(Sumber  mufti.perak.gov.my)
Rujukan lain :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Gerhana 
|  | 
 Solat Gerhana disebut di  dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ  ) bagi bulan dan  kusuf (الكُسُوفِ  ) bagi matahari,  iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari. 
 Ia bukanlah berlaku  kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan  Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan  nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini  sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena  baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini  dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
 Dalilnya :
 Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW  bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
 Maksud: “Sesungguhnya  matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah.  Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang  atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah,  bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
 Dalilnya : 
  عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر  آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ  النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.
 Maksud: Dari Abu  Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari  dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya  (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan  keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana  itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah  sampai hal yang menakutkan itu hilang”
 Solat Khusuf/Kusuf adalah  sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau  hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau  bersendirian
 i. Bagi solat Gerhana  Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan  hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut.  Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada  solat gerhana.
 ii. Bagi Solat Gerhana  Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir  dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau  jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika  terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika  terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :
 i.                    Qaul Qadim  : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar  (subuh ).
 ii.       Qaul Jadid :  Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (  syuruk ). 
 *        Di dalam mazhab  Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu  tahrim.
 Boleh dilakukan di  mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang  afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
 i. Lafaz Niat Solat Sunat  Gerhana Matahari :
  أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
 Ertinya : “ Sahaja aku  solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
 ii.      Lafaz Niat  Solat Sunat Gerhana Bulan 
  أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
 Ertinya : “ Sahaja aku  solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
 i.  Solat gerhana  dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang  sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali  qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada  kedua-dua rakaat.
 ii. Yang terlebih akmal  ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat  dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
 Kaifiatnya adalah seperti  berikut:
 Berdasarkan hadis :
  عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم  خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُُ فَقَالَ  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ  وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ  الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ  الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ   الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ   النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ   آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا  رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ. 
 
 Maksud: Dari Aisyah r.a.  berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi  gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang  panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat  kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu  membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan 
 (dalam berdiri yang kedua)  ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan  ruku’ yang panjang, sedang ruku’  ini berkurang dari ruku’  pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur  bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama)  itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya  dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah  kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah  dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah  terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan  seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
  
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
 عَنْ  عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ  عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ (  الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ  رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ  جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ  سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ. 
 Maksud: Dari Abdullah  bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa  Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW  melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan  dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah  berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih  lama daripada itu”
 (Sahih Muslim 2-hlm: 81)
 Secara ringkasnya seperti  berikut :
 1.       Takbiratul  Ihram.
 2.       Membaca doa  iftitah.
 3.       Membaca Ta`awudz.  (   تعاوز )
 4.       Membaca surah  al-Fatihah.
 5.       Membaca  mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
 6.       Ruku’ dan  membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
 7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau   mana-mana surah.
 8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
 9.       Iktidal.
 10.     Sujud dan membaca tasbih.
 11.     Duduk antara 2 sujud.
 12.     Sujud kembali.
 13.     Berdiri ke rakaat kedua.
b.    Rakaat kedua.
 1.       Membaca surah al-Fatihah.
 2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
 3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
 4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah        
           atau mana-mana surah.
 5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
 6.       Iktidal.
 7.       Sujud dan membaca tasbih.
 8.       Duduk antara 2 sujud.
 9.       Sujud kembali.
 10.     Membaca tasyahud  akhir.
 11.     Memberi salam.
 *        Tidak perlu  iqamah tapi cukup sekadar ucapan :   ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
 *        Sunat  menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana  bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari. 
 *        Disunatkan mandi  untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
 Khutbah Solat Gerhana :
 Dalil  dari Aisyah r.a. berkata  :
  ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
  من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
 Ertinya : Selanjutnya  beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir.  Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan,  sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda  kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang  pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)  maka bertandanglah kepada solat gerhana” 
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
 i.        Sunat membaca  khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
 ii.       Khutbahnya seperti  khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
 iii.      Isi khutbah  hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba,  berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai,  jangan leka dengan dunia dan  sebagainya.
 iv.      Jika solat itu  hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah  adalah seperti dilampirkan )
 Secara umumnya bila  pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan.  Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
 Contoh :
i.        Jika pertembungan berlaku di antara solat  gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
 ii.       Jika  pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu  maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali  cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka  didahulukan solat fardhu.
 iii.      Jika  pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat  gerhana.
 Matla’ Badrain.
 Abu Ishaq Bin Ali Bin  Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1,  terj : Ali Achmad, Muhammad  Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa. 
 Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan,  Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita &  keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini
 
 

No comments:
Post a Comment
Komen