Saluran Ilmiah Anda

Al-Fatihah untuk Ulama  Rabbani...
Ringkasan biografi beliau di bawah di  dalam Bahasa Malaysia Al-Habib As-Sayyid  Abd Qadir Bin Ahmad As-Saqqaf
Beliau dilahirkan  pada Jamadil Akhir 1331H dan dibesarkan oleh ibu bapa yang soleh dalam  suasana yang solehah. Ayahnya bernama Sayyid Ahmad Bin Abd Rahman  manakala Ibunya As-Syarifah A'lawiyah Binti Al-Habib Ahmad Bin Muhammad  Al-Jufri
PERMULAAN  SEJARAH
Terbuka mata hati  Habib Abd Qadir untuk menjadi Insan yang bertaqwa dan soleh apabila  beliau sering melihat ayahnya mendirikan solat, berpuasa, menyibukkan  diri dengan ilmu dan majlisnya (ilmu). Ibunya pula sering membaca  wirid-wirid siang dan malam, suasana beginilah yang memahat satu ukiran  keimanan di dalam jiwa beliau.
Suasana beginilah  yang diamalkan oleh para Salaf yang telah menjadikan rumah mereka  sebagai sebuah sekolah yang mendidik anak-anak dengan pelbagai ilmu yang  susah untuk diperolehi setelah dewasa. Semoga setiap dari kita mampu  membentuk suasana keimanan di dalam rumah masing-masing.
PENGAJIAN
Habib Abd Qadir telah  menuntut Ilmu di Madrasah An-Nahdah yang bermaksud “Kebangkitan”,  sesungguhnya madrasah ini sebagaimana namanya. Guru-gurunya terdiri  daripada Syeikh-syeikh besar dan Ulama-ulama. Method pembelajarannya  ialah tarbiah, pembersihan jiwa dan ilmu. Di Madrasah ini Habib Abd  Qadir mempelajari Ulum Hadis, Tafsir, Bahasa Arab dan segala ilmu  berkaitan, Fiqh, Sirah, Sejarah dan sedikit daripada ilmu kira-kira dan  falak dan juga selainnya. Madrasah ini juga mempunyai jabatan khusus  untuk menghafal Al-Quran. Habib Abd Qadir telah menghafal Al-Quran dalam  tempoh yang singkat. Walaupun Madrasah tersebut mempunyai keistimewaan  yang luar biasa akan tetapi Ayah Habib Abd Qadir tidak pernah alpa dari  tanggungjwab beliau untuk bertanya, mengikuti dan menguji segala  pelajaran yang diperolehi oleh Habib Abd Qadir. Didikan dari rumah  inilah yang tel!  ah banyak melahirkan insan yang cemerlang.
CABARAN DAN  MEHNAH
Apabila berubah  suasana Politik di selatan Yaman, golongan Sosialis telah mengganggu  golongan pendakwah dan agamawan, khususnya mereka yang mempunyai  pengaruh dan menjadi nadi di dalam masyarakat. Golongan Pendakwah dan  agamawan hidup di dalam keadaan terseksa pada ketika itu. Habib Abd  Qadir sendiri diwajibkan untuk menulis namanya pada setiap pagi dan  petang di balai polis. Beliau begitu sabar dan dalam masa yang sama  berusaha untuk keluar dari cengkaman Sosialis sehinggalah ada yang  sanggup membantu untuk membawa beliau ke Singapura dan seterusnya ke  Indonesia. Di kedua-dua negara tersebut beliau telah mendapat sambutan  yang hebat dan penghormatan yang selayaknya.
Dari Indonesia beliau  telah bertolak menuju ke Hijaz dan disiitulah permulaan untuk beliau  menetap di sana. Hijaz bukanlah kota yang asing bagi beliau kerana  beliau pernah melaksanakan Haji sebanyak 6 kali sebelum beliau bermukim  di Hijaz, Beliau telah keluar dalam tempoh yang lama untuk berdakwah  sehingga beliau akhirnya kembali dan menetap di Hijjaz pada ramadhan  1394 H.
Di Hijaz beliau  mendapat sambutan yang amat dahsyat. Setiap hari beliau akan keluar  untuk mengajar pelbagai ilmu seperti hadis, tasauf dan sirah. Pelbagai  perbincangan dan perdebatan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu juga  diadakan. Beliau juga mempunyai beberapa majlis ilmu ditempat lain  seperti Madinah.
KEISTIMEWAAN  BELIAU
Beliau adalah seorang  yang mampu menghidupkan kembali hati yang lemah terhadap kepada  kecintaan kepada Allah, sentiasa mengungkapkan kata-kata yang indah dan  penuh hikmah. Lidahnya tidak pernah lekang dari berhujah  menggunakannas-nas al-Quran dan as-Sunnah dan cerita-cerita bangsa.  Beliau menggambarkan realiti ummat yang memedihkan dan memberi penawar  kepada semua bala dan kepincangan akhlak.
Kasih sayang Habib  melata di dalam hati manusia dari pelbagai bangsa dan warna kulit, sama  ada yang hampir dengan beliau atau yang jauh, yang bersama beliau atau  menentang beliau. Sebagaimana yang boleh dilihat di dalam majlis beliau  terdapat pelbagai bangsa dan warna kulit.
PENUTUP
Terlalu panjang jika  ingin berbicara berkenaan Habib Abd Kadir, hanya sedikit ringkasan yang  boleh dibuat. Untuk mengenal siapa Habib Abd Qadir dengan lebih  mendalam, bertanyalah kepada penduduk Hijaz dan Yaman, nescaya kalian  akan menemukan manusia-manusia yang terbentuk akhlak dan peribadinya  dengan didikan Habib Abd Qadir. Maha Suci Allah yang menganugerahkan  kita rezeki dengan adab zahir dan batin ketika bersama Ulama-ulama  seumpama mereka.
 Al-Habib  As-Sayyid Abd Qadir Bin Ahmad As-Saqqaf telah menghembuskan  nafas terakhirnya sebelum solat zohor pada hari Ahad 19 rabiul akhir  1432 bersamaan 4 april 2010. Solat di Masjid Haram pada hari yang sama  selepas Isyak. –Al-Fatihah- Moga Allah alirkan segala keberkatan dan  kelebihan mereka kepada kita semua, amin.
 
 

No comments:
Post a Comment
Komen