Thursday, September 18, 2008

Fadhilat Puasa


Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya
tidak ingin berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah

Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan
Ibnu Khuzaimah, “Andaikan tiap hamba mengetahui apa y
ang ada
dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus.”

Sesungguhnya, apa adanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut
ini:

1. Gelaran taqwa

Taqwa adalah gelaran tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai
hamba Allah. Tidak ada gelaran yang lebih mulia dan tinggi dari itu.
Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelaran taqwa, ia
dijamin hidupnya di syurga dan diberi kemudahan-kemudahan di
dunia. Dan puasa adalah infrastructure untuk mendapatkan gelaran
taqwa itu.

“Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa.”
QS al-Baqarah: 183

Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang
taqwa, antara lain:

a. Jalan keluar dari semua masalah

Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang
dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, isteri,
saudara, orang tua, pejabat dan sebagainya. Tapi bila orang itu
taqwa, Allah akan menunjukkan jalan bagi persoalan itu. Bagi Allah
tidak ada yang sulit, kerana Dialah pemilik kehidupan ini.

“…Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar.”
QS. Ath Thalaaq: 2

“…Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan
baginya kemudahan dalam urusannya.”
QS. Ath Thalaaq: 4

b. Dicukupkan keperluannya

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkan (keperluan)nya….”
QS. Ath Thalaaq: 3

c. Ketenangan jiwa, tidak khuatir dan bersedih hati

Bagaimana boleh bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan
Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik
kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah,
ia bakal memperoleh ketenangan.

“Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada
kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa
bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhuatiran
terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
QS. al-A’raaf: 35

2. Bulan pengampunan

Tidak ada manusia yang tiada berdosa, sebaik manapun dia. Sebaik-
baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkin
terjadi. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu
bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Kerana dosa manusia itu, maka Allah telah menyediakan alat
penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan.
Beberapa hadith menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan
Bukhari Muslim dan Abu Dawud, “Barangsiapa berpuasa pada bulan
Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah,
maka dosa-dosa sebelumnya diampuni.”

3. Pahalanya dilipatgandakan

Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus
pahala berlipat-lipat kepada sesiapapun yang berbuat baik pada
bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, “Setiap amal anak keturunan
Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya
hingga tujuh ratus lipat gandanya.”
HR. Bukhari Muslim

Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan,
pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib
HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah

Maka perbanyakkanlah amal dan ibadah..

4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

“Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu
neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu.”
HR Muslim

Kenapa pintu syurga terbuka? Kerana sedikit sahaja amal perbuatan
yang dilakukan, boleh membawa seseorang itu ke syurga. Bole
diibaratkan, bulan puasa itu bulan “Sale”. Orang yang tidak membeli
akan merasa rugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya
sedemikian banyak. Ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan
amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian secara
automatik pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan untuk
syaitan menggoda manusia.

5. Ibadah istimewa

Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya,
“Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-
Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa)
meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku.”
HR Bukhari Muslim

Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir dari IAIN Syarif Hidayatullah
Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam erti untuk menauladani
sifat-sifat Allah. Itulah substance puasa.

Misalnya, dalam bidang jasmani, Allah tidak makan, tapi memberi
makan. Itu ditauladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi
kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka
puasa. Ini tahap dasar menauladani Allah.

Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekadar itu. Maha
Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita
tauladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah
dan berbuat kebaikan. Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam
berpuasa, kita harus banyak belajar. Belajar boleh melalui membaca
Al-Qur’an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan
pengetahuan ilmiah.

Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya
mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut.
Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa
menauladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu
dalam kesibukan.

Perlu ditekankan menauladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan
kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang
malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus
tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak
minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari
saja.

4. Dicintai Allah

Nah, sesesorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada-
Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila
Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadith Qudsi,
“Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran
untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi
pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya.”
HR Bukhari

5. Do’a dikabulkan

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku,
katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintah)Ku.”
QS. al-Baqarah: 186

Memperhatikan penyusunan kalimah ayat di atas, bererti ada orang
berdoa tapi sebenarnya tidak berdoa. Iaitu doanya orang-orang yang
tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? “maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah) Ku.”

Benar, berdoa pada Ramadhan mendapat tempat khusus, seperti
dikatakan Nabi saw, “Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa
hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang
teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu-
pintu langit. ‘Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak
sekarang.”
HR Ahmad dan Tirmidzi

Namun harus diingat bahawa segala makanan yang kita makan,
kesucian pakaian, kesucian tempat, itu mempunyai hubungan yang erat
dengan pengabulan doa. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang
sudah lusuh pakaiannya, kusut rambutnya berdoa kepada Tuhan.
Sebenarnya keadaannya yang lusuh itu dapat membawa doanya dia
diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya yang dipakainya diambil dari barang yang haram,
bagaimana dapat dikabulkan doanya?

