Sunday, February 7, 2010

Maksud Ayat Seribu Dinar dan penerangannya



ayat-seribu-dinar
Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.
Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
p/s: Sebaik2nya anda simpan ayat ini dan jadikan doa. untuk besarkan, klik atas ayat.
Penulis: wanmus 

5 comments:

  1. assalamualaikum...wanmus(penulis)
    (dpt kita berkongsi info)
    ayat 1000dinar ni kadang2 jd zikir kala teringat.
    baca punya baca x tau maknanya.semalam denga kat radio ikim sekali imbas maknanya.
    hari ini baru bekesempatan menadalami maknya.insyallah akan amalkan tiap2 hari.

    ~terima kasih atas penulisan ini~
    wasalam :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt,
    alhamdulillah, baru saya fahami apa makna ayat 1000 dinar. mmg sebelum ni saya baca n beli ayat 1000 dinar gantung di kedai hanya utk murah rezeki. tp mlm ni, baru saya betul2 faham maksud ayat 1000 dinar. insyaallah saya akan perbaiki diri ini.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. semoga mendapat manafaat untuk semua..

    ReplyDelete
  4. betul..dalam ayat kita sebagai hamba diminta utk bertakwa & bertawakal kepada Allah. dan sebagai hamba juga kita wajib yakin, iman dan taqwa kepadaNya. sesungguhnya janji Allah itu benar belaka dan tiada keraguan keatasnya.

    ReplyDelete
  5. Ass.........Wbt...... Terima kasi banyak atas artikelnya yang sangat bermampaat ni
    dan salam kenal.

    ReplyDelete

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here