الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا  بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ  وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
MARILAH  kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah  Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam  mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.  Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik  dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan  di akhirat. 
Muslimin / muslimat yang dirahmati Allah,
            Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ  وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ  لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 
Maksudnya :Dan  lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami  hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam  gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari;  ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah  takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami  takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir  peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk  melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang  demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula  tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar  terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Kita  baru sahaja menyaksikan kejadian gerhana matahari pada bulan lepas dan  pada malam ini pula kita dapat sama-sama saksikan bagaimana kejadian  gerhana bulan. Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan lagi  keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan  Allah Subhanahu Wata’ala  sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi,  bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang  teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu  siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan  iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan  tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada  siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan  bermunajat kepada Allah dengan tenang. 
Pergerakan  matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh  manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan  matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim  Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan  pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan  mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar  berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat  Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah
Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33: 
“Dan  Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk  kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi  faedah hidup kamu.” 
Kejadian  gerhana bulan dan matahari menunjukkan kepada kita bagaimana kedua  kejadian ini walau pun hebat tetapi berada arahan dan perintah Allah.  Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu kejadian Allah namun ia  mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang tidak akan  kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada  umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah  sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang  tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang  lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama  ini iaitu Allah. Begitu juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa  bagaimana hebatnya pergerakan bulan, matahari dan segala cakerawala yang  lain di atas landasan orbitnya tanpa berlakunya perlanggaran antara  satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki tentang adanya Allah  yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah antara kelemahan akal  manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka  manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun terlalu  kagum dengan alam ciptaanNya.
Muslimin / muslimat yang dihormati sekalian,
Kejadian  gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan  timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia  menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga  bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana  teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang membuat pelbagai  andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan  dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam:
“إن الشمس والقمر آيتانمن آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتىينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya:  Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda  kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian  atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu  maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya  tanda gerhana daripada kamu 
Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Apabila  berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan  perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir,  bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: 
[ إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا، وصلوا ، وتصدقوا …… ( البخاري )
Maksudnya:  Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda  kebesaran Allah Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana  kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu  maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan  bersedekahlah……
Di  samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan  dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat  serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.  Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan,  menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah  Subhanahu Wata’ala. 
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191: 
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ  الَّذِينَ  يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ  وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا  خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 
Maksudnya  : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam  dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat  Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut  dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka  berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit  dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan  benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami  dari azab neraka.”
Muslimin / mat yang dikasihi sekalian,
             Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila  berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam  kedaan seolah-olah  seperti akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa  ingat kepada hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat  dengan kehancuran langit dan bumi termasuk bulan dan matahari.  Peringatan ini sewajarnya kita perbanyakkan terutama bila berlakunya  gerhana sebagaimana malam ini.
فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة : 
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ  فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ  وَخَسَفَ الْقَمَرُ  وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ  كَلَّا لَا وَزَرَ  إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ 
Maksudnya : Dia  bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka  (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi  terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan  matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu,  berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak  melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat  perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya  ketetapan segala perkara
بَارَكَ  اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ  بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي  وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ  اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ  وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا  فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
الحَمْدُ  ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا  , وَأَشْهَدُ  أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ  سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا  بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ  وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ  إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ 
Maksudnya  : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang)  dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap  satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya  masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan  masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah  dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda  kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat  sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang  silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan  di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan  Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
إِنَّ  اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ  آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا  اللّهُمَّ صَلِّ  عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا  صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا  إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ  سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ  وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ  مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ  إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا  مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي  تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي  تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء,  اللّهُمَّ  اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ  وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ  قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ  بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى  عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ  لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ  الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ,   اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ  وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَرَبَّنَا  لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ  رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا  حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُبِالعَدْلِ  وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ  وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ  فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ  يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ  أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ
Perhatian :Ada ulama’ seperti Syeikh Ali Syabramallisi yang berpendapat bahawa dibacakan istighfar sebagaimana Khutbah Sunat Istisqa’ (Minta hujan) iaitu :
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ
9 kali pada awal khutbah pertama dan 7 kali pada awal khutbah yang kedua( Kitab Kasyfu al-Litham jilid 1 )
http://ekhutbah.wordpress.com
 
 

No comments:
Post a Comment
Komen