Jadi doa itu berkait erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan
makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin
bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian
dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan doa.

6. Turunnya Lailatul Qadar

Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat
mulia. Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya
lebih dari seribu bulan
QS. al-Qadr

Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal Al-Qur’an
diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada
malam itu.

Beberapa hadith shahih meriwayatkan malam laulatul qadar itu jatuh
pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam
Ahmad, “Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di
sepuluh terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau
duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau akhir
malam Ramadhan. Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (sholat malam)
pada malam tersebut kerana mengharap redha-Ku, maka diampuni
dosanya yang lampau atau yang akan datang.”

Mengapa di akhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Oleh
kerana dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa
kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut lailatul qadar.

Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur’an menyatakan, “Pada malam itu
turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan
mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)
kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar.
QS al-Qadr: 4-5

Malaikat bersifat ghaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi
manusia. Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad
Abduh menggambarkan, “Kalau anda menemukan sesuatu yang sangat
berharga, di dalam hati anda akan tercetus suatu bisikan, ‘Ambil
barang itu!’ Ada bisikan lain berkata, ‘Jangan ambil, itu bukan
milikmu!’

Bisikan pertama adalah bisikan syaitan. Bisikan kedua adalah bisikan
malaikat.” Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong
seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang
yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus
bertambah, maka yakinlah bahawa ia telah bertemu dengan lailatul
qadar.

7. Meningkatkan kesihatan

Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan.
Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat
beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh
bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh
memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam
diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).

Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12
tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari
sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat
pencernaan mengalami istirahat total.

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang
dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah
putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah
putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel
cancer. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang
menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan
makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan
sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup. Mereka akan keluar
melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun
kotoran dan hampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan
keseimbangan elektrolit di dalam perot, memperbaiki fungsi hormon,
meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau
mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis
organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan syaraf.

8. Penuh harapan

Ketika berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harapkan. Harapan itu
kian besar menjelang petang. Sehari penuh menahan lapar dan
dahaga, lalu datang waktu berbuka, wah… rasanya lega sekali.
Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu
Tuhan, masya’ Allah, menjadikan hidup lebih bermakna.

“Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu
tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya.”
HR. Bukhari

9. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan

“Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan
yang akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat
nanti, tidak diperbolehkan seseorang melaluinya selain mereka. Ketika
mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya
kemudian ditutup.”
HR. Bukhari

10. Minum air telaganya Rasulullah saw

“Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang
yang berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya,
dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala
orang lain.

Mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, tidak setiap kami
mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka
puasa.’

Beliau berkata, ‘Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi
buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk
susu… Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah
akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan
haus hingga masuk syurga.”
HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

11. Berkumpul dengan sanak keluarga

Pada 1hb Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Idil Fitri. Inilah
hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syaitan
selama sebulan Ramadhan. Ketika itu orang ramai melakukan
silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk
kerabat-kerabat jauh yang datang berkunjung. Orang-orang yang
bekerja di kota pulang untuk merayakannya di kampung bersama
kedua orang tuanya. Maka setiap hari raya selalu terjadi
pemandangan khas, iaitu orang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit
menaiki kenderaan mudik ke kampung halaman.

Silahturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam boleh
dilakukan bila-bila saja. Tidak semestinya pada Hari Raya sahaja.
Tetapi itu juga tidak dilarang. Justeru itu momentum yang seeloknya.
Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing,
sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan
saudara yang lain.

Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan
hadith, “Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya
dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahmi!”
HR. Bukhari

12. Qaulan tsaqiilaa

Pada malam Ramadhan ditekankan (disunnahkan) untuk melakukan
sholat malam dan tadarus al-Qur’an. Waktu paling baik menunaikan
sholat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir
QS Al Muzzammil: 3

Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama
membolehkan melakukan terawih pada awal malam setelah sholat isya’
dengan berjamaah di masjid. Sholat ini lebih popular disebut sholat
tarawih.

Sholat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang
jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula
selesai sholat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur’an secara
tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu
seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan
mendalam, kerana al-Qur’an memang sumber pengetahuan dan ilham.

Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian
mengurniakan qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan-
perkataan yang berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi
kebenaran. Maka orang-orang yang suka melakukan sholat malam
wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.

13. Hartanya disucikan

Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan
mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, yaitu fitrah dan maal. Zakat
fitrah besarnya 2,5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan
pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2,5 persen dari seluruh
kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya.

Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna
mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan
barkah dan menghindarkan pemiliknya dari siksa api neraka. Harta
yang barkah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan
kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barkah akan mengundang
kekhuatiran dan ketidaksejahteraan.

*Kembara Ilmuan Nurani

No comments:

Post a Comment

Komen


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here