 
  myjazmanie.com
Salam  dan selamat hari Jumaat, hari penuh keberkatan kepada setiap Muslimin  dan Muslimat sekelian. seperti yang diketauhi bulan ramadan semakin  menghampiri dan pelbagai persiapan telah dan sedang giat dilaksanakan  bagai memastikan ramadan tahun ini menjadi ramadan terbaik dan paling  diberkati kepada kita semua yang masih diberi peluang untuk melaluinya.
Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  secara rasminya telah mengeluarkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa  bagi seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi  bulan ramadan tahun 1431H/2010M ini. Jadual  waktu imsak dan berbuka  puasa untuk Wilayah Persekutuan Labuan juga turut dikeluarkan oleh  pejabat berkenaan.
Blog ini mengambil inisiatif untuk bukan  sahaja memasukkan jadual untuk berbuka puasa dan imsak, malahan juga  jadual untuk waktu-waktu solat sepanjang bulan ramadan nanti. Waktu  solat berkenaan juga telah di ambil dan dirujuk daripada laman web rasmi  pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Jadinya jadual waktu solat, imsak dan buka puasa bagi tahun 1431 Hijriah bersamaan 1430 Masihi adalah seperti berikut:

Jadual waktu solat, imsak dan buka puasa  2010 ini di sediakan dalam dua format iaitu jpeg. dan juga format pdf.  Saiz untuk imej sebenar adalah 900px width x 1600px height. Untuk  melihat saiz sebenar imej jadual waktu solat, imsak dan buka puasa 2010  sila ‘right click’ pada imej tersebut dan pilih view image option.  Manakala untuk format pdf, saiznya adalah 2.35mb.
Tujuan disediakan kedua-dua format  adalah untuk memudahkan pengguna memilih samada menggunakan jadual  tersebut sama ada menggunakan format imej ataupun pdf format. Untuk muat  turun atau download jadual waktu solat, imsak dan buka puasa 2010  bolehlah rujuk di link jadual waktu solat, imsak dan buka puasa 2010.
Selain daripada blog ini, banyak lagi  laman web dan blog yang turut menyedikan info lengkap berkaitan jadual  waktu berbuka puasa dan imsak, jadual berbuka puasa, jadual waktu imsak  dan berbuka puasa 2010, jadual berbuka puasa dan sahur serta waktu buka  puasa 2010 bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia.
Setakat ni blog ni hanya sempat  menyediakan jadual waktu untuk solat, sahur dan buka puasa bagi kawasan  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Manakala untuk  negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri  Sembilan, Johor, Pahang, Terangganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan WP  Labuan bolehlah merujuk ke laman web pejabat agama negeri masing-masing.
Alternatifnya pengguna juga boleh  menggunakan aplikasi e-solat yang disediakan oleh pihak JAKIM untuk  mendapatkan jadual waktu solat, sahur dan buka puasa sepanjang ramadan  di seluruh negeri dan kawasan di link e-Solat JAKIM.

Semoga perkongsian jadual waktu solat,  imsak dan buka puasa 2010 ini dapat memberikan faedah dan manafaat  kepada para muslimin dan muslimat sekalian. selamat menyambut ramadan  al-mubarak.
Kemaskini setakat 10 Ogos 2010
Untuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi seluruh negeri, daerah dan mengikut zon masing-masing boleh rujuk di jadual di portal puasa JAKIM. Untuk melihat jadual waktu imsak dan berbuka puasa ‘double klik’ di link setiap kawasan yang telah disediakan.\
 
 

No comments:
Post a Comment
Komen