Saturday, September 16, 2017

Jom tengok Kajian Barat Puasa 2 kali seminggu


Perkongsian info.. CEO sebut pasal ni ari ni Kajian Barat Puasa 2 kali seminggu : 
Kajian Pakar Neurosains Tentang Puasa Dua Kali Seminggu | Universiti South Carolina, USA
Setelah kajian saintifik tentang manfaat puasa dua kali seminggu dibuktikan oleh para saintis, masyarakat barat kini sudah mula berjinak-jinak untuk berpuasa dua kali seminggu.
Masyarakat barat menamakan amalan puasa dua kali seminggu ini sebagai "intermittent fasting" ataupun "5:2 diet",yang bermaksud 5 hari makan seperti biasa dan dua hari berpuasa.
Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis--puasa dua hari dalam seminggu.
Dalam jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel otak yang baru.Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan sel-sel lama dimusnahkan.
Pakar neurosaintis menerangkan tentang mekanisma sel di dalam badan sewaktu kita menahan lapar dan dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman dapat berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.
Pada waktu inilah tenaga yang dijimatkan dapat digunakan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisyen.
Begitulah manfaatnya berpuasa dua kali seminggu, atau dalam erti kata lainnya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. 
Apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW pasti ada manfaatnya.Ayuh,marilah istiqamah dalam membudayakan amalan puasa dua kali seminggu-- Isnin dan Khamis. 
_*Perubatan Pencegahan Fisiologi* yang merupakan Sunnah Nabi SAW, telah terbukti secara saintifik._
_*Kenapa hari isnin dan khamis?*_
*Isnin* : rehat selepas overload mknn pd hujung minggu
*Khamis* : prepare badan utk overload hujung minggu

*Jom amalkan Puasa 2x seminggu .. tapi bukan kerana kajian ini semata2 yang paling penting adalah kerana mengikut Sunnah Baginda Nabi SAW 

Dapatkan Produk Terbaik Olive House dari Kami.. disebut dalam al Quran dan hadis.. terbukti dengan kajian saintifik
Ustaz Zaki : 017-5750810
Sila hubungi kami untuk kami bantu anda dapatkan promosi terkini
Boleh Like dan mesej kami di facebook :
atau lawati kami di

Thursday, June 29, 2017

Peluang Buat Side Income dengan Coway

Coway Malaysia adalah sebuah syarikat yang telah bertapak kukuh di Malaysia. Pelbagai Produk keluaran Coway dapat dilihat di mana-mana sahaja kini di Malaysia terutama Penapis Air dan Penapis Udara.

Kini Coway Malaysia menawarkan peluang untuk menjana pendapatan dengan menjual produk-produk hebat daripada mereka. Program usahawan Coway adalah cara paling mudah untuk menjana pendapatan sampingan samada secara Full Time atau Part Time
*Walaupun jadi Full Time Korang tetap dapat buat biz lain :) apatah lagi kalau Part time heheh
Menjadi Agen Coway atau dikenali sebagai Coway Health Planner (HP) adalah satu bidang kerjaya yang simple dan INCOME memang lumayan.
Susah ke nak jadi Agen Coway ni? Mahal ke Yuran Keahlian dia? kena beli stok produk dan buat belian maintain ke?

Jawapannya ialah SANGAT SIMPLE.. Nak Jadi Agen Coway tak perlu beli barang dulu untuk jadi Agen Coway.. tak perlu pergi KURSUS dulu untuk jadi agen Coway. Hanya Bayar Yuran PENDAFTARAN yang sangat minima.. *mungkin kos topup bulanan korang lagi mahal.. hehehehe

Apa kerja Agen Coway?
Kerja Agen Coway hanya promosi barangan Coway dan Submit Order untuk Customer. 
Kutipan bayaran bulanan Agen Coway Kena buat ke? Tak perlu.. itu semua syarikat yang urus. Pemasangan pun syarikat urus.. servis bulanan pun Syarikat Urus.. best tak?

