Air Selusuh memang dikenali dikalangan 
masyarakat wanita melayu apabila tiba saat-saat hampir untuk melahirkan 
anak. Air yang didoakan itu boleh dibacakan sendiri oleh suami ataupun 
pengamal pengubatan Islam yang dikenali. Dengan berkat bacaan doa serta 
ikhtiar maka hanya kepada Allah jua agar para isteri yang akan 
melahirkan zuriat agar dipermudahkan urusan kelahiran si anak kecil yang
 bakal menjadi mujahid serta mujahidah pada masa akan datang.
Amalan Air Selusuh atau Minyak Selusuh 
ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun hadith. Setiap 
amalan yang bukan merupakan ‘ibadat’ atau diluar skop ibadat hukumnya 
adalah MUBAH (Harus). Jika dilihat dari segi content amalan tersebut 
seperti do’a agar kelahirannya mudah dengan bacaan2 yang tidak 
menyanggahi syara’; seperti TIDAK melakukan tawassul kepada Fatimah, 
‘Aisyah, Maryam dsb, HANYA memohon kepada Allah swt semata-mata dengan 
Asma’ wa Sifatnya, dan tidak mempunyai kepercayaan2 tertentu, tidaklah 
ia menjadi satu kesalahan.
DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Al-Hasyr : 21-24
4. Doa Selusuh

Terjemahan : “Ya Allah, dengan hak 
Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, 
ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) 
penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani
 dari segala-galanya”.
5. Doa Pemudah

“Tuhanku, permudahkanlah dan jangan 
Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah 
adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan 
rahmatMu, ya Arhamar Rahimin”.
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)
KAEDAH PENGUBATAN
Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi 
minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin.
 Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah 
SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.
CREDIT INFO TO: AS SYIFA’ 
 


 

No comments:
Post a Comment
Komen