
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2                    
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan                      bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan                      hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,                      di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan,                      menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan                      doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi                      kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.                      Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya                      orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada                      rahmat Allah pada bulan ini."                   Hadith 3                    
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan                      bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang                      dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan                      begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap                      orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti                      akan diterima."                   Hadith 4                    
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa                      Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang                      yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa                      sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil,                      dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya                      melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan                      Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya                      Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."                   Hadith 5                    
Ibn Umar ra. meriwayatkan                      bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah                      dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan                      sahur."                   
Hadith 6                    
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa                      Rasulullah SAW bersabda:                      "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan                      tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat,                      tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun                      akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya." 
 

No comments:
Post a Comment
Komen