Pengertian Tajwid menurut bahasa (ethimologi) adalah: memperindah sesuatu.
Sedangkan menurut istilah, Ilmu Tajwid adalah pengetahuan tentang kaedah serta cara-cara membaca al-Quran dengan sebaik-baiknya.
Tujuan ilmu tajwid adalah memelihara bacaan al-Quran dari kesalahan dan perubahan serta memelihara lisan (mulut) dari kesalahan membaca.
Belajar ilmu tajwid itu hukumnya fardu kifayah, sedangkan membaca al-Quran dengan baik (sesuai dengan ilmu tajwid) itu hukumnya Fardu ‘Ain.
Dalil Wajib Mempraktikkan Tajwid Dalam Setiap Pembacaan al-Quran:

- Dalil dari al-Quran.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muzzammil ayat 4 yang bermaksud:
Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan/tartil (bertajwid)
[Ayat ini jelas menunjukkan bahwa Allah s.w.t. memerintahkan Nabi s.a.w. untuk membaca al-Quran yang diturunkan kepadanya dengan tartil, iaitu memperindahkan sebutan setiap huruf-hurufnya (bertajwid).
2. · Dalil dari As-Sunnah.
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi s.a.w.), ketika beliau ditanya tentang bagaiman bacaan dan solat Rasulullah s.a.w., maka beliau menjawab:
"Ketahuilah bahwa Baginda s.a.w. solat kemudian tidur yang lamanya sama seperti ketika beliau solat tadi, kemudian Baginda kembali solat yang lamanya sama seperti ketika beliau tidur tadi, kemudian tidur lagi yang lamanya sama seperti ketika beliau solat tadi hingga menjelang subuh. Kemudian dia (Ummu Salamah) mencontohkan cara bacaan Rasulullah s.a.w. dengan menunjukkan (satu) bacaan yang menjelaskan (ucapan) huruf-hurufnya satu persatu." (Hadis 2847 Jamik At-Tirmizi)
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abdullah Ibnu ‘Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda:
yang bermaksud "Ambillah bacaan al-Quran dari empat orang, iaitu: Abdullah Ibnu Mas’ud, Salim, Mu’az bin Jabal dan Ubai bin Ka’ad." (Hadis ke 4615 dari Sahih Al-Bukhari).

3. · Dalil dari Ijma' Ulama.
Telah sepakat para ulama sepanjang zaman sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. sampai dengan sekarang dalam menyatakan bahawa membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib. Pengarang kitab Nihayah menyatakan: "Sesungguhnya telah ijma’ (sepakat) semua imam dari kalangan ulama yang dipercayai bahawa tajwid adalah suatu hal yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w. sampai sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajiban ini."

Terdapat 4 peringkat atau martabat bacaan al- Quran iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan:
- At-Tahqiq:
Bacaannya seperti tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf dari makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.
peringkat bacaan tahqiq ini biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul. - Al-Hadar:
Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Peringkat bacaan hadar ini biasanya bagi mereka yang telah menghafal al-Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dalam waktu yang singkat. - At-Tadwir:
Bacaan yang pertengahan antara peringkat bacaan tartil dan hadar, serta memelihara hukum-hukum tajwid. - At-Tartil
Bacaannya perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya secara tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, merenungkan maknanya, hukum dan pengajaran dari ayat.
peringkat bacaan tartil ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. peringkat bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan.
No comments:
Post a Comment
Komen