Jom Sertai Team Kami! Team Kami terdiri dari pengurus jualan terbaik di Coway Malaysia. Top Top Sale! Pakar Fb Ads! Pakar Both! Pakar Door to Door dan ramai lagi.. sebab tu TEAM kami mendapat pelbagai Anugerah dari Coway Malaysia!
 Anda berurusan dengan Team dan pasukan yang tepat untuk bantu anda jana income konsisten samada secara part time atau full time!
Kami kongsikan 9 sebab utama kenapa Coway adalah bisnes yang terbaik sekarang.
  1. Tak Perlu Modal untuk Simpan STOK. Zaman sekarang beli stok adalah satu risiko
  2. Komisen yang TINGGI, PASIF dan AKTIF, RM300-RM1200 setiap unit dijual dan ada pasif income hingga 11 bulan bagi setiap unit dijual.
  3. Elaun RM800-RM2500 untuk ejen full time berdasarkan kuantiti jualan.
  4. Trip percutian 5 bintang ke seluruh dunia minima 3 kali setahun.
  5. Overiding dan insentif untuk recruitment yang aktif walaupun Coway bukan MLM.
  6. Tidak terikat dengan Masa kerja. Anda sendiri boleh tentukan masa anda bekerja.
  7. Peluang terbuka untuk anda Naik Pangkat jadi Manager pelbagai peringkat.
  8. Latihan dan group sokongan yang aktif untuk bantu anda dalam Info dan Skill dan Tenaga.
  9. Produk yang sudah terbukti Berkualiti dan Berteknologi Tinggi dengan pelbagai Pengiktirafan badan Profesional Antarabangsa serta ada Sijil Halal JAKIM.
Jangan lepaskan Peluang ini.. jadilah wakil jualan Coway Malaysia untuk sedara terdekat anda.. untuk pejabat anda atau penempatan anda.. Kos Pendaftaran Sangat RENDA! tak perlu beli produk pun :) Jom jadi  Health Planner Coway secara Full Time atau Part Time bersama Team Kami Team Terbaik Coway Malaysia, sila sms / WhatsApp / Call 0175750810
*Kami adalah Team No 1 Di Malaysia dari segi kekuatan Sale dan Team Work

Tuesday, May 30, 2017

Siapa Sultan Sulaiman yang diaibkan dalam Siri Magnificent Century

Siapa Sultan Sulaiman yang diaibkan dalam Siri Magnificent Century yang Astro sedang tayang tetapi banyak negara Islam haramkan.
.

Siapa Sultan Sulaiman yang sebenar?

Baginda ialah Sulaiman al-Qonuni bin Salim dan dikenali sebagai 'Sulaiman the Magnificient' oleh orang-orang Barat. Baginda merupakan salah seorang sultan yang termasyur dari kerajaan Turki Uthmaniyah. Pemerintahannya juga adalah yang paling lama iaitu selama 48 tahun, bermula pada 926 H sehingga 974 H.

Sepanjang pemerintahan Uthmaniyah, baginda berjaya menjadikan kerajaan ini sangat kuat dan berkuasa. Hal ini dapat dilihat ketika baginda berjaya menakluk banyak kawasan di sekitar wilayah Uthmaniyah dan Eropah. Pada ketika ini, baginda sudah mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi kerajaan Uthmaniyah.

Awal pemerintahan

Baginda dilahirkan di Kota Trabzon, Turki pada tahun 900 H bersamaan 1494 M. Sejak berusia 7 tahun lagi, baginda sudah dididik dengan ilmu kesusasteraan, sains, sejarah, teologi dan teknik ketenteraan di Istana Topkapi, Istanbul. Pada ketika itu juga, baginda bersahabat dengan Ibrahim Pasha iaitu merupakan penasihat dan panglima tentera yang paling dipercayai sewaktu zaman pemerintahannya. Baginda menjadi gabenor Istanbul ketika berusia 17 tahun dan kemudiannya menjadi sultan ketika berusia 25 tahun selepas kemangkatan ayahandanya iaitu Sultan Selim I.

Pada awal pemerintahannya, baginda berjaya memperluaskan pengaruh kerajaan , mengalahkan pihak asing yang ingin campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan dan menakluk wilayah Uthmaniyah. Walaupun usia masih muda, tetapi baginda merupakan seorang pemimpin yang sangat kuat, adil dan matang.

Jihad mengusir penjajah Eropah di Timur Tengah

Banyak peperangan terjadi pada zaman pemerintahan baginda ketika itu dan hal tersebut menjadikan kuasa di wilayah Uthmaniyah semakin meluas sehingga ke Eropah, Asia dan Afrika. Pada tahun 927 H/1521 M, Uthmaniyah berjaya menguasai wilayah Belgrade ( ibu kota Serbia sekarang). Mereka mengepung seluruh kota Vienna (ibu kota Austria sekarang), namun mereka tidak berjaya menguasainya pada tahun 935 H/1529 M.

