Sumber : Fikah Harian - Dato' Dr Haron Din
Segala Puji Hanya PadaMu Allah,Tuhan Bagi Semesta Alam,Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,Penguasa Hari Pembalasan
Dalam Islam terdapat beberapa jenis sujud yang dituntut selain daripada sujud-sujud biasa dalam solat seperti sujud sahwi, sujud tilawah atau sajadah dan sujud syukur
1) Sujud sahwi ertinya sujud kerasa terlupa. Maksudnya sujud ini dilakukan kerana berlaku kesilapan atau tertinggal sesuatu dalam solat yang tidak membatalkannya.Sujud ini perlu dilakukan 2 kali sebelum memberi salam walaupun berlaku beberapa kesilapan.
2) Sujud tilawah ertinya sujud kerana bacaan.Maksudnya apabila seseorang itu membaca ataupun mendengar ayat-ayat Quran yang termasuk dalam kumpulan ayat-ayat sejadah sebanyak 15 tempat maka dituntut pembaca dan pendengar supaya sujud sekali sahaja. Ia juga boleh dilakukan dalam solat yang dikenali sebagai sujud sejadah.
3)Sujud syukur ertinya sujud kerana berterima kasih.Maksudnya apabila seseorang mendapat sebarang nikmat pemberian Allah ataupun terselamat daripada segala bencana dan bahaya maka beliau digalakkan sujud sekali sahaja sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah
Usefull Links
- video-shows
- testimonials-comments
- template-top
- sexfreetips
- masakan-resepi
- jinonline-tips
- funny-lawak
- balliqul-ilm
- analisispolitik
- adsense-download-tips
Syarat-syarat(Sujud Tilawah dan Sujud Syukur)
1)Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
2)Suci daripada segala najis
3)Menghadap kiblat
4)Menutup aurat
Rukun-rukun(SUjud Tilawah dan Sujud Syukur)
1)Niat
2)Takbir
3)Sujud sekali
4)Bangun daripada sujud
5)Membei salam(bagi sujud syukur)
Tuntutan melakukan sujud sahwi
1)Menambah rukun fi'li tanpa sengaja
2)Menambah rakaat kerana terlupa
3)Meninggalkan tahiyat awal kerana terlupa
4)Syak atau ragu dengan bilangan rakaat atau sebagainya
5)Meninggalkan sunat ab'ad kerana terlupa
Bagi yang meninggalkan tahayat awal dan tidak sujud sahwi solatnya tetap sah kerana tahiyat awal bukan perkara rukun dalam solat manakal sujud sahwi pula sunat hukumnya
Bacaan dalam sujud sahwi
Bacaan dalam sujud tilawah atau sajadah
No comments:
Post a Comment
Komen