Wednesday, April 13, 2011

Dinar Islam sebagai mata wang alternatif.


wang dirham dinasti abbasiyah Dinar Islam sebagai mata wang alternatif.
Oleh:KHALID NOORSHAH (Wartawan Utusan) http://utusanharian.com/

 
PERDANA Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (mantan dah lani) telah melakukan satu perkara demi menobatkan Islam serta menjaga kebajikan dan kepentingan umat.
Semasa merasmikan Simposium Al-Baraka Ke-20 Mengenai Ekonomi Islam baru-baru ini, beliau mencadangkan supaya dinar Islam yang diperbuat daripada emas dan bukannya kertas, digunakan sebagai mata wang umat Islam di seluruh dunia.
Apabila cadangan ini menjadi kenyataan kelak, ia akan menjadi satu tindakan bijak daripada Dr. Mahathir dalam menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dan menangani krisis kewangan yang dicetuskan oleh para penyangak mata wang.
Di samping itu ia juga membuka pintu penyelesaian kepada kemelut umat Islam yang sudah terlalu lama bergumpal dan bergelumang dengan riba, terutamanya dalam hal-hal berkaitan kewangan dan perniagaan.
Beliau juga melihat, untuk melindungi diri daripada menjadi ratahan globalisasi, umat Islam memerlukan pasaran yang menggunakan satu mata wang untuk memanfaatkan kekayaan yang dianugerahi kepada wilayah-wilayah Islam.
Lebih penting lagi, pelaksanaan penggunaan dinar Islam itu dengan sendirinya akan mewujudkan blok perdagangan Islam yang pastinya mencetuskan kerangka baru pasaran Islam dan kewangan Islam di peringkat dunia.
Cadangan beliau itu tentunya merupakan cabaran kepada Pertubuhan Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSO) yang bakal beribu pejabat di sini.
Walaupun secara keseluruhannya, pernyataan Perdana Menteri terhadap dinar Islam itu ialah untuk mengukuhkan bank Islam dan lain-lain institusi kewangan Islam sedia ada, tetapi tidak dapat tidak, beliau membuka ruang baru untuk umat Islam bertindak.
Ketika ramai ahli ekonomi termasuk yang beragama Islam sudah tidak yakin dan beranggapan bahawa emas tidak lagi sesuai sebagai mata wang di zaman moden ini, Perdana Menteri sebaliknya tampak yakin bahawa mata wang emas dinar Islam adalah pengganti sistem wang kertas sekarang.
Sistem kapitalis Barat yang berteraskan riba telah terbukti lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat kepada negara dan umat Islam seluruh dunia.
Siapakah di antara pemimpin Islam semasa yang lebih layak daripada Dr. Mahathir menilai kemungkinan itu? Selama menjadi Perdana Menteri, beliau terpaksa menangani dua kemerosotan ekonomi dan krisis mata wang yang melanda negara.
Setelah sekian lama menggunakan sistem kewangan kapitalis Barat untuk memajukan negara dan bangsa, beliau cukup masak akan buruk baik sistem kewangan kertas yang diamalkan sekarang.
Kefahaman beliau mengenai kepentingan mata wang dan sistem ekonomi dunia sudah pun mekar dalam minda dan hatinya sejak awal tahun 1980-an lagi dan tentunya krisis mata wang Asia 1997 menjadi pemangkin kepada kebenaran kefahaman beliau.
Semasa merasmikan kursus agama anjuran Biro Agama UMNO Malaysia pada 27 November 1981 Dr. Mahathir berkata:
“Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung bukan sahaja kepada penggunaan emas dan perak, tetapi wang kertas dan cek bukanlah daripada sistem Islam.
Dari sistem ini telah wujud sistem bank, penukaran wang, surat-janji, pengadilan janji-janji perdagangan, pelaburan, eksport import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti menggunakannya.”
Ketika mengulas mengenai mata wang kertas selepas negara-negara Asia dilanda krisis kewangan, Dr. Mahathir berkata bahawa mata wang tidak boleh dijual beli kerana ia tiada nilai intrinsik (Stable ringgit seen as key to recovery. The New Straits Times 2 September 1998, salinan wawancara televisyen di alamat Internet http:// straitstimes.asia1.com.sg/klc/klc7_0902.html.
Apabila mempunyai mata wangnya sendiri, umat Islam dan negara-negara Islam akan lebih berdikari malah dapat pula mengurangkan pergantungan mereka kepada kapitalis Amerika, Inggeris dan Eropah.
Cadangan itu juga dibuat setelah masyarakat antarabangsa tidak mempedulikan gesaan Dr. Mahathir supaya dikenakan kawalan kepada pasaran pertukaran wang antarabangsa bagi melindunginya daripada penyangak mata wang.
Di samping itu, beliau juga amat sedar bahawa kekayaan yang disimpan di tangan orang lain tidak memanfaatkan orang Islam sebaliknya kekayaan orang Islam semakin hari semakin terhakis maka masanya sudah sampai untuk orang Islam melindungi kekayaannya sendiri.
Apabila dinar Islam diterima sebagai mata wang berpandukan kepada piawaian berat yang telah pun ditetapkan pada zaman Kalifah Umar al-Khattab r.a maka umat Islam seluruh dunia akan dapat menggunakannya di mana sahaja di wilayah Islam.
Umat Islam tidak perlu lagi menukar dari mata wang kertas negara yang mereka diami kepada mata wang kertas negara lain, di mana sekarang dolar Amerika Syarikat (AS) lazimnya dijadikan mata wang perantara dan menyebabkan nilai mata wang negara lain hilang di atas angin.
Menurut piawaian Umar al-Khattab r.a. berat satu dinar emas ialah 4.25 gram dan berat satu dirham perak pula ialah 3 gram manakala nisbah berat antara dinar dan dirham ialah 7 dinar hendaklah sama beratnya dengan 10 dirham.
Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Masanya akan tiba apabila tidak ada apa pun yang berguna kecuali satu dinar dan satu dirham. (Daripada Msnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).
Pentafsir al-Quran terkemuka, Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat: Wahai orang mukmin, patuhi perintah Allah dan patuhi perintah Rasullullah s.a.w dan mereka yang memerintah ke atas kamu. (Quran 4:,59) berkata, ayat itu merupakan perintah supaya mematuhi sultan berhubung dengan tujuh perkara iaitu penempaan dinar dan dirham, menetapkan timbangan dan ukuran, penghakiman, haji, solat Jumaat dan penetapan Aidilfitri dan Aidiladha serta jihad.
Penempaan dinar dan dirham merupakan tanggungjawab pertama sultan yang memerintah dan mesti pula dipatuhi. Pada muka surat 66 buku Ekonomi Mamluk: Satu Kajian dan terjemahan Al-Maqrizis Ighthah, Muslim dan Abu Dawud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Semoga Allah melindungi dirham dan qafiz Iraq, mudd dan dinar Syria dan irdabb dan dinar Mesir.
Dalam Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun mengaitkan kepentingan dinar emas dan dirham perak kepada perkara-perkara berikut iaitu zakat, perkahwinan dan penghakiman berkaitan hudud.
Cadangan Dr. Mahathir mengenai dinar emas semestinya diberi perhatian berat oleh para ulama. Sebagai pemimpin, Perdana Menteri telah memberi hala tuju untuk menyelamatkan umat Islam dan rakyat dunia ketiga daripada ditipu terus-menerus oleh sistem wang kertas.
Para ulama hendaklah menyokong beliau dan mengetengahkan semua ilmu dan tindakan yang berkaitan untuk memerangi riba. Sekiranya para ulama mengikut hala tuju yang telah ditetapkan maka Islam mengikut al-Quran dan sunah boleh dilaksanakan.
Justeru, amat penting dinar Islam diperkenalkan sebagai mata wang yang menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dan menjadi tanggungjawab semua pemimpin Islam dan umat Islam untuk menyokong Dr. Mahathir.
Langkah ini pastinya tidak akan disokong oleh IMF dan Bank Dunia kerana ia akan menggantikan keistimewaan wang kertas terutamanya dolar Amerika Syarikat serta membebaskan umat Islam dan lain-lain rakyat Dunia Ketiga daripada belenggu dan penindasan oleh negara-negara maju.
Pelaksanaan dinar Islam akan menobatkan Dr. Mahathir sebagai seorang tokoh yang tulen memperjuangkan Islam dan umatnya dan bukannya tergolong di kalangan mereka yang memperjuangkan Islam kerana parti ataupun memperjuangkan Islam kerana taksub kepada personaliti.

 Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement

3 comments:

  1. Yup your info about islam was good,

    ReplyDelete
  2. And God learn quran online saw that the light was good. And God separated the light from the darkness. God called the light Day, and the darkness he called Night. And there was evening and there was morning, the first day. And God said, 'LET THERE BE AN EXPANSE IN THE MIDST OF THE WATERS, AND LET IT SEPARATE THE WATERS, AND LET IT SEPARATE THE WATERS FROM THE WATERS.'
    https://learningquran.co.uk/learn-quran-online

    ReplyDelete

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here