Antara kejayaan lain Sultan Sulaiman :

Pembangunan Maritim Uthmaniyah - Semasa pemerintahan Sultan Bayazid II, pembangunan maritim sudah mengalami pertumbuhan yang pesat ketika itu. Jadi, pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman, kekuatan maritim pun makin diperkuatkan dengan adanya panglima angkatan laut yang terkenal iaitu Khoiruddin Barbarosa yang dikenali oleh Barat sebagai bajak laut. Barbarosa merupakan seorang panglima angkatan laut Uthmaniyah yang kuat dan berjaya menguasai pantai Sepanyol serta menghancurkan angkatan laut Pasukan Salib di Laut Mediterranean.Perkembangan Peradaban - Sultan Sulaiman juga seorang yang mahir dalam menggubah syair, menulis kaligrafi, dan menguasai beberapa bahasa timur seperti bahasa Arab. Baginda juga suka dengan batu permata dan seni bina bangunan. Oleh itu, banyak arkitek-arkitek yang muncul ketika itu untuk tujuan pembangunan kerajaan Turki Uthmaniyah.Perkembangan Perundangan - Untuk pengetahuan anda, di Timur, baginda dikenali sebagai 'al-Qanuni' (pembuat undang-undang) sebagai jasanya dalam permodenan sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah. Undang-undang tersebut ialah 'Qanun Namahul Sultan Sulaiman' lalu menjadikan baginda sebagai seorang sultan yang adil dalam memerintah.

Wafatnya Sultan Sulaiman

Di penghujung usianya, baginda menderita sakit sendi tulang sehingga membuatkan baginda tidak dapat menunggang kuda lagi. Pada waktu itu, baginda sudah berusia 74 tahun.

Walaupun pada ketika itu baginda tahu tentang orang-orang Kristian Eropah yang ingin menceroboh kawasannya, Sultan Sulaiman tetap berdiri berjihad memimpin pasukannya dalam keadaan sakit yang teruk.

Keadaan baginda semakin parah apabila tiba di Kota Hungary. Baginda sudah dilarang oleh tabib untuk tidak turun ke medan peperangan ketika itu tetapi baginda menjawab bahawa "Aku lebih senang wafat dalam keadaan berjihad di jalan Allah".

Sebelum baginda wafat, baginda bersama pasukan tenteranya telah mengepung Kota Szigetvar selama 2 minggu. Walaupun cuaca sangat dingin, namun dengan semangat yang kental untuk mempertahankan benteng mereka, ia menjadikan perang itu sebagai perang paling dasyat yang dialami oleh umat Islam.

Akhirnya, Allah SWT telah mengabulkan doa Sultan Sulaiman. Salah satu peluru meriam umat Islam ketika itu telah menghentam kawasan orang-orang kafir dan ledakan yang dasyat pun terjadi. Benteng mereka pun runtuh lalu umat Islam mengambil peluang untuk menyerang mereka habis-habisan. Bendera Sulaimaniyah dikibarkan akhirnya menandakan bahawa umat Islam telah memenangi peperangan tersebut.

Baginda sangat gembira dengan kemenangan tersebut lalu baginda terus memuji Allah atas nikmat yang agung ini. Baginda pun berkata "Sekarang, selamat datang wahai kematian. Selamat datang kebahagiaan (kemenangan) dan (semoga) kemenangan yang abadi. Berbahagialah jiwa yang redha dan diredhai. Iaitu mereka yang Allah redhai, dan mereka juga yang redha kepada Allah."

Baginda wafat pada 20 Safar 974 H/5 September 1566 M.

Ini hanyalah sejarah ringkas tentang zaman pemerintahan Turki Uthmaniyah oleh Sultan Sulaiman. Sebenarnya ada banyak lagi sejarah tentang baginda. Kisah hidup baginda bersama Hurrem Roxelana turut menjadi perbualan hangat oleh orang ramai. Siapa sebenarnya Hurrem ini? Akan bersambung.

Sumber :

1. Sulaiman al-Qanuni
2. Kebencian orang-orang Barat terhadap Sultan Sulaiman
.
http://iluminasi.com/bm/sejarah-sultan-sulaiman.html.
.
Sulaiman Al-Qanuni (Suleiman the Law Giver) adalah anak dari Khalifah Pertama Ottoman Sultan Salim I (Yevuz Selim) dan cicit dari Sultan Muhammad Al-Fatih (Mehmet II)


Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here