Showing posts with label StormReaders. Show all posts
Showing posts with label StormReaders. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Kenyataan Tokoh-tokoh terkenal berkenaan Stormreaders Network


-Ustaz Zahazan Mohamed  
Penasihat Syariah Stormreaders Network Sdn Bhd

“Sudah sampai masanya kita bangun mengembangkan ekonomi umat Islam melalui perniagaan dan perniagaan menyebar bahan penerbitan bahan bacaan seperti buku ini mempunyai potensi yang sangat luas untuk menguasai pasaran kerana ianya antara media tertua dalam tamadun manusia” -

Buku Online
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Pakar Muamalat Islam
Penasihat Syariah Stormreaders Network Sdn Bhd


"Banyak MLM di pasaran rata-ratanya dimiliki oleh orang BUKAN ISLAM, tetapi kebanyakan ahli yang menyertainya dan bertungkus lumus adalah terdiri dari saudara-saudara kita yang beragama ISLAM. Segelintir mereka tidak mengambilkira atau mementingkan soal hukum-hakam berhubung kesahihan urusniaga yang dijalankan sedangkan aspek halal-haram ini amat penting dalam bab pencarian rezeki/harta. Stormreaders yang ditubuhkan dan dimiliki 100% oleh usahawan ISLAM, adalah sebagai satu alternatif khusus untuk umat ISLAM menceburi bidang MLM dan seterusnya mengaut keuntungan dan kekayaan dari sumber yang sahih dan jelas."

   Tahukah anda apa itu Stormreaders Network..?


Stormreaders Network
(SR)adalah anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd,
penerbit bahan2 ilmiah seperti buku2 agama, motivasi serta CD dan VCD. SR ini merupakan satu syarikat yang menjual bahan2 ilmiah ini secara MLM.

YURAN PENDAFTARAN SEBANYAK RM90 SAHAJA UNTUK MENJADI AHLI STORMREADERS DAN ANDA AKAN MEMILIKI :-


1.KAD KEAHLIAN STORMREADERS

# INSURAN TAKAFUL = RM20,000.00.

# KHAIRAT KEMATIAN= RM3,000.00.

2.LAMAN WEB E-STORE PERIBADI (CTH : KEDAI ONLINE)

3. SISTEM E-NET.

4.KIT PERMULAAN PERNIAGAAN.

 *ANDA AKAN MENIKMATI KEUNTUNGAN 20% DENGAN SETIAP JUALAN DI E-STORE ANDA


 - Dato’ Ismail Kamus
“Saya sudah meneliti di serata dunia. Perniagaan STORMREADERS ini bukan sahaja berpotensi tinggi di negara kita malah kalau sampai ke negara Arab, ianya akan menjadi satu pelan perniagaan yang bervolume tinggi dan berpotensi untuk dikembangkan”


"Stormreaders yang diwujudkan ini adalah untuk membina usahawan ataupun orang-rang Islam yang BERILMU, BERIMAN, BERAMAL DAN BERHARTA... kerana inilah yang disuruh oleh agama kita"




Ustaz Wan Akasyah
Penulis Buku & Personaliti TV


 "Bagi saya, perniagaan MLM Stormreaders adalah sesuatu yang unik kerana jarang kita mendengar perniagaan MLM dilakukan untuk bahan-bahan ilmiah. Bukan sahaja menjana pendapatan melalui perniagaan, tetapi juga dapat menyebarkan ilmu dari Buku-buku Terbaik karangan tokoh-tokoh hebat  dan sudah pasti bahan-bahan ilmiah yang dihasilkan adalah berkualiti."

Irfan Khairi
Jutawan Perniagaan Internet





Berdakwah dan jana Pendapatan bersama kami

Joint Us



Friday, November 12, 2010

MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT. Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd

Dengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka. Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.

iklan%20majalah MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT. Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd
 
Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan.  Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi. coversolusi MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT. Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd Seterusnya, para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net/), Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria,  Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan Ahmad Fadzli Yusof adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.
Asas majalah ini iaitu Panduan Hidup Bersyariat menjadikan majalah ini WAJIB dimiliki oleh sesiapa sahaja yang inginkan petunjuk ke jalan kebenaran..
Mengapa perlu SOLUSI?
Perlu apa lagi sebuah majalah Islam diterbitkan? Bukankah sudah banyak majalah seumpamanya dalam pasaran?
Jawabnya ya, jika dilihat dari sudut ‘persaingan’. Mungkin tidak perlu lagi majalah seumpama ini diterbitkan. Apatah lagi majalah sebegini selalunya tidak menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan. Tetapi, apakah semua usaha perlu di lihat dari dimensi ‘persaingan’? Apakah semua keputusan di buat berdasarkan faktor kewangan?
Jawabnya, tidak! Dari dimensi ‘perkongsian’, usahasama untuk melakukan kebaikan sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: “Hendaklah kamu bertolong-bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan.” (Surah al-Maidah: 2) Malah ‘perlumbaan’ untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah: “Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.”
Tambahan pula, senario masyarakat kini yang semakin tercabar dan tercalar oleh unsur-unsur negatif, kehadiran bahan bacaan Islam bukan sahaja belum mencukupi, malah dikira masih jauh ketinggalan berbanding lambakan majalah picisan berunsur hedonisme, tahyul dan seks bebas.
SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah.
Misi ini diketengahkan melalui tulisan, gambar dan rekaletak yang verstail dan dinamik. Semua itu diadun untuk menterjemahkan model ‘Mukmin profesional’, yang punya integriti (al-Amin) dan ke pakaran (al-Qawwi) dalam tugasan, peranan dan tanggung jawabnya. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (pakar) dan amanah (integriti).” (Surah al-Qasas: 26)
Lebih jauh lagi, SOLUSI ingin memantapkan pelaksanaan syariat Islam berasaskan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knowledge) – tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) – sains, matematik, sejarah, geografi .
Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan keskes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyesaikannya! Itulah SOLUSI!

- Mengapa nama SOLUSI?
Dari sudut grafik dan artistik pula, huruf S, U, O dalam perkataan solusi mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Persamaan dari segi bentuk yang hampir bulat memudahkan kami memasukkan lambang bulan sabit (ikon nilai keislaman) di dalam ‘masthead’ tersebut. Jumlah 6 huruf itu juga dikira ringkas untuk dihias dan ditonjolkan.
Solusi lebih cepat dan mudah disebut walaupun agak janggal kedengaran. Inilah dasar pilihan kami berbanding perkataan lain yang mungkin lebih ‘kemelayuan’ atau ‘kearaban’ tetapi agak panjang dan kurang nilai-nilai keunikkannya.

Sumber :  bahagian promosi telaga biru sdn bhd
http://www.zaharuddin.net/
 
——————————————————————

Tuesday, October 26, 2010

Stormreaders : Sesi Tamat. Sila pastikan: 1. URL kedai telah dimasukan dengan betul. 2. Anda tidak membuka e-net serentak dengan e-Store (Kepada Pemilik kedai e-Store)

Jika anda menghadapi masalah ini :

Maaf! Alamat yang diberikan tidak wujud

Sesi Tamat. Sila pastikan:
1. URL kedai telah dimasukan dengan betul.
2. Anda tidak membuka e-net serentak dengan e-Store (Kepada Pemilik kedai e-Store)
3. Anda melayari dengan pelayar web Internet Explorer 8.0 ke atas.
Sila masukan alamat e-Store:

hanya masukkan : mudahonline dan klik go  


Lagi cerita fasal Stormreaders Network Sdn. Bhd




Stormreaders Network Sdn. Bhd
Salam semua...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Saya panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka Stormreaders Network Sdn. Bhd. dapat ditubuhkan. Setiap cadangan dan nasihat pakar yang kami terima terutamanya di dalam bidang syariah, perundangan dan ekonomi telah diambil kira pada setiap perancangan dan perlaksanaan agar segala usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat berjalan lancar dan seterusnya impian untuk membentuk sebuah masyarakat yang gemar membaca dan berilmu menjadi kenyataan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda, usahawan berpotensi, berdedikasi dan berdisiplin ke dalam keluarga Stormreaders. Dengan penglibatan anda yang aktif, cekal serta bertawakal, insya Allah segala impian dan cita-cita akan menjadi kenyataan.

Bantu-membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain adalah teras kepada kejayaan kami, menjadi asas kepada ukhuwah yang terjalin… dan kehadiran anda mengukuhkannya…

Saya yakin dengan produk-produk yang berkualiti, bermanfaat serta tiada tarikh luput ini akan mempermudahkan anda untuk membina sebuah rangkaian perniagaan yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang akan bersama-sama anda mengecap kegemilangan. Ayuh bersama-sama kita berusaha menyebarkan sejauh mungkin dan seterusnya membantu mewujudkan sebuah generasi yang kaya dengan ilmu!

Bantu-membantu dan bekerjasama adalah teras kepada kejayaan
“Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkatan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.”

Saya berharap segala maklumat, garis panduan dan kelengkapan yang telah disediakan di dalam Kit Permulaan Perniagaan ini akan membantu anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Strategi Perniagaan

Menonjolkan kelebihan perniagaan rangkaian Stormreaders sebagai perniagaan rangkaian yang pertama berlandaskan syariat Islam dan model perniagaannya adalah berteraskan produk yang berkualiti dan berharga patut.
Memperkasakan sistem-sistem latihan dan kemudahan sokongan kepada setiap ahli, memastikan setiap ahli tidak ketinggalan dan tercicir. Motivasi ahli akan sentiasa diasuh supaya berada berada pada tahap tertinggi dan ditanamkan sifat yakin pada diri sendiri.
Sentiasa menjaga ukhwah sesama ahli dengan mengadakan perjumpaan secara kerap dan berkonsepkan musyawarah. Setiap ahli Stormreaders adalah berada di dalam satu keluarga yang besar.
Stormreaders secara dinamiknya akan mencari cara-cara yang inovatif dan kreatif untuk meneroka peluang-peluang perniagaan yang baru. Teknologi terkini seperti teknologi web dan teknologi mudah alih digunakan dengan sebaik mungkin serta pelan pemasaran dirangka supaya dapat menjana pendapatan yang paling optimum.
Tumpuan utama adalah kepada produk dan seterusnya pengembangan organisasi kumpulan. Oleh itu usaha yang gigih dilakukan untuk menjaga kualiti dan kesegaran produk.
Memastikan bahawa setiap strategi dan perancangan Stormreaders tidak lari dari tujuan asal, iaitu mewujudkan peluang perniagaan yang mampu dan mudah disertai yang mematuhi syariat disamping mewujudkan masyarakat yang berilmu.
Memberi galakan untuk ahli yakin bahawa pendapatan RM 4 ribu seminggu adalah mungkin dan boleh dicapai.
Menyediakan pelan yang kukuh tentang bagaimana ahli boleh menjana RM 4 ribu seminggu
Menunjukkan skil-skil kepimpinan dan pemasaran yang perlu untuk berjaya
Mengajar ahli bagaimana untuk melatih rakan-rakan kongsi mereka supaya melakukan perkara yang sama


Kenapa Perlu Menyertai?

1. Sebuah syarikat baru dan potensi anda untuk menjadi leader lebih cepat..
2. Buat masa ni kita hanya melakukan pre-pendaftaran tanpa memerlukan sebarang pembayaran..
3. Perlu mencari 4 orang rakan sahaja...
4. Pembayaran akan dibuat pada bulan 12(Disember) nanti iaitu rm390.00


Maklumat yang diperlukan hanyalah:
Nama:
IC:
Alamat:
No.HP:

Maklumat Bank:
Nama Bank:
Cawangan:
No Akaun:

Waris:
Nama Waris:
IC:
No HP:


*ori by : tok putih carigold  
 maklumat lanjut boleh layarilah http://www.stormreaders.com
Lihat kedai buku di sini

daftar Pengedar di sini

Sila ambil maklumat :) Dont Forget to Follow..

Subscibe Here