakit dalam masyarakat ada pada umat Islam hari ini!
Pada sudut yang lain pula, rukun iman kita telah tercemar apabila kita menggunakan wang kertas untuk menggantikan wang dinar dan dirham! Bukankah salah satu ‘rukun iman’ ialah percaya bahawa kitabullah Al Quran nul karim tiada cacat cela walaupun satu huruf perkataan? Inikan pula kita telah menggantikan perkataan ‘dinar dan dirham’ dengan Ringgit Malaysia! Rupiah! Dollar Amerika!

Mari pula kita lihat apa
kata lain-lain ulama’ terdahulu mengenai perkara dinar dan dirham :

Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telahmenulis :
“Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan sebagainya.
Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain).”
Dan “Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabah serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan dengan jelas
semua ukuran ini
.”

Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. dan telah ada ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam; zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1 mithqal yang hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah 4.25gram.
Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a. Timbangan inilah juga yang digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan.

Kembalinya dinar dan dirham Kelantan dalam edaran bermula pada 12hb Ogos 2010 nanti adalah suatu usaha yang sangat besar implikasinya kepada umat Islam bukan sahaja kepada rakyat negeri Kelantan tetapi juga kepada umat Islam di abad ini. Dengan mennggunakan dinar dan dirham, kita boleh menegakkan kembali hukum-hukum yang berkaitan dengannya sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun; iaitu zakat; nikah dan hudud.
 Impak yang paling bererti bagi umat Islam di abad ini ialah pembayaran zakat dengan matawang dinar dan dirham nanti.
Bermula pada tarikh ini ; rakyat negeri Kelantan khususnya akan dapat melangkah keluar daripada amalan riba dengan keberupayaan berjual beli dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham Kelantan.
Pada masa ini lebih daripada 600 buah kedai di Kota Bharu sudah sedia menerima pembayaran dengan menggunakan matawang Syariah dinar dirham Kelantan.
Selain itu, 25% gaji akan mula dibayar dengannya; bil-bil air Kelantan
akan mula dapat dibayar dengan dinar dirham Kelantan; zakat pada tahun 1431 H akan mula dibayar dengan dinar dan dirham Kelantan, Insya Allah!

*Tahniah atas kesungguhan kerajaan Negeri Kelantan berusaha, walaupun tak Berjaya sepenuhnya tetapi telah mula berusaha.. Syabas!

*bila pula ya.. negeri-negeri lain nak ikut.. dok tunggu Us. Azizan pulak ni..

*Kita Rakyat biasa.. berusahalah menyimpan asset atau duit atau wang atau apa-apa kekayaan kita dalam bentuk emas dan perak. InsyaAllah kita akan terlepas dari jerat INFLASI dan jerat RIBA

 Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement

Lagi cerita Kisah Dinar :

Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak Mata Wang Umat Islam.jpg
Dinar Emas Dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam
Siri
Pengarang Asal Zuhaimy Ismail
Penterjemah
ISBN ISBN 983–52–0321–0
Kod Buku
Saiz
Terbitan Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 2003
Bilangan Muka Surat 108 muka surat
Harga RM 16.00 (2003)
Buku Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam ditulis oleh Zuhaimy Ismail dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM 16.00. Ia diterbitkan oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press dengan nombor ISBN 983–52–0321–0, cetakan setebal 108 muka surat halaman. Buku ini dicetak dalam Bahasa Melayu

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here