Monday, October 12, 2009

Dalil dan Hukum Bertarannum



Ustaz Mohd Farid bin Samad al-Hafiz daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) yang membicarakan tentang Pengertian Tarannum. Ujar beliau “ Tarannum adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud lagu.Tarannum merupakan satu disiplin ilmu yang menentukan kaedah untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutama bacaan al-Quran”. Beliau juga menjelaskan bahawa tujuan bertarannum ialah :

1. Memberi kefahaman kepada pendengar berkenaan kecantikan dan keindahan kalimah al-Quran.

2. Membantu pendengar menghayati uslub-uslub al-Quran sehingga akhirnya mampu memahami maksud ayat al-Quran samaada pada akal, roh dan sebagainya.

Beliau juga menjelaskan hukum bertarannum :

1. Sunat – jika dapat mempertingkatkan syiar Islam, menarik perhatian orang kepada al-Quran, menarik perhatian untuk mempelajari al-Quran serta dapat melahirkan ketinggian mukjizat al-Quran.

2. Makruh – jika menggangu ketenteraman awam, meghalang ketenangan ibadah, menimbulkan fitnah serta menghalang khusyu’ dan tadabbur.

3. Haram – jika boleh merosakkan keaslian al-Quran, menjatuh dan menghina al-Quran serta menghalang ketinggiannya.

Ustaz Azraie bin Abd Hak daripada Jabatan Pelajaran Melaka, menyentuh tentang suara dengan tajuk ceramahnya – Pengenalan Suara ( Tahsin Sout ) pula menjelaskan di antara dalil tentang memperelokkan suara ialah Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “ Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabi yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran dalam bentuk nyaring ”Riwayat al-Bukhari.

Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman al-Hafiz, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) menyampaikan ceramah yang bertajuk – Lahjah Arabiah. Beliau menjelaskan tentang kepentingan bacaan berlahjah arabiah bertepatan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “ Bacalah al-Quran dengan irama/lahjah Arab dan suara berlahjah Arab. Janganlah sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya ahli Gereja ( Kristian dan Yahudi ), demikian juga dengan irama ahli Fasiq ”. – hadis riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi.

Bertolak soal tarannum dan melagukan al-Quran itu adalah dituntut oleh Nabi dan Nabi itu utusan Allah dan pesuruh Allah. Allah juga menganjurkan secara jelas berkenaan memperelokkan bacaan Al-Quran.

Al-Muzammil ayat 4

Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil (membaguskan bacaan dan mentadabbur)

Al-Muzammil ayat 20

...Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran ...

Al-Qiyamah ayat 17-18

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18)



Muhammad ini Pesuruh Allah. Tuhan yang menyuruh kita meyakini isi kandungan Al-Quran yang jelas dan nyata itulah yang menyuruh kita meyakini Muhammad itu Rasul dan pesuruh Allah.

Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). [al-Fath 48:29]


dan Tuhan yang menyuruh kita mempercayai Al-QUran itu bukan syairlah yang menyuruh kita belajar Al-Quran daripada Muhammad

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]


Dan ini Muhammad pesuruh Allah ajarkan seperti diriwayat hadis

“Daripada Barra’ bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu.”

“Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)

“Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran.” (Riwayat Hakim 1/768)

“Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-Quran (Fath al-Bari 6/69).

“Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342)